Monday 10 November 2014

DR ASRI - BAB LARANGAN PEMAKAIAN SUTERA / BEKAS EMAS PERAK (SAMBUNGAN PERBINCANGAN LEPAS)


------------------------------
3:00 - Bab Larangan Sutera/Bekas Emas Perak: matan hadis huzaifah ibn al-yaman. [Selingan]: {2:47} Profil ringkas huzaifah ibn al-yaman - beliau mengambil berat berkenaan fitnah akhir zaman serta mengetahui siapa munafiq. {4:20} Antara perkara yang ditakuti para sahabat ialah sekiranya ada nilai munafiq dalam diri mereka - kisah handzalah (iman setiap manusia turun naik hatta para sahabat sekalipun). {7:50} Ulasan berkenaan hadis akhir zaman mengenai pasukan panji hitam yang akan membantu al-mahdi, serta pelbagai pengakuan menjadi al-mahdi di serata dunia termasuk di malaysia.
------------------------------
23:28 - Bab Larangan Sutera/Bekas Emas Perak: haram memakai sutera bagi lelaki, serta haram makan dan minum dari bekas emas perak samada lelaki atau perempuan. [Selingan]: {24:14} Hukum memakai sutera dan emas tiruan.
------------------------------
26:29 - Bab Larangan Sutera/Bekas Emas Perak: ringkasan hukum penggunaan emas perak untuk pelbagai perkara selain makan dan minum (rujuk kuliah lepas untuk penjelasan terperinci). [Selingan]: {29:14} Hukum orang sakit memakai sutera. {30:05} Hikmah larangan emas/perak dan sutera. {32:48} Hukum lelaki menyerupai perempuan juga sebaliknya, walaupun untuk tujuan lakonan.
------------------------------
34:16 - Bab Larangan Sutera/Bekas Emas Perak: matan hadis anas bin sirin (semasa beliau berada bersama anas bin malik dan golongan majusi dalam satu majlis yang hidangannya diletakkan dalam bekas perak). [Selingan]: {34:55} Ringkas tentang konsep perhambaan sesama manusia dalam islam {38:15} Ringkas berkenaan agama majusi. {41:40} Kedatangan islam memberi rahmat kepada manusia terutamanya kepada orang arab - ulangan kisah kata2 masyhur umar semasa pembukaan baitulmaqdis, dan kisah kerendahan hati nabi semasa perang badar.
------------------------------
47:29 - Bab Larangan Sutera/Bekas Emas Perak: anas bin malik menolak untuk makan hidangan dalam bekas perak tersebut. [Selingan]: {49:16} Hukum makan minum dan selainnya dalam bekas yang sama nilai atau lebih mahal daripada emas/perak (contoh: kristal, berlian etc). {49:16} Cara yang betul untuk memahami konsep larangan ini - islam menyuruh bersederhana dalam setiap perkara serta tidak melarang menggunakan kekayaan dan perhiasan, namun dalam masa yang sama islam melarang umatnya selekeh dan kusut masai.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:06:12 - Hukum memakai gigi emas.
------------------------------
1:06:33 - Hukum lelaki memakai cincin suasa.
------------------------------
1:07:55 - Hukum jual beli jongkong emas.
------------------------------
1:08:20 - Soalan seloroh pilihanraya berkenaan pencalonan dr asri.
------------------------------
1:09:00 - Hukum memakai baju kalis peluru dari sutera.
------------------------------