Thursday 26 June 2014

DR ASRI - UMMATAN WASATO (UMAT YANG ADIL)


-------------------
* Ciri utama yang ditekankan dalam perbincangan ini adalah: 'ummatan wasato' iaitu umat yang dijadikan sebagai 'saksi' oleh Allah untuk sekalian manusia perlulah bersikap adil kepada: (1) non-muslim, (2) dan sesama muslim itu sendiri
---------------
1:17 - Persoalan Kiamat: penyebaran hadis palsu tentang hari kiamat mahupun selainnya - menempah tempat duduk di dalam neraka. [Selingan]: {6:27} Ciri2 mudah untuk mengenal hadis palsu bagi kita sebagai orang awam yang mungkin kurang pengetahuan tentang ilmu hadis
---------------
10:01 - Persoalan Kiamat: Allah sahaja yang Maha Mengetahui tentang waktu berlakunya, hatta nabi saw sendiri pun tidak tahu - kisah seorang badwi bertanyakan nabi saw tentang bila berlakunya kiamat. [Selingan]: {16:51} Seseorang akan dibangkitkan kelak bersama orang yang dicintainya
---------------
21:02 - Ummatan Wasato: [Umat yang Dijadikan Allah Sebagai Saksi Untuk Sekalian Manusia] sejarah hebat umat islam - ke mana menghilangnya kehebatan umat islam sepertimana yang terlihat dahulu?
---------------
27:36 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] perhubungan antara muslim dengan kristian menurut perspektif al-quran dan realiti bertentangan yang sedang berlaku di malaysia. [Selingan]: {32:52} Adakah islam memusuhi secara total seseorang yang berdarah yahudi? {38:46} Benarkah anak zina masuk neraka, dan orang bernama muhammad/ahmad etc masuk syurga?
---------------
40:13 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] krisis antara muslim dengan non-muslim di malaysia. [Selingan]: {41:50} Adakah dapat pahala jika sedekah kepada non-muslim, serta layakkah non-muslim menerima zakat? {43:26} Kita bimbang sangat dengan bantuan yang dihulurkan pihak kristian, sedangkan apa sumbangan kita sebagai muslim?
---------------
45:47 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] interaksi yang baik sesama manusia sekalipun berlainan agama merupakan sebahagian dari tabiat alam - maka ajaran islam tak mungkin bertentangan dengan tabiat alam ini. {47:16} Nabi saw bangun berdiri sebagai tanda hormat ketika jenazah seorang yahudi lalu di hadapan baginda. [Selingan]: {47:40} Naluri dan karakter individu/kumpulan tertentu juga merupakan sebahagian dari tabiat alam, maka islam meraikan perkara ini selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam (contoh: pakailah cheongsam sekalipun, asalkan rekaannya menutup aurat)
---------------
51:39 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] sejarah membuktikan islam telah memberi ruang kepada yahudi untuk berkembang sedangkan seluruh dunia pada zamannya memusuhi keras mereka, begitu juga sikap muslim terhadap kristian apabila kota andalus dikuasai kerajaan islam. [Selingan]: {56:17} Benarkah non-muslim tak boleh masuk masjid? {58:11} Adakah holy water benar2 wujud?
---------------
59:56 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] jangan menghukum karakter seseorang secara melampau hanya kerana kekurangannya dalam mengamalkan ajaran islam yang tertentu (contoh: tak pakai tudung itu salah, tapi mungkin dia lebih pemurah dari kita dalam bersedekah).
---------------
1:02:49 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] agama datang dalam keadaan seimbang - ia membaiki akhlak manusia secara sederhana supaya manusia tak terasa terbeban untuk mengamalkan agama (contoh: jangan paksa qiamullail tiga jam terus sedangkan solat lima waktu pun belum terjaga).
---------------
1:05:45 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] islam merupakan agama yang praktikal - setiap amalan samada baik ataupun jahat ada waktu kemuncak dan waktu turunnya, maka amalan terbaik adalah amalan soleh yang sedikit tetapi berterusan. [Selingan]: {1:07:32} Kisah nabi saw menasihati handzalah yang merasakan dirinya munafik. {1:09:45} Benarkah musafir zaman sekarang tak perlu qasar kerana terdapat banyak kemudahan seperti kereta? - teguran keras kepada orang yang sengaja berfatwa sehingga menimbulkan kesulitan di dalam mengamalkan agama tanpa berpandukan nas secara menyeluruh.
---------------
1:14:00 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] isu kalimah Allah - benarkah islam tidak membenarkan non-muslim menggunakan dan menyebut nama Allah?
---------------
1:22:40 - Ummatan Wasato: kesimpulan dr asri - umat yang kembali merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
---------------

