Sunday 31 May 2015

DR ASRI - LARANGAN MENYANGGAHI PERINTAH ALLAH DAN RASUL


------------------------------
0:17 - Ringkas tentang pelbagai ucapan untuk mendoakan orang sakit.
------------------------------
1:38 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [An-Nur:63] amaran kepada sesiapa yang menyanggahi arahan nabi bahawa mereka akan ditimpa ‘fitnah’. {3:32} Penjelasan tentang maksud fitnah - perkataan ‘fitnah’ dalam al-quran bukan sepertimana yang ramai fahami.
------------------------------
6:24 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [An-Nur:63] amalan yang tidak mengikut nabi tetap salah sekalipun mempunyai niat yang betul. [Selingan]: {8:49} Kisah imam malik menegur seorang lelaki yang ingin memulakan ihram dari kubur nabi, kerana dari segi logiknya perkara itu lebih baik berbanding dengan tempat yang telah ditunjuk nabi.
------------------------------
13:19 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [An-Nur:63] jawapan balas kepada orang yang suka buat perkara yang tidak ditunjuk nabi serta menganggap perkara itu lebih baik dari apa yang telah diajar nabi (bid’ah).
------------------------------
15:36 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [Al-Kahf:103-104] orang yang paling rugi amalannya ialah orang yang sesat amalannya di dunia tapi dia sangka dia buat benda yang terbaik. 
------------------------------
16:58 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [Ali Imran:30] Allah memberikan amaran tentang diri-Nya kepada sesiapa yang menyanggahi perintah-Nya. [Selingan]: {17:38} Agama ini ada datang bersamanya roja’ (harapan) dan khauf (takut) - islam memberikan amaran namun dalam masa yang sama turut memberikan harapan. {19:21} Kritikan terhadap politik kotor malaysia - agama tidak membenarkan dedah aib orang (kisah usman r.a. lega tidak menemui orang yang dikatakan sedang minum arak).
------------------------------
23:35 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: [Al-Buruj:12 & Hud:102] Ancaman kemusnahan kepada  sesiapa yang melanggar perintah-Nya. [Selingan]: {24:38} Pandangan dr asri terhadap keadaan kerajaan malaysia - kita perlu bersikap sederhana dalam memberi pandangan.
------------------------------
28:08 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: hadis abu hurairah tentang Allah cemburu apabila mukmin mendatangi benda haram. [Selingan]: {28:46} Masalah qotlu syarof (honor killling) dalam bangsa arab akibat sifat cemburu. {31:11} Bagaimana menterjemah cemburu bagi tuhan? {32:54} Pandangan dr asri tentang perempuan jadi secretary kepada boss lelaki dalam keadaan berdua-duaan di pejabat. {35:04} Perceraian tidak semuanya negatif.
------------------------------
35:50 - Larangan Menyanggahi Perintah Allah dan Rasul: Nabi ini tidak cukup dengan kita sayang sahaja, tetapi kita juga perlu ikut. {36:32} Kisah sayang benda tidak bernyawa terhadap nabi.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
41:07 - Benarkah syaitan menyerupai ibu bapa semasa seseorang berhadapan sakratul maut untuk memperdayanya?
------------------------------
42:51 - Persoalan tentang lauh mahfuz dan arasy tuhan.
------------------------------
43:49 - Benarkah hadis menyatakan bangun awal pagi murah rezeki?
------------------------------
44:21 - Hukum menziarahi kubur dan berjalan di atas kubur. [Selingan]: {46:12} Penerangan ringkas tentang alam kubur dan roh, dan ringkas tentang mimpi berjumpa orang soleh dan nabi.
------------------------------
54:03 - Sejauh mana fuqaha’ mazhab shafie menggunakan hadis ahad dalam membuat hukum. [Selingan]: {54:53} Maksud ringkas hadis ahad dan hadis mutawatir.
------------------------------
1:01:23 - Bolehkah solat tahiyyatul masjid dibuat di surau (bukan masjid)?
------------------------------
1:03:21 - Bolehkah memainkan alat muzik/karaoke dalam masjid? [Selingan]: {1:05:51} Hukum muzik/nyanyian dalam perkahwinan dan dalam kehidupan seharian secara umumnya.
------------------------------

