Monday 20 January 2014

DR ASRI - PERKARA2 YANG DIREDHAI ALLAH, DAN PERKARA2 YANG DIBENCI-NYA

video rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=0LcLFo5G0QM

------------------------------
* Kuliah ini secara asasnya adalah berkenaan bab larangan membazir harta. namun, secara umumnya perbincangan lebih menjurus kepada beberapa perkara yang diredhai dan dibenci Allah
------------------------------
1:05 - Dr asri memulakan dengan membaca tajuk bab iaitu larangan membazir harta, kemudian menerangkan secara ringkas beberapa perkara berkaitan ilmu hadis iaitu - (1) {2:39} punca sesetengah hadis di dalam sahih bukhari diulang2 pada banyak tempat, (2) {3:38} memahami fiqh bukhari melalui penyusunan hadis dalam sahihnya serta perbezaannya dengan kaedah penyusunan sahih muslim, (3) {5:58} maksud 'sunan' dan 'musnad', (4) {6:38} hukum menggunakan nabi 'berkata' bukan 'bersabda'
------------------------------
8:10 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah redha engkau menyembah-Nya, dan melarang mensyirikkan-Nya - ibadah tiada memberi sebarang manfaat atau mudharat kepada Allah, tetapi ia semata2 untuk kebaikan hamba itu sendiri. [Selingan]: {10:58} Perbezaan antara Allah 'redha' dan Allah 'izin'
------------------------------
17:45 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah redha engkau berpegang kepada tali Allah keseluruhannya, dan melarang berpecah belah. [Selingan]: {19:09} Penjelasan tentang 'berpecah belah' dan 'berbeza pendapat', {20:10} Memahami bagaimana kita boleh berbeza pendapat dengan para sahabat dalam beberapa perkara (contoh: hadis ibn abbas tentang nabi berkahwin semasa ihram), {29:22} Cerita 'monggoliat' gengis khan tentang persahabatan
------------------------------
36:09 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: hendaklah engkau menasihati pemimpin. [Selingan]: {37:39} Pengajaran dari kisah nabi musa untuk berlemah lembut dalam menyampaikan dakwah, {41:31} Kritikan dr asri tentang perlunya budaya berdebat dalam politik malaysia
------------------------------
43:23 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci engkau bercakap perkara yang tidak pasti (terutamanya perkara berhubung Allah dan Rasul). [Selingan]: {46:04} Hukum meriwayatkan kisah2 para sahabat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, {48:06} Kaedah syara' menghukum manusia berdasarkan amalannya yang zahir
------------------------------
51:11 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci 'kasrotu as-sual' (banyak meminta/banyak bertanya). [Selingan]: {52:26} Hadis2 palsu berbaur perkauman, {59:27} Islam itu mudah, maka pilihlah fiqh yang mudah
------------------------------
1:01:35 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci engkau membazir harta - sebab mengapa orang membazir dipanggil 'saudara syaitan'
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:06:53 - Persoalan tentang akidah syeikh ahmad deedat - jangan cepat menghukum seseorang hanya kerana berbeza pendapat dengan kita. [Selingan]: {1:08:20} Kisah seorang yang membakar dirinya kerana takutkan siksa tuhan diampunkan oleh Allah
------------------------------
1:10:18 - Sekitar isu 'diet rasulullah' - akibat agama dikomersial dan didagangkan
------------------------------
1:13:08 - Hukum terlepas waktu solat semasa musafir, atau akibat pitam dan sebagainya - adakah perlu 'solat hormat waktu'?
------------------------------
1:15:34 - Benarkah nabi saw melarang sahabat membaca bible? - sesetengah larangan nabi saw perlu dilihat konteksnya. [Selingan]: {1:18:30} Bahaya pemikiran yang suka menghukum sesat orang lain
------------------------------
1:21:58 - Sekitar isu tafsiran perkataan 'sesat' dalam ayat 7 surah ad-dhuha
------------------------------
1:25:40 - Hukum menyertai pertandingan yang hadiahnya dibeli menggunakan yuran penyertaan para peserta
------------------------------

No comments:

Post a Comment