Wednesday 15 January 2014

DR ASRI - AKHLAK DAN KEPERIBADIAN NABI SAW / KAROMAH USAID DAN ABBAD R.A.


------------------------------
* Kuliah ini berkenaan akhlak dan keperibadian nabi saw berdasarkan hadis2 yang terdapat dalam karangan as-syeikh abi khalid aiman bin abd aziz. Oleh kerana point berkenaan akhlak nabi yang disampaikan ini agak banyak dan bercampur, maka hanya point utama akan dicatat untuk meringkaskan nota ini. Harap maaf atas segala kekurangan.
------------------------------
1:14 - Karomah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyr r.a. [Selingan]: {3:06} Pengertian istilah 'sahabat' nabi saw
------------------------------
12:58 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: berwajah bagus dan berakhlak mulia, tidak suka bercakap kotor, suka memaafkan, tidak membalas sesuatu tindakan buruk kepada baginda melainkan apabila hukum Allah dicemari, memilih perkara yang senang antara dua perkara.
------------------------------
16:52 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: tidak pernah menengking, hanya mengucapkan kata2 yang baik (menurut anas bin malik)
------------------------------
20:07 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: murah senyuman, percakapan jelas, istighfar (menurut jarir bin abdillah, abdullah bin haris, dan aisyah bt abi bakr). [Selingan]: {25:00} Istighfar itu merupakan ubat kepada segala masalah manusia - kisah hassan al-basri
------------------------------
28:58 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: doa yang sering dibaca nabi saw - doa minta kebaikan dunia dan akhirat. [Selingan]: {29:31} Permasalahan doa beramai2 selepas solat fardhu berjemaah - impak negatif yang terhasil darinya. {32:11} Benarkah seorang yang bermusafir tidak perlu qasar solat jika terdapat banyak kemudahan? {36:38} Hukum kenduri tahlil dan arwah - adakah ini perkara kecil dan remeh?
------------------------------
40:10 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: doa baginda memohon ditetapkan hati dalam agama islam, dan juga doa baginda selepas setiap majlis. baginda juga pemalu dan pemurah. [Selingan]: {42:59} Kuasa dan pengaruh - kaitannya dengan agama dan politik.
------------------------------
55:33 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: mengahwinkan orang bujang. [Selingan] {55:54} Teguran kepada orang yang suka membuat alasan untuk tidak solat seperti alasan seluar kotor dan tak bawa telekung. {57:54} Kisah perempuan meminang lelaki pada zaman nabi saw - satu amalan baik yang perlu digalakkan zaman sekarang. {1:00:54} Kisah umar r.a. dan seorang perempuan tua bernama khaulah yang menasihatinya
------------------------------
1:03:45 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: baginda suka menolong dan menunaikan hajat golongan yang lemah, memuliakan jemputan dan hadiah yang diberikan, serta lunak kepada kanak2 dan keluarga baginda. [Selingan]: {1:05:06} Akhlak nabi saw menjadi hujah bahawa agama islam bukan agama yang direka oleh baginda untuk mengaut keuntungan peribadi
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:10:26 - Hukum solat jumaat - wajib atau sunat?
------------------------------
1:11:19 - Bolehkah guna kekerasan fizikal untuk cegah kemungkaran?
------------------------------
1:12:58 - Ada tak had dan batasan bagi orang awam dalam mencegah kemungkaran?
------------------------------
1:13:48 - Cegah munkar - pasti akan berhadapan dengan halangan maka bersabarlah dalam dakwah. [Selingan]: {1:15:56} Kempen pilihanraya - perlu bersih dari segi penyampaian hujah mahupun dana
------------------------------
1:22:54 - Adakah wajib membacakan doa untuk pemimpin dalam khutbah?
------------------------------
1:24:54 - Hukum menadah tangan ketika doa semasa khutbah (untuk khatib dan juga makmum) - bukan semua doa perlu tadah tangan
------------------------------

No comments:

Post a Comment