Friday 15 May 2015

DR ASRI - LARANGAN MENASABKAN KETURUNAN KEPADA SELAIN BAPA (SOHIFAH ALI R.A.)


------------------------------
*Kuliah ini secara asasnya adalah untuk membincangkan ‘larangan menasabkan keturunan kepada selain bapa’ (sambungan perbincangan lepas). Hukum larangan ini akan disandarkan kepada dua dalil: (1) hadis riwayat abu hurairah, (2) riwayat yazid bin syarik. Namun, secara umumnya dr asri lebih banyak menerangkan tentang catatan2 yang terdapat dalam sohifah (scroll) ali r.a. sepertimana yang diriwayatkan yazid bin syarik.
------------------------------
0:44 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: haram dalam semua keadaan (ia tetap haram samada perkara itu dinafikan pihak yang terlibat ataupun tidak). [Selingan]: {2:06} Perbincangan hal penasaban anak luar nikah: (1) seorang anak lahir tanpa bapa, kemudian ibu anak berkenaan mendakwa seorang lelaki sebagai bapa anak tersebut, sedang lelaki itu tidak menafikan dakwaan wanita tersebut, ulama' khilaf dalam hal ini samada boleh dinasabkan atau tidak. (2) pasangan yang berzina, namun berkahwin selepas wanita berkenaan mengandung, anak itu boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan sepertimana pendapat ibn taimiyah, hassan al-basri, dan al-qardhawi. {4:25} hikmah mengapa anak luar nikah boleh dinasabkan kepada bapa kandungnya yang terlanjur berzina sebelum berkahwin.
------------------------------
9:10 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa: matan hadis larangan riwayat abu hurairah. [Selingan]: {11:39} Bolehkah kita mendakwa keseluruhan harta pusaka milik kita, kerana kita menjaga ibu bapa semasa mereka sakit sedangkan adik beradik lain tidak jaga? {13:33} Penerangan maksud 'kafir' dalam hadis ini.
------------------------------
14:39 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): matan larangan riwayat yazid bin syarik. [Selingan]: {14:45} Profil ringkas yazid bin syarik. {15:27} Ilmu jarah wa ta'dil dalam ilmu hadis. {17:42} Mu'an'an dan tadlis dalam ilmu hadis – antara tokoh masyhur terjebak dalam masalah ini ialah muhammad ibn ishak.
------------------------------
20:52 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): yazid bin syarik mendengar ali berkhutbah ‘tiada kitab di sisi kami melainkan kitab Allah’. [Selingan]: {22:56} Tujuan ali menyatakan perkara ini - perbincangan perkembangan syiah dan mengapa ali dipuja sedemikian rupa.
------------------------------
28:10 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): ali membuka scroll tersebut, di dalamnya ada 5 catatan: (1) catatan tentang umur unta bagi tujuan dalam urusan bayaran diyat, (2) catatan hukum hakam apabila seseorang mencederakan orang lain, (3) catatan tentang kawasan tanah haram di madinah yang dilarang keras buat benda tak elok seperti bid’ah, atau melindungi orang buat bid’ah (siapa yang buat maka atasnya laknat allah, malaikat dan manusia, serta taubat dan ganti rugi darinya tidak diterima di akhirat kelak). [Selingan]: {37:53} Punca muslim di malaysia mudah terpengaruh dengan bid’ah.
------------------------------
45:44 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): (4) Catatan tentang kesaksamaan perlindungan orang islam terhadap orang kafir. [Selingan]: {49:53} Keajaiban ajaran islam melalui perjanjian hudaibiyah - kisah abu jandal yang diserah semula kepada pihak musyrikin kerana memegang perjanjian. {58:05} Kesaksamaan hak seperti penggunaan stesen tv untuk kempen pilihanraya.
------------------------------
1:02:17 - Larangan Menasabkan Kepada Selain Bapa (Sohifah Ali): (5) Catatan tentang pengharaman menasabkan keturunan selain bapa/maula.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:05:17 - Menari menurut islam - bolehkah zikir menari atas hujah jaafar bin abi talib juga pernah menari kegembiraan?
------------------------------
1:07:30 - Adakah buat umrah berkali-kali dan berlumba-lumba membuatnya dalam satu perjalanan dianggap bid'ah? Adakah boleh dibuat jika bertujuan untuk mewakili ibu bapa yang sudah meninggal etc?
------------------------------
1:10:08 - Maksud 'maula'
------------------------------
1:11:44 - Penerimaan taubat dalam kes buat bidah di madinah - tiada ampun jika dia tak bertaubat di dunia, (semua taubat akan diterima jika taubat dibuat semasa masih hidup di dunia).
------------------------------
1:13:53 - Sistem perhambaan menurut islam.
------------------------------

1 comment:

  1. The Wynn casino in Las Vegas goes public - KTNV
    The Wynn Las 아산 출장마사지 Vegas announced Friday that it will open its casino 상주 출장샵 on the Las Vegas 문경 출장샵 Strip in a new direction. The project, which opened at 당진 출장마사지 Wynn Las Vegas in 이천 출장안마

    ReplyDelete