Wednesday 1 October 2014

DR ASRI - BAB LARANGAN PENGGUNAAN BEKAS EMAS DAN PERAK


------------------------------
0:28 - Pengalaman dr asri di gaza: hubungan palestin dengan mesir, penyeludupan melalui terowong, serta perbandingan sikap antara rakyat palestin dengan rakyat mesir secara am. [Selingan]: {5:11} Ulasan mengenai briged al-qassam, {13:59} Ulasan ringkas mengenai lawatan ds najib ke palestin yang dikatakan bertujuan politik, {15:05} Krisis di mesir - punca dan pengajaran kepada gerakan islam yang ingin memerintah lebih2 lagi parti gabungan pelbagai aspirasi (sikap fanatik parti, kegopohan, dan percaturan politik sempit gerakan islam). *Dr asri tersilap sebut 'pemimpin hamas' pada 11:36 sepatutnya 'pemimpin fatah'
------------------------------
20:58 - Larangan Menggunakan Bekas Emas/Perak Untuk Tujuan Makan, Minum, dan Bersuci: matan hadis ummu salamah
------------------------------
23:43 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: hukumnya haram samada untuk lelaki atau perempuan mengikut ijtihad keseluruhan para ulama' kecuali 'qaul qadim' mazhab syafie yang mengatakan ia makruh. [Selingan]: {25:18} Penjelasan mengenai 'qaul qadim' dan 'qaul jadid' mazhab syafie. {30:02} Maksud ijma' ulama'
------------------------------
32:48 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: pengharaman hanya terlaksana ke atas penggunaan emas/perak tulen, bukan emas tiruan seperti zhulian etc. [Selingan]: {33:52} Hukum lelaki memakai sutera tiruan. {34:32} Ulasan mengenai pendapat al-albani yang mengharamkan perhiasan emas bergelung seperti subang dan gelang bagi wanita.
------------------------------
36:13 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: majoriti para ulama' mengkiaskan pengharaman dalam perkara ini untuk pengharaman barangan kegunaan harian (selain perhiasan wanita) yang menyerupainya seperti sudu, pen, cermin mata, kamera, handset - namun imam as-syaukani hanya mengharamkan setakat makan dan minum sahaja
------------------------------
40:44 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: faktor pengharaman - (1) kerana zat emas/perak itu sendiri, (2) kesombongan, (3) berlebih-lebihan, (4) meruntuhkan hati orang miskin, (5) supaya emas/perak bergerak dan beredar untuk manfaat manusia. {44:51} perbezaan dalam menentukan faktor pengharaman akan mempengaruhi kesan hukum. [Selingan]: {41:31} Kritikan dr asri terhadap perangai arab muslim samada golongan yang kaya atau miskin. {46:30} Sejarah ringkas wang kertas, perbandingannya dengan penggunaan emas, serta pandangan islam terhadap perkara ini.
------------------------------
51:54 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: ulama' khilaf dalam menentukan hukum penggunaan barangan emas yang bukan untuk kegunaan harian (contoh: pokok perhiasan emas). [Selingan]: {54:10} Dr abdul karim zaidan mengharamkan penggunaan emas/perak untuk semua keadaan melainkan kepada beberapa perkara, juga rujuk 46:03 untuk pandangan beliau mengenai faktor pengharaman
------------------------------
55:32 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: hukum menggunakan benda selain emas/perak yang mungkin harganya sama atau lebih mahal (contoh: berlian/permata).
------------------------------
55:57 - Larangan Menggunakan Bekas Emas......dan Bersuci: masalah menghimpunkan emas/perak menurut pandangan para sahabat (berkaitan ketegangan yang berlaku antara abu dzar dan muawiyah). *perkara ini dibangkitkan dr asri untuk menjawab persoalan yang cuba dibangkitkan golongan syiah mengenai kepimpinan usman
-----------------------------
SESI SOAL JAWAB
-----------------------------
1:00:29 - Tahalluf siyasi: kritikan terhadap gerakan2 islam di mesir, malaysia dan seumpamanya (lidah bercabang, pandangan yang hanya untuk kepentingan kelompok, pemikiran 'mullah' yang menganggap tidak boleh melawan kata2 pemimpin yang dianggap ulama')
------------------------------
1:09:41 - Adakah dianggap sunnah untuk mengikut amalan para sahabat sedangkan tiada riwayat dari nabi mengenai amalan tersebuat? [Selingan]: {1:11:24} Kisah kehebatan umar semasa pembukaan baitulmaqdis
------------------------------
1:15:05 - Adakah benar di syurga lelaki mendapat bidadari, perempuan dapat pinggan mangkuk? (maksudnya tiada peruntukan seks untuk perempuan di syurga). [Selingan]: {1:18:50} Kisah2 kenikmatan di syurga - nikmat terbesar adalah melihat wajah Allah
------------------------------