Monday 20 January 2014

DR ASRI - KULIAH MENJELANG RAMADHAN


------------------------------
2:03 - Kesaksamaan bersuara dan berhujah dalam politik malaysia: ruang berfikir untuk golongan 'ulul-albab'
------------------------------
13:41 - Surat terbuka dr asri kepada pihak polis: doa orang dizalimi tidak semestinya terjadi secara langsung, namun ia pasti akan termakbul dalam pelbagai cara. [Selingan]: {19:00} peringatan hasan al-basri kepada umar bin hubairah supaya bertakwa kepada Allah dalam mentaati perintah khalifah
------------------------------
20:54 - Kelebihan sesuatu perkara samada tempat, bulan etc kembali kepada rahmat dan kurniaan Allah - maka bergantung haraplah kepada-Nya, bukan kepada perkara yang diberikan kelebihan itu. [Selingan]: {25:06} Kisah umar r.a. dan hajarul-aswad
------------------------------
26:55 - Kehidupan ini adalah pilihan: Allah tidak menzalimi/menghukum hamba-Nya pada perkara yang mereka tidak diberi pilihan (contoh: anak zina, warna kulit etc)
------------------------------
30:30 - Ramadhan: bulan diturunkan al-quran sebagai petunjuk serta pemisah antara yang hak dan batil. [Selingan]: {32:13} Bila al-quran turun-17 ramadhan(malaysia) atau 10 malam terakhir?
------------------------------
33:58 - Ramadhan: bila bermulanya puasa - nampak anak bulan atau berdasarkan kiraan?
------------------------------
38:09 - Ramadhan: 'orang sakit' dan musafir yang dibenarkan tidak berpuasa
------------------------------
41:03 - Ramadhan: antara maqasid syariah ialah Allah mahu memberikan kesenangan kepada hamba-Nya, bukan kesusahan
------------------------------
45:07 - Ramadhan: amalan sedekah - syaitan itu membisikkan rasa kefakiran kepada manusia, sedangkan apa sahaja yang kita infaq dengan ikhlas Allah tidak akan lupa. [Selingan]: {46:53} Bagaimana al-quran disusun ayat demi ayat walaupun giliran penurunannya tidak teratur, {49:25} Manusia boleh usaha untuk sekat ajaran sunnah, tetapi Allah-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.
------------------------------
51:38 - Ramadhan: laungan 'al-khalifah' antara dua rakaat tarawih
------------------------------
54:23 - Ramadhan: kelebihan bulan ini (1) syaitan dibelenggu, ditutup pintu neraka, dibuka pintu syurga (2) lailatulqadar (3) keluasan ampunan Allah (4) pahala sangat besar umrah bulan ramadhan. [Selingan]: {57:51} Kisah nabi meng'amin'kan kata2 jibril - perkara paling besar dalam hidup manusia ialah mendapatkan ampunan Allah
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:03:26 - Mengapa manusia masih boleh histeria sedangkan syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan? rujuk juga 54:23
------------------------------
1:04:00 - Hukum melewatkan berbuka puasa: makruh dan haram
------------------------------
1:05:28 - Benarkah dakwaan syiah yang mengatakan nabi saw sebenarnya boleh menulis dan membaca? [Selingan]: {1:06:10} Hikmah nabi saw tidak boleh menulis dan membaca
------------------------------
1:10:09 - Benarkah dakwaan yang mengatakan musafir zaman sekarang tidak boleh jama' solat kerana sudah banyak kemudahan?
------------------------------
1:12:33 - Isu yang mengatakan memakai jubah/serban etc itu sunnah dengan menggunakan hujah bahawa nabi saw memakainya
------------------------------
1:13:38 - Hadis makan cuka
------------------------------
1:14:54 - Membunyikan siren/beduk etc sebelum melaungkan azan
------------------------------
1:17:01 - Hukum menggugurkan kandungan yang hampir lahir kerana khuatir nyawa si ibu
------------------------------
1:18:52 - Fadhilat khusus pada setiap malam tarawih
------------------------------
1:21:40 - Makna dan penggunaan perkataan 'tarawih' dan 'qiyam ramadhan', serta maksud 'jangan menggauli isteri kamu sedang kamu beriktikaf di masjid'
------------------------------

No comments:

Post a Comment