Monday 20 January 2014

DR ASRI - LARANGAN DALAM JUAL BELI / KONSEP PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM / KISAH TOWUS BIN KAISAN


------------------------------
1:38 - Larangan Dalam Jual Beli: hadis tentang beberapa larangan iaitu - (1) orang di bandar membeli barang di pertengahan jalan (untuk dijual semula di bandar) dari orang badwi yang tidak tahu harga sebenar di bandar, (2) membeli barang yang sudah dipersetujui pembeliannya oleh pihak lain, (3) meminang di atas pinangan orang lain
------------------------------
13:02 - Larangan Dalam Jual Beli: islam membetulkan persepsi manusia atas sesuatu perkara (contoh: nabi cuma hamba dan rasul, tiada unsur ketuhanan sehingga baginda disembah seperti tuhan sebagaimana terdapat dalam ajaran kristian, atau ajaran sebahagian tariqat yang memuja tok syeikh mereka)
------------------------------
20:01 - Larangan Dalam Jual Beli: islam membetulkan persepsi manusia atas konsep pemilik harta yang mutlak (setiap harta itu milik mutlak Allah). [Selingan]: {21:46} Benarkah islam menyuruh manusia mencari dunia separuh dan akhirat separuh berdasarkan ayat 77 surah al-qasas?
------------------------------
24:52 - Larangan Dalam Jual Beli: islam membetulkan persepsi manusia atas konsep pembahagian rezeki oleh Allah kepada manusia (ada yang kaya, ada yang miskin)
------------------------------
29:55 - Larangan Dalam Jual Beli: islam membetulkan persepsi manusia atas konsep pemilikan harta oleh manusia - {30:13} (1) harta mestilah diperoleh dengan cara halal, {32:06} (2) harta yang dimiliki boleh digunakan dengan syarat tidak memudharatkan orang lain, {35:36} (3) pemilikan harta mestilah tidak bertentangan dengan maslahat orang awam
------------------------------
37:37 - Larangan Dalam Jual Beli: penjelasan tentang larangan pertama (orang bandar membeli.......harga sebenar di bandar) - pengecualian jika 'illah dalam hadis ini iaitu unsur kezaliman/penipuan telah tiada. [Selingan]: {39:55} Berkenaan tentang masalah memahami 'illah dalam hadis - ijtihad perlu sentiasa diperbaharui dalam banyak permasalahan seperti hudud atau perkara seumpamanya di zaman moden ini (kisah raja arab saudi dibantah oleh ulama' kerana ingin menambah subjek sains, geografi, dan bahasa inggeris dalam sistem pendidikan negaranya)
------------------------------
48:52 - Larangan Dalam Jual Beli: dr asri sekadar menukilkan secara ringkas tentang pendapat seorang tabi'in bernama towus bin kaisan yang tidak bersetuju dengan jual beli melalui orang tengah, seterusnya beliau meceritakan beberapa riwayat tentang tabi'in bernama towus ini
------------------------------
49:11 - Kisah Towus Bin Kaisan: profil ringkas towus, dan kisah keikhlasan towus berkenaan seorang anak muridnya yang bermimpi jumpa nabi saw. [Selingan]: Permasalahan tentang ikhlas - {52:32} (1) Kisah keikhlasan uwais al-qorni yang melarikan diri kerana takutkan kemasyhuran, {55:09} (2) Berkenaan tanda hitam di dahi kesan sujud
------------------------------
56:26 - Kisah Towus Bin Kaisan: towus tidak menjawab salam seorang gabenor yang zalim, serta kisah towus dikagumi umar bin abdul aziz
------------------------------
59:58 - Kisah Towus Bin Kaisan: towus dan seorang khalifah yang ingin bertanya tentang permasalahan haji
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:03:46 - Dua azan pada solat jumaat: bila berlaku, tujuan, dan hukumnya
------------------------------
1:08:06 - Bolehkah jamak dan qasar ke tempat kerja yang jauh?
------------------------------
1:09:29 - Perlukah membaca skrip niat dalam hati semasa sedang takbiratul ihram?
------------------------------
1:11:48 - Isu berkenaan pendapat golongan 'madkhali' tentang kesalahan akidah syed qutb
------------------------------
1:12:45 - Ulasan dr asri tentang kelemahan dan krisis politik yang berlaku dalam dunia islam sekarang (palestin, syria dll)
------------------------------

No comments:

Post a Comment