Monday 20 January 2014

DR ASRI - LARANGAN DALAM JUAL BELI DAN PEMINANGAN (SAMBUNGAN PERBINCANGAN LEPAS)


------------------------------
0:52 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: larangan pertama - orang di bandar membeli barang di pertengahan jalan (untuk dijual semula di bandar) dari orang badwi yang tidak tahu harga sebenar di bandar. [Selingan]: {5:38} Adakah larangan ini terbatal jika unsur penipuan telah tiada?
------------------------------
6:20 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: larangan kedua - berlakon sebagai pembeli (setelah berpakat dengan penjual etc) dan berpura2 menawarkan kepada penjual dengan harga yang tinggi bertujuan untuk menaikkan harga barangan
------------------------------
9:21 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: larangan ketiga - membeli barang yang sudah dipersetujui pembeliannya oleh pihak lain
------------------------------
11:26 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: larangan keempat - meminang di atas pinangan orang lain. [Selingan]: {12:18} Dr asri patah balik sedikit berhubung perbincangan larangan dalam jual beli tadi - adakah perkara yang dilarang tadi boleh dilakukan kepada non-muslim (kerana hadis menyebut perkataan 'akhihi')? serta sedikit ulasan tentang gelaran 'negara islam'
------------------------------
17:04 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: ulasan larangan keempat - hukum seorang lelaki memotong pinangan lelaki lain (adakah sah perkahwinannya jika ia berlangsung?). [Selingan]: {18:55} Memahami perbezaan antara hukum sah sesuatu perkara dengan perbuatan dosa yang terlibat - yang berdosa tidak semestinya tidak sah (contoh: hukum sah solat seorang lelaki yang memakai emas dalam solat)
------------------------------
21:17 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: ulasan larangan keempat - hukum seorang perempuan memotong pinangan perempuan lain. [Selingan]: {23:18} Hukum seorang muslim memotong pinangan ahlul kitab
------------------------------
24:16 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: larangan kelima - seorang perempuan menyuruh seorang lelaki untuk menceraikan isterinya sebagai syarat untuk berkahwin dengannya
------------------------------
26:38 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: riwayat lain yang mengulang larangan2 di atas, dan terdapat tambahan larangan pada {29:06} iaitu tidak memerah susu mana2 lembu yang ingin dijual untuk satu tempoh masa supaya lembu itu kelihatan banyak susunya
------------------------------
31:37 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: maksud sebenar 'perniagaan islam' - teguran kepada 'ustaz-ustaz' yang menjalankan 'perniagaan islam'
------------------------------
35:32 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: hadis uqbah bin amir r.a. - beberapa pengecualian untuk larangan keempat (meminang di atas pinangan orang lain). [Selingan]: {35:43} Profil ringkas perawi hadis ini uqbah bin amir r.a., {36:58} Konsep persaudaraan dalam islam - contoh dari nabi saw dalam memberi salam dan cara melayan manusia, {42:49} Tempoh masa bagi seorang perempuan yang suaminya hilang untuk kahwin lain
------------------------------
45:05 - Larangan Dalam Jual Beli Dan Peminangan: hukum memotong pinangan orang lain kerana merasa dirinya lebih bagus dari lelaki yang telah meminang itu. [Selingan]: {46:26} Hikmah larangan - insaf dalam memberi hak kepada orang yang berhak sekalipun berlainan fikrah (contoh: ulama' ahlussunnah tidak mendhaifkan ulama' yang thiqoh sekalipun dia syiah atau seumpamanya)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
57:53 - Hukum jual beli yang terdapat unsur penipuan oleh pihak penjual
------------------------------
1:01:35 - Hukum jual beli melalui sistem 'lelong' termasuk barang2 yang membabitkan kepentingan umum
------------------------------
1:04:03 - Ulasan ayat al-quran 'bumi dihamparkan' dari segi sains dan pandangan ulama'
------------------------------
1:06:17 - Bolehkah kerajaan menggunakan dalil kisah nabi musa dalam surah al-kahf untuk menjatuhkan hukuman kepada rakyat? [Selingan]: {1:10:21} Adakah nabi khidir masih hidup?
------------------------------

No comments:

Post a Comment