Wednesday 11 June 2014

DR ASRI - KISAH ROJA' BIN HAIWAH / BAB KERASNYA PENGHARAMAN SIHIR


------------------------------
1:05 - Sedikit kata2 aluan dari dr asri sempena konvensyen sunnah 2012
------------------------------
2:27 - Kisah Roja' bin Haiwah: profil ringkas (beliau merupakan tokoh yang menjadi faktor menaikkan umar bin abdul aziz sebagai khalifah)
------------------------------
5:55 - Kisah Roja' bin Haiwah: seorang lelaki menasihati roja' supaya menjaga amanahnya sebagai penasihat khalifah
------------------------------
10:11 - Kisah Roja' bin Haiwah: kisah beliau dan said bin musayyib semasa zaman khalifah al-walid bin abdul malik yang bercadang untuk membesarkan masjid nabawi. [Selingan]: {15:21} Punca mengapa sejarah banyak memburukkan kerajaan bani umayyah
------------------------------
16:17 - Kisah Roja' bin Haiwah: roja' menasihati khalifah sulaiman bin abdul malik dalam hal pelantikan umar bin abdul aziz sebagai khalifah
------------------------------
33:04 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran. [Selingan]: {37:55} Asal-usul riwayat israiliyat dan sejarah hitam bangsa yahudi
------------------------------
46:26 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kisah tentang malaikat harut dan marut dalam ayat ini berdasarkan riwayat israiliyat. [Selingan]: {53:22} Pendapat syeikh ahmad syakir dan ibn kasir tentang kisah israiliyat ini
------------------------------
54:45 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kesimpulan tentang ayat ini tanpa berdasarkan kisah israiliyat - penjelasan tentang sihir dengan orang di 'babil' dalam ayat ini, serta sedikit tentang 'al-ain'
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:02:12 - Kenapa nabi saw sebut "jikalau ada perkara yang boleh mengatasi qadha'......" - adakah ini bermakna di sana ada perkara yang boleh mengatasi qadha'?
------------------------------
1:03:09 - Penyoal minta dr asri ulas tentang 'amanat hadi awang'. [Selingan]: teguran umum kepada semua pihak yang terlibat dengan politik bermula dari akar umbi sehingga pucuk pimpinan
------------------------------

Monday 2 June 2014

DR ASRI - BAB LARANGAN KELUAR/MASUK NEGERI BERWABAK


------------------------------
* Kuliah ini pada asasnya bertajuk 'larangan keluar/masuk ke negeri berwabak'. Namun, secara umumnya kuliah tidak membincangkan tentang larangan ini secara terperinci - ia lebih menjurus kepada ulasan nas2 al-quran yang dijadikan dalil oleh imam an-nawawi pada peringkat pengenalan bab ini.
------------------------------
2:40 - Bab Larangan Keluar/Masuk Ke Negeri Berwabak: hukum secara umum
------------------------------
5:24 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap manusia. [Selingan]: {7:49} Penyebab kematian seseorang mempengaruhi hukum kematiannya, walaupun keadaan kematiannya sama (contoh: antara terjatuh dari pokok dan sengaja terjun dari pokok, antara berperang kerana kemasyhuran dan berperang kerana Allah)
------------------------------
12:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] sebab imam an-nawawi meletakkan ayat ini di permulaan bab - supaya asas akidah kita jelas. [Selingan]: {13:36} Perbincangan tentang akidah imam an-nawawi (aliran asya'irah) - bagaimana seharusnya pendirian kita dalam hal seumpama ini, serta ringkas tentang punca kemunculan pemikiran asya'irah yang ideologinya cenderung kepada falsafah
------------------------------
18:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan - bagaimana untuk membuat pilihan antara dua mudharat. [Selingan]: Tafsiran ayat ini berdasarkan pendapat para sahabat iaitu - {21:30} Pendapat abu ayyub al-ansari, {25:25} Pendapat umar al-khattab.
------------------------------
26:05 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] kisah2 kehebatan khalid al-walid dalam medan peperangan, yang sangat mengimpikan mati syahid namun akhirnya cuma meninggal di atas katil - mengimpikan untuk mati syahid tidak termasuk dalam konteks 'mencampakkan diri ke dalam kebinasaan'. [Selingan]: {28:58} Bagaimana untuk membuat pilihan samada yang 'kuat atau amanah' untuk memegang sesuatu jawatan
------------------------------
35:14 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] isu tiada jihad di palestin - benarkah pendapat al-albani dan seumpamanya dalam hal ini? [Selingan]: {43:51} Persoalan tentang 'jihad hujum' dan 'jihad difa'' - bagaimanakah keadaan yang menyebabkan seseorang wajib berperang? {50:25} Bilakah seseorang dibenarkan berundur dari medan peperangan?
-------------------------------
SESI SOAL JAWAB
-------------------------------
55:30 - Hukum bunuh diri - adakah murtad? [Selingan]: Islam mengajar umatnya supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah
------------------------------
58:18 - Hukum membuat protes sehingga diri terbunuh. [Selingan]: Ringkas tentang hukum pejuang bom berani mati
------------------------------
59:28 - Hukum sengaja mencederakan diri sendiri sebagai tanda protes
------------------------------
1:00:41 - Hukum memutuskan bekalan ubatan bertujuan mematikan orang yang mengalami 'brain death'
------------------------------
1:03:25 - Hukum negara jiran islam berdekatan yang tidak membantu palestin
------------------------------
1:06:25 - Penyoal meminta dr asri mengulas keadaan terkini di mesir (6 Disember 2012) - seseorang perlu taat kepada pemerintah hanya pada perkara yang bukan maksiat
------------------------------
1:08:32 - Dr asri mengulas tentang keputusan mahkamah membebaskan seorang polis yang menembak mati aminul rasyid
------------------------------
1:10:20 - Adakah seseorang perlu berjihad mempertahankan tanah airnya sedangkan tanah airnya itu merupakan negara 'non-muslim'. [Selingan]: Penjelasan tentang istilah 'negara islam', serta adakah malaysia merupakan 'negara islam'?
------------------------------