Monday 20 January 2014

DR ASRI - LARANGAN MEMBUANG AIR DI TEMPAT2 TERTENTU (AYAT 56-58 SURAH AL-AHZAB) / MAZHAB ZOHIRI


------------------------------
* Kuliah ini secara asasnya adalah berkenaan 'bab larangan membuang air di tempat2 tertentu' dan menggunakan ayat 58 surah al-ahzab sebagai dalil menyokongnya. Walaubagaimanapun, perbincangan kuliah dimulakan dengan menyentuh secara ringkas ayat sebelumnya iaitu ayat 56-57 surah al-ahzab, sebelum membincangkan tentang permasalahan bab ini, dan seterusnya berkenaan fikrah mazhab zohiri
------------------------------
1:42 - [Al-Ahzab:58] Ayat ini dijadikan hujah dalam bab larangan membuang air pada laluan orang ramai, tempat berteduh, dan pada aliran air. [Selingan]: {5:07} Maksud sebenar perkataan 'fitnah' seperti yang difahami dalam bahasa arab dan yang terdapat di dalam al-quran
------------------------------
7:30 - [Al-Ahzab:56] Tujuan Allah berselawat ke atas nabi saw dan kaifiyat(cara) berselawat sepertimana yang diajar oleh nabi saw. [Selingan]: {14:20} Sekitar isu 'selawat syifa' dan bacaan ayat untuk tujuan jampi - fadhilat sesuatu perkara dijanjikan Allah atas lidah nabi-Nya, bukan atas tanggapan manusia
------------------------------
18:37 - [Al-Ahzab:57] Maksud 'menyakiti Allah dan rasul-Nya' serta maksud perkataan 'laknat'. [Selingan]: {19:47} Larangan menggunakan perkataan 'laknat' pada batang tubuh seseorang
------------------------------
20:39 - [Al-Ahzab:58] Bab Larangan Membuang Air Pada.....Aliran Air. [Selingan]: {23:00} Termasuk juga dalam hal menyakiti orang mukmin ialah mengotorkan tandas awam dan menghisap rokok sehingga mengganggu orang lain
------------------------------
25:08 - [Al-Ahzab:58] Bab Larangan Membuang Air Pada.....Aliran Air: hadis dua golongan yang dilaknat, dan hadis larangan membuang air pada air yang bertakung
------------------------------
30:28 - Fikrah Mazhab Zohiri/Literalist: ulasan tentang mazhab ini dan fikrah tokohnya ibn hazmin al-andalusi - kepentingan memahami nas2 agama dan maqasid syariah (contoh: hadis anak dara diam tanda setuju)
------------------------------
36:55 - Fikrah Mazhab Zohiri/Literalist: kepentingan memahami nas2 agama dan maqasid syariah (contoh: kisah nabi saw menghantar muaz r.a. untuk mengutip zakat di yaman). [Selingan]: {42:03} Perbezaan antara peraturan dunia yang dibuat pemerintah dengan sah sesuatu hukum (contoh: kahwin tak berdaftar)
------------------------------
46:11 - Fikrah Mazhab Zohiri/Literalist: kepentingan memahami nas2 agama dan maqasid syariah (contoh: kisah usman dan ali r.a. yang seakan menyanggahi perintah nabi saw untuk tidak menangkap unta berkeliaran yang tidak diketahui tuannya)
------------------------------
51:47 - Realiti dunia islam dan bukan islam dalam mengamalkan tuntutan agama islam (kebersihan, kebajikan etc)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
57:52 - Benarkah dr asri pernah membuat kenyataan untuk menggantikan hudud dengan hukuman penjara? [Selingan]: {58:40} Adakah hudud zalim?
------------------------------

No comments:

Post a Comment