Sunday 17 April 2016

DR ASRI - KETETAPAN ALLAH: PANDANGAN JABARIYYAH, QADARIYYAH, DAN AHLI SUNNAH / NAMA ALLAH: AS-SYAFI



------------------------------
1:30 - As-Syafi: bermaksud Maha Menyembuh. [Selingan]: {2:18} Kita perlu tahu nama Allah yang pelbagai supaya nama itu bersesuaian dengan seruan doa kita.
------------------------------
4:19 - As-Syafi: bacaan nabi meminta kesembuhan yang mempunyai nama Allah ini. Sunnah menghafal bacaan ini untuk dibaca ketika melawat orang sakit etc.
------------------------------
6:50 - As-Syafi: [As-Syu’ara’:80] [Al-Isra’:82] Dia menyembuhkan kesihatan fizikal dan rohani. [Selingan]: {7:47} Maksud bahagia yang sebenar adalah apabila roh disembuhkan oleh Allah - kata2 ibn taimiyah. {8:55} Kaitan kesembuhan rohani dan bacaan ‘ihