Monday 20 January 2014

DR ASRI - TEMPOH WANITA BERKABUNG


------------------------------
0:59 - Tempoh Wanita Berkabung: profil perawi hadis ini zainab bt abi salamah, serta kaitan ummu habibah dan raja najasyi dengan hadis ini. [Selingan]: {5:50} Pendapat pelik golongan tarikat yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara sedangkan ia cuma masalah nahu/grammar etc., {12:23} Hukum keterlibatan seorang muslim dalam sistem kerajaaan non-muslim, {15:17} Hukum demonstrasi untuk membantah sebarang bentuk penghinaan terhadap islam
------------------------------
22:53 - Tempoh Wanita Berkabung: zainab bt abi salamah berjumpa ummu habibah semasa kematian ayah ummu habibah iaitu abu sufyan r.a. [Selingan]: {23:25} Hidayah Allah diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki - kisah abu sufyan r.a.
------------------------------
27:18 - Tempoh Wanita Berkabung: ummu habibah r.a. memakai minyak wangi untuk mengelakkan diri dari termasuk dalam larangan nabi saw berkenaan wanita berkabung. [Selingan]: {30:32} Hikmah dibenarkan berkabung 3 hari
------------------------------
31:36 - Tempoh Wanita Berkabung: zainab bt jahsy r.a. juga membuat perkara yang sama seperti ummu habibah r.a. semasa kematian saudaranya ubaidillah bin jahsy. [Selingan]: {33:13} Ilmu 'naqd al-matan'(kritik teks) dalam memahami hadis, {38:48} Hukum berkabung untuk saudara yang non-muslim
------------------------------
41:20 - Tempoh Wanita Berkabung: perkara2 yang perlu dilakukan/dielakkan oleh wanita yang berkabung atas kematian suaminya berserta hikmah larangan. [Selingan]: {47:23} Bolehkah wanita yang dalam iddah akibat kematian suami memakai celak untuk tujuan perubatan? {48:05} Benarkah wanita secara umumnya dilarang memakai pakaian selain warna hitam?
------------------------------
51:00 - Tempoh Wanita Berkabung: bolehkah wanita yang sedang berkabung keluar dari rumah? - pembahagian 'talaq'(perceraian) kepada beberapa jenis, pengertiannya, serta perkara2 yang berkaitan dengan perceraian
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:00:26 - Adakah berdosa jika tidak menyertai upacara/perhimpunan untuk membela islam, serta mengapakah perlu berdemonstrasi membantah penghinaan terhadap islam?
------------------------------
1:07:21 - Bagaimana seharusnya kita melihat orang yang membuat kebaikan tapi turut membuat dosa? (contoh: rajin solat tapi tidak menutup aurat)
------------------------------
1:11:34 - Adakah demonstrasi merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk membela maruah agama islam dari dihina sedangkan tugas kita sepatutnya berdakwah menyampaikan mesej islam?
------------------------------
1:15:21 - Pandangan dr asri tentang khabar yang mengatakan kuota haji jemaah malaysia bakal dibekukan kerana ada rakyat malaysia berdemonstrasi di tanah suci
------------------------------
1:18:00 - Solat bagaimanakah yang dikatakan mencegah pelakunya dari kemunkaran? [Selingan]: {1:19:03} Hukum meninggalkan solat
------------------------------
1:20:36 - Bolehkah memanggil nabi saw dengan gelaran 'saidina' etc?
------------------------------

No comments:

Post a Comment