Wednesday 12 August 2015

DR ASRI - HADIS DAJJAL [5/9]: MENJELANG KIAMAT / NAMA ALLAH: AR ROFIQ


------------------------------
0:46 - Ar-Rofiq: bermaksud yang bersifat lunak. Nama ini tidak disebut dalam al-quran, namun disebut dalam hadis aisyah r.a. berkenaan kisah sekumpulan yahudi mengucapkan ‘assamualaikum’ yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’ kepada nabi. [Selingan]: {2:52} Umur aisyah ketika berkahwin dengan nabi - perbincangan tentang kontroversi perkahwinan ini. {4:42} Agama ini berdasarkan hujah - dalil datang dahulu sebelum perbuatan, bukan mencari dalil untuk menghalalkan perbuatan.
------------------------------
9:45 - Ar-Rofiq: sambungan hadis aisyah, beliau ditegur nabi kerana menjawab ucapan yahudi itu dengan keras. Lalu baginda menyebutkan nama Allah ini dan sifat-Nya yang sukakan kelunakan dalam setiap perkara. [Selingan]: {11:35} Apa perlu jawab bila non-muslim ucap assalamualaikum? {11:58} Ulasan ‘salam satu malaysia’
------------------------------
12:47 - Ar-Rofiq: nama Allah ini juga disebut oleh nabi semasa baginda hampir wafat. [Selingan]: Hadis ini menjadi dalil nabi tidak menyebut ‘ummati’ semasa akhir hayat baginda. {14:56} Peringatan kepada orang yang guna suka guna hadis palsu. {16:17} Bolehkah hadis palsu diriwayatkan jika perkara yang disebutkan dalam hadis itu benar2 berlaku?
------------------------------
18:44 - Ar-Rofiq: hampir sama maksud dengan Al-Halim yakni bersifat santun terhadap hamba-Nya yang berdosa. [Selingan]: {20:05} Allah Maha Tahu keadaan hakikat seseorang, sebab itu jangan pelik jika kita lihat seseorang itu banyak melakukan dosa semasa hidupnya, namun dia mati dalam keadaan baik. Begitu juga sebaliknya. {22:54} Kenapa kita kena tahu banyak nama Allah?
------------------------------
24:37 - Menjelang Kiamat: ringkasan perbincangan lepas.
------------------------------
26:02 - Menjelang Kiamat: Selepas Allah menghantar burung, hujan turun meratakan permukaan bumi sehingga licin. [Selingan]: {26:37} Ulasan kenapa keadaan dalam hadis ini menggambarkan manusia seperti kembali ke zaman awal yang tiada teknologi.
------------------------------
28:32 - Menjelang Kiamat: Allah tumbuhkan buah di bumi. [Selingan]: {29:45} Orang kafir masih ada walaupun setelah semua keadaan ini berlaku.
------------------------------
31:44 - Menjelang Kiamat: Allah kembalikan keberkatan bumi sehingga sebiji delima boleh dimakan oleh 40 orang. {31:51} Maksud sebenar bila sesuatu diberkati Allah.
------------------------------
34:40 - Menjelang Kiamat: besarnya buah delima itu sehingga kulitnya boleh dijadikan bumbung tempat berlindung. [Selingan]: {36:27} Bolehkah tahiyyatulmasjid di surau/musolla etc.
------------------------------
37:35 - Menjelang Kiamat: diberkati susu unta, lembu, dan kambing sehingga susu seekor daripadanya cukup untuk diminum oleh sekumpulan besar manusia. [Selingan]: {40:13} Apabila pemimpin soleh, negara diberkati.
------------------------------
41:55 - Menjelang Kiamat: datang hembusan angin mencabut nyawa semua orang mukmin, sehingga yang tinggal cuma manusia jahat. Mereka melakukan hubungan seks secara bebas, dan kemudiannya berlaku kiamat.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
45:49 - Rasyad khalifah di US (tentang kod 19, dan kepercayaan terhadap angka/huruf).
------------------------------
56:18 - Adakah jika seseorang mati semasa demonstrasi blackout 2013 termasuk syahid fi sabilillah? [Selingan]: {58:31} Kejumudan pemikiran sebahagian ulama’ literalist saudi.
------------------------------
1:04:12 - Ulasan tentang makanan sunnah (dalam perubatan etc).
------------------------------
1:10:03 - Adakah fidyah akan digandakan jika terlewat bayar?
------------------------------
1:10:18 - Hukum kirim salam, serta bagaimana cara jawab salam yang dikirimkan?
------------------------------
1:11:53 - Maksud ijma’ ulama, serta kritikan terhadap golongan yang sering dakwa ijma’ pada semua amalan yang dia buat untuk membenarkan amalan tersebut.
------------------------------