Monday 25 May 2015

DR ASRI - MENGASINGKAN DIRI / LARANGAN MENGKAFIRKAN ORANG


------------------------------
0:46 - Mengasingkan Diri: hadis abu said al-khudri tentang sebaik2 manusia: (1) berjihad dengan diri dan harta, (2) duduk tempat terpencil (ber’uzlah) untuk menyeru tuhan dan meninggalkan manusia dari kejahatan. [Selingan]:  {3:50} Kenapa jawapan nabi berbeza2 sedangkan soalan yang sama atau hampir sama maknanya pernah diajukan berulang-kali?
------------------------------
8:16 - Mengasingkan Diri: penerangan tentang ‘mengasingkan diri’ dalam hadis ini, serta pandangan imam an-nawawi dan ibn taimiyah berkenaan hal ini. [Selingan]: {12:53} Hadis ‘mengasingkan diri’ ini perlu diimbangkan dengan hadis lain yang menyatakan orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai lebih baik dari mukmin yang mengasingkan diri (maka pilihan pertama mestilah bergaul, jika fitnahnya besar barulah memilih sebaliknya). {14:35} Manusia dan pilihan: pilihan tiada erti tanpa ada pengetahuan tentang perkara yang hendak dipilih (teguran kepada sistem demokrasi malaysia.)
------------------------------
22:25 - Larangan Mengkafirkan Orang: matan bahasa arab hadis riwayat abu dzar yang mengandungi tiga larangan. [Selingan]: {23:16} Profil ringkas abu dzar (kisah pengislaman, serta karakternya yang tidak mempedulikan pandangan orang lain jika merasakan ia bertentangan dengan kebenaran).
------------------------------
37:18 - Larangan Mengkafirkan Orang: tiga larangan dalam hadis abu dzar ini iaitu (1) dakwa orang lain sebagai ayah, (2) dakwa harta yang bukan miliknya sebagai miliknya, (3) menuduh orang yang bukan kafir sebagai kafir/musuh Allah.
------------------------------
41:11 - Larangan Mengkafirkan Orang: penjelasan tentang larangan mengkafirkan orang. {42:34} Lima keadaan orang yang mengkafirkan orang lain iaitu: (1) tuduh kafir pada perkara yang jelas2 iman, (2) tuduh kafir sebab marah, serta meredhai perbuatan itu, (3) tuduh kafir sebab marah, namun tidak meredhai perbuatan itu, (4) tuduh kafir pada perkara yang memang kafir, atas dasar kepentingan awam, (5) tuduh kafir pada perkara yang memang kafir, atas dasar kepentingan peribadi.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
51:26 - Adakah solat dhuha dan fadhilatnya sabit dari nabi? [Selingan]: {52:57} Rakaat solat dhuha. {53:37} Adakah nabi solat dhuha semasa musafir, kerana hadis2 menunjukkan nabi tidak solat sunat melainkan solat sunat sebelum subuh dan witir sahaja semasa baginda bermusafir?
------------------------------
54:21 - Segala ketentuan di ‘tangan’ Allah: perbincangan tentang ayat mutasyabihat (contoh: tangan boleh difahami sebagai anggota tubuh, namun pada masa yang sama tangan juga boleh difahami sebagai kuasa). Pelbagai pendapat ulama’ tentang perkara ini - samada adakah ia perlu ditakwil ataupun ia perlu difahami dengan makna yang asal.
------------------------------
1:03:16 - Hubungan anak susuan dengan keluarga ibu susuan dari segi aurat, pernikahan, dan harta pusaka/faraidh.
------------------------------
1:07:21 – Hukum melabel orang: (1) melabel ulama sebagai sesat, syaitan dan sebagainya, (2) melabel semua orang kafir sebagai musuh islam.
------------------------------
1:08:57 – Al-quran adalah kalam Allah bukan makhluk - bagaimana pula dengan kertas dan dakwat yang telah ditulis dengan kalam tuhan, adakah ia tidak lagi dianggap makhluk? [Selingan]: {1:13:36} Adakah kertas al-quran yang dibakar, abunya perlu dibuang ke dalam laut/ditanam?
------------------------------
1:15:37 – Adakah gundik dianggap sebagai hamba sehingga khalifah boleh menidurinya dan tidak dianggap zina? [Selingan]: {1:17:26} Sejarah ‘sultan sebagai ketua agama’ berasal dari eropah.
------------------------------
1:21:27 – Antara istighfar atau solat dhuha, mana lebih afdhal untuk buka pintu rezeki?
------------------------------
1:25:23 – Benarkah muhammad bin abd wahab membunuh orang? [Selingan]: {1:27:06} Pendapat dr asri tentang muhammad bin abd wahab dan gerakan wahabiyyah. {1:28:38} Adakah perkara politik merupakan perkara aqidah yang mana kalau menyanggahinya dianggap sesat?
------------------------------
1:30:45 – Adakah dikira mengaku harta intelek milik orang lain sebagai milik kita juga termasuk dalam larangan yang dibincangkan tadi?
------------------------------

Friday 15 May 2015

DR ASRI - LARANGAN MENASABKAN KETURUNAN KEPADA SELAIN BAPA (SOHIFAH ALI R.A.)


