Monday 25 May 2015

DR ASRI - MENGASINGKAN DIRI / LARANGAN MENGKAFIRKAN ORANG


------------------------------
0:46 - Mengasingkan Diri: hadis abu said al-khudri tentang sebaik2 manusia: (1) berjihad dengan diri dan harta, (2) duduk tempat terpencil (ber’uzlah) untuk menyeru tuhan dan meninggalkan manusia dari kejahatan. [Selingan]:  {3:50} Kenapa jawapan nabi berbeza2 sedangkan soalan yang sama atau hampir sama maknanya pernah diajukan berulang-kali?
------------------------------
8:16 - Mengasingkan Diri: penerangan tentang ‘mengasingkan diri’ dalam hadis ini, serta pandangan imam an-nawawi dan ibn taimiyah berkenaan hal ini. [Selingan]: {12:53} Hadis ‘mengasingkan diri’ ini perlu diimbangkan dengan hadis lain yang menyatakan orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai lebih baik dari mukmin yang mengasingkan diri (maka pilihan pertama mestilah bergaul, jika fitnahnya besar barulah memilih sebaliknya). {14:35} Manusia dan pilihan: pilihan tiada erti tanpa ada pengetahuan tentang perkara yang hendak dipilih (teguran kepada sistem demokrasi malaysia.)
------------------------------
22:25 - Larangan Mengkafirkan Orang: matan bahasa arab hadis riwayat abu dzar yang mengandungi tiga larangan. [Selingan]: {23:16} Profil ringkas abu dzar (kisah pengislaman, serta karakternya yang tidak mempedulikan pandangan orang lain jika merasakan ia bertentangan dengan kebenaran).
------------------------------
37:18 - Larangan Mengkafirkan Orang: tiga larangan dalam hadis abu dzar ini iaitu (1) dakwa orang lain sebagai ayah, (2) dakwa harta yang bukan miliknya sebagai miliknya, (3) menuduh orang yang bukan kafir sebagai kafir/musuh Allah.
------------------------------
41:11 - Larangan Mengkafirkan Orang: penjelasan tentang larangan mengkafirkan orang. {42:34} Lima keadaan orang yang mengkafirkan orang lain iaitu: (1) tuduh kafir pada perkara yang jelas2 iman, (2) tuduh kafir sebab marah, serta meredhai perbuatan itu, (3) tuduh kafir sebab marah, namun tidak meredhai perbuatan itu, (4) tuduh kafir pada perkara yang memang kafir, atas dasar kepentingan awam, (5) tuduh kafir pada perkara yang memang kafir, atas dasar kepentingan peribadi.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
51:26 - Adakah solat dhuha dan fadhilatnya sabit dari nabi? [Selingan]: {52:57} Rakaat solat dhuha. {53:37} Adakah nabi solat dhuha semasa musafir, kerana hadis2 menunjukkan nabi tidak solat sunat melainkan solat sunat sebelum subuh dan witir sahaja semasa baginda bermusafir?
------------------------------
54:21 - Segala ketentuan di ‘tangan’ Allah: perbincangan tentang ayat mutasyabihat (contoh: tangan boleh difahami sebagai anggota tubuh, namun pada masa yang sama tangan juga boleh difahami sebagai kuasa). Pelbagai pendapat ulama’ tentang perkara ini - samada adakah ia perlu ditakwil ataupun ia perlu difahami dengan makna yang asal.
------------------------------
1:03:16 - Hubungan anak susuan dengan keluarga ibu susuan dari segi aurat, pernikahan, dan harta pusaka/faraidh.
------------------------------
1:07:21 – Hukum melabel orang: (1) melabel ulama sebagai sesat, syaitan dan sebagainya, (2) melabel semua orang kafir sebagai musuh islam.
------------------------------
1:08:57 – Al-quran adalah kalam Allah bukan makhluk - bagaimana pula dengan kertas dan dakwat yang telah ditulis dengan kalam tuhan, adakah ia tidak lagi dianggap makhluk? [Selingan]: {1:13:36} Adakah kertas al-quran yang dibakar, abunya perlu dibuang ke dalam laut/ditanam?
------------------------------
1:15:37 – Adakah gundik dianggap sebagai hamba sehingga khalifah boleh menidurinya dan tidak dianggap zina? [Selingan]: {1:17:26} Sejarah ‘sultan sebagai ketua agama’ berasal dari eropah.
------------------------------
1:21:27 – Antara istighfar atau solat dhuha, mana lebih afdhal untuk buka pintu rezeki?
------------------------------
1:25:23 – Benarkah muhammad bin abd wahab membunuh orang? [Selingan]: {1:27:06} Pendapat dr asri tentang muhammad bin abd wahab dan gerakan wahabiyyah. {1:28:38} Adakah perkara politik merupakan perkara aqidah yang mana kalau menyanggahinya dianggap sesat?
------------------------------
1:30:45 – Adakah dikira mengaku harta intelek milik orang lain sebagai milik kita juga termasuk dalam larangan yang dibincangkan tadi?
------------------------------

No comments:

Post a Comment