Thursday 13 March 2014

DR ASRI - BAB MAKRUH KELUAR MASJID SELEPAS AZAN / MENOLAK PELAWAAN MINYAK WANGI


------------------------------
1:48 - Bab Makruh Keluar Masjid Selepas Azan: hadis abu sya'sak - penjelasan dan profil ringkas dua orang yang bernama abu sya'sak. [Selingan]: (7:38) Penjelasan tentang kun'yah (gelaran) dan bab al asma' wal kuna (nama dan gelaran) dalam ilmu hadis. (12:07) Penjelasan tentang perkataan 'kunna' (adalah kami dahulunya..) yang bersandar kepada sahabat dan tabi'in. (14:25) Bagaimana untuk membezakan dua orang yang nama sama dalam periwayatan hadis
------------------------------
18:03 - Bab Makruh Keluar Masjid Selepas Azan: sambungan cerita hadis - kata2 abu hurairah setelah melihat seorang lelaki keluar masjid selepas azan. [Selingan]: (19:33) Hukum keluar masjid selepas azan, serta adakah pendapat para sahabat boleh dijadikan hujah? (24:26) Beberapa penjelasan tentang kritikan terhadap kekeliruan periwayatan hadis oleh abu hurairah
------------------------------
32:39 - Bab Makruh Menolak Pelawaan Minyak Wangi: hadis abu hurairah dan anas bin malik -- islam menggalakkan memakai wangian. [Selingan] (37:22) Nabi saw melarang orang yang berbau mulutnya untuk datang ke masjid. (38:54) Hukum pakai minyak wangi beralkohol
------------------------------
41:10 - Bab Makruh Menolak Pelawaan Minyak Wangi: teguran dr asri tentang sifat 'berbau busuk' umat islam berbanding non-muslim di zaman sekarang. [Selingan]: (43:01) Ulasan dr asri tentang pilihanraya amerika 2012 - umat islam perlu menggunakan akal dalam menilai dan menyokong/membantah sesuatu pendirian non-muslim, serta nilai2 murni yang boleh diambil dari segi politik mereka etc
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
55:39 - Benarkah pendapat hizbut-tahrir yang mengatakan demokrasi bertentangan dengan islam? (soalan tidak berjawab - mungkin dr asri terlupa selepas membuat teguran kepada satu peristiwa berkaitan PAS. bagaimanapun, saudara/i boleh merujuk kuliah2 yang lepas untuk mendapatkan jawapan)
------------------------------
59:14 - Penjelasan berkaitan ayat al-quran 'arasy Allah di atas air'
------------------------------
1:01:10 - Hukum menjawab azan seorang muazzin yang tersalah lafaz azannya. [Selingan]: (1:02:10) Hukum bagi seorang yang lidahnya 'telo' (tak boleh sebut betul) untuk menyebut bahasa arab dan membaca al-quran - adakah sah ibadahnya?
------------------------------
1:05:08 - Sekitar isu murtad: (1) (1:05:08) hukum seorang anak yang telah diberi kepada keluarga angkat non-muslim sehingga anak itu tidak menjadi muslim - bolehkah anak itu dipaksa untuk menerima islam? (2) (1:07:57) hukuman kepada orang murtad - adakah hukuman mati mandatori? (3) (1:15:50) impak positif/negatif hasil daripada hukuman murtad yang ingin dijalankan (4) (1:18:00) ulasan tentang laazimul qoul laisa bil qoul - menokok tambah perkataan orang lain sehingga ia disalah tafsir
------------------------------