------------------------------
*Kuliah ini secara asasnya adalah untuk membincangkan ‘larangan menasabkan keturunan kepada selain bapa’ (sambungan perbincangan lepas). Hukum larangan ini akan disandarkan kepada dua dalil: (1) hadis riwayat abu hurairah, (2) riwayat yazid bin syarik. Namun, secara umumnya dr asri lebih banyak menerangkan tentang catatan2 yang terdapat dalam sohifah (scroll) ali r.a. sepertimana yang diriwayatkan yazid bin syarik.
------------------------------
0:44 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: haram dalam semua keadaan (ia tetap haram samada perkara itu dinafikan pihak yang terlibat ataupun tidak). [Selingan]: {2:06} Perbincangan hal penasaban anak luar nikah: (1) seorang anak lahir tanpa bapa, kemudian ibu anak berkenaan mendakwa seorang lelaki sebagai bapa anak tersebut, sedang lelaki itu tidak menafikan dakwaan wanita tersebut, ulama' khilaf dalam hal ini samada boleh dinasabkan atau tidak. (2) pasangan yang berzina, namun berkahwin selepas wanita berkenaan mengandung, anak itu boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan sepertimana pendapat ibn taimiyah, hassan al-basri, dan al-qardhawi. {4:25} hikmah mengapa anak luar nikah boleh dinasabkan kepada bapa kandungnya yang terlanjur berzina sebelum berkahwin.
------------------------------
9:10 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: matan hadis larangan riwayat abu hurairah. [Selingan]: {11:39} Bolehkah kita mendakwa keseluruhan harta pusaka milik kita, kerana kita menjaga ibu bapa semasa mereka sakit sedangkan adik beradik lain tidak jaga? {13:33} Penerangan maksud 'kafir' dalam hadis ini.
------------------------------
14:39 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): matan larangan riwayat yazid bin syarik. [Selingan]: {14:45} Profil ringkas yazid bin syarik. {15:27} Ilmu jarah wa ta'dil dalam ilmu hadis. {17:42} Mu'an'an dan tadlis dalam ilmu hadis – antara tokoh masyhur terjebak dalam masalah ini ialah muhammad ibn ishak.
------------------------------
20:52 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): yazid bin syarik mendengar ali berkhutbah ‘tiada kitab di sisi kami melainkan kitab Allah’. [Selingan]: {22:56} Tujuan ali menyatakan perkara ini - perbincangan perkembangan syiah dan mengapa ali dipuja sedemikian rupa.
------------------------------
28:10 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): ali membuka scroll tersebut, di dalamnya ada 5 catatan: (1) catatan tentang umur unta bagi tujuan dalam urusan bayaran diyat, (2) catatan hukum hakam apabila seseorang mencederakan orang lain, (3) catatan tentang kawasan tanah haram di madinah yang dilarang keras buat benda tak elok seperti bid’ah, atau melindungi orang buat bid’ah (siapa yang buat maka atasnya laknat allah, malaikat dan manusia, serta taubat dan ganti rugi darinya tidak diterima di akhirat kelak). [Selingan]: {37:53} Punca muslim di malaysia mudah terpengaruh dengan bid’ah.
------------------------------
45:44 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): (4) Catatan tentang kesaksamaan perlindungan orang islam terhadap orang kafir. [Selingan]: {49:53} Keajaiban ajaran islam melalui perjanjian hudaibiyah - kisah abu jandal yang diserah semula kepada pihak musyrikin kerana memegang perjanjian. {58:05} Kesaksamaan hak seperti penggunaan stesen tv untuk kempen pilihanraya.
------------------------------
1:02:17 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): (5) Catatan tentang pengharaman menasabkan keturunan selain bapa/maula.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:05:17 - Menari menurut islam - bolehkah zikir menari atas hujah jaafar bin abi talib juga pernah menari kegembiraan?
------------------------------
1:07:30 - Adakah buat umrah berkali-kali dan berlumba-lumba membuatnya dalam satu perjalanan dianggap bid'ah? Adakah boleh dibuat jika bertujuan untuk mewakili ibu bapa yang sudah meninggal etc?
------------------------------
1:10:08 - Maksud 'maula'
------------------------------
1:11:44 - Penerimaan taubat dalam kes buat bidah di madinah - tiada ampun jika dia tak bertaubat di dunia, (semua taubat akan diterima jika taubat dibuat semasa masih hidup di dunia).
------------------------------
1:13:53 - Sistem perhambaan menurut islam.
------------------------------