Sunday 22 March 2015

DR ASRI - KITAB WASIAT / BAB LARANGAN MENASABKAN KETURUNAN KEPADA SELAIN BAPA


------------------------------
0:43 - Kitab Wasiat: tolhah bin musorrif al-kufi bertanya abdullah bin abi aufah (sahabat nabi yang terlibat dalam perjanjian ar-ridhwan) tentang adakah nabi berwasiat (tentang pengganti baginda setelah baginda wafat), dia menjawab nabi berwasiat (supaya kita berpegang) dengan kitab Allah. [Selingan]: {8:27} Tiada hasad melainkan pada dua perkara iaitu: (1) orang yang bertadabbur al-quran siang dan malam, (2) orang yang menginfakkan hartanya siang dan malam. {11:29} Ilmu berkembang dengan bertanya - takkan dapat ilmu orang yang malu dan sombong. {14:43} Said Ramadhan Al-Buti: perselisihan beliau dengan al-albani, hubungan beliau dengan hafiz al-assad dan bashar al-assad dalam perjalanan politik syria, serta fatwa kontroversi beliau tentang jihad di syria. {25:53} Pandangan dr asri tentang said ramadhan al-buti.
------------------------------
27:29 - Kitab Wasiat: wasiat harta tidak boleh melebihi sepertiga dari keseluruhan harta (harta yang selebihnya perlu dibahagikan mengikut faraidh). [Selingan]: {28:06} Saad b. ubadah bertanyakan nabi semasa ibunya meninggal, adakah ada manfaat kepada ibunya jika dia bersedekah bagi pihak ibunya yang sudah meninggal itu?
------------------------------
31:40 - Bab Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: hadis saad bin abi waqas. [Selingan]: {32:43} Profil ringkas saad bin abi waqas - kisah pelantikannya sebagai ketua peperangan di iraq semasa zaman umar al-khattab (termasuk ulangan kisah umar memuji kezuhudan abu ubaidah al-jarrah). {40:02} Politik kotor malaysia seperti mengintip dan menceroboh hal peribadi orang - perbezaan para sahabat dengan kita yang berlumba inginkan jawatan kerana kepentingan dunia (kisah saad bin abi waqas yang difitnah usamah bin abi qatadah sehingga beliau dipecat umar).
------------------------------
45:13 - Bab Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: matan hadis larangan - hukumnya haram apabila kita menasabkan keturunan seseorang kepada orang lain dalam semua keadaaan (walaupun perkara itu tidak dibantah atau dinafikan oleh orang tersebut). [Selingan]: {46:54} Sebab larangan adalah kerana ia akan menyebabkan percampuran nasab dan mempunyai unsur kufur nikmat.
------------------------------
48:05 - Bab Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: teguran terhadap undang-undang bodoh di malaysia yang menasabkan 'bin abdullah' kepada semua individu muallaf.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
54:30 - Adakah seseorang perlu lari keluar dari negara yang memerangi islam (soalan berkaitan dengan pelarian rohingya). *Jawapan dr asri termasuk kritikan terhadap pengurusan derma di palestin dan syria yang diseleweng PLO etc.
------------------------------
59:00 - Senario sukar mendapatkan kad pengenalan di sabah sehingga menyebabkan anak terpaksa didaftarkan berbinkan orang lain untuk memudahkan proses pendaftaran. [Selingan]: {1:01:18} Hukum seorang perempuan makan pil untuk mengeluarkan susu badan bagi menyusukan anak angkat (membolehkan dia menjadi ibu susuan kepada anak angkat tersebut).
------------------------------
1:02:50 - Hukum mengundi seseorang yang pengkhianat/pembohong sebagai pemimpin - memilih antara dua yang jahat.
------------------------------
1:06:42 - Ulasan ayat al-quran (an-najm:3-4) nabi 'tidak bercakap melainkan wahyu' - adakah ini bermakna kita perlu mengikut nabi secara total sehingga termasuk dalam hal menguruskan urusan dunia? *Kita perlu menilai dan meraikan nabi dari pelbagai sudut - nabi itu ketua agama, ketua negara, ketua keluarga, ketua perang etc - maka kesemua aspek ini perlu diambil kira agar konsep nabi sebagai rahmat untuk sekalian alam dapat dirasakan kesannya oleh setiap individu tanpa mengira agama dan bangsa.
------------------------------
1:17:06 - Hubungan antara usaha dan tawakkal - tawakkal itu dengan perasaan, bukan dengan kata2. [Selingan]: {1:20:26} Kisah umar memukul seorang lelaki dengan kayu kerana hanya duduk di masjid tanpa berusaha mencari rezeki dunia. {1:20:50} Hukum seseorang yang keluar 40 hari etc sehingga meninggalkan anak isteri tanpa makan minum.
------------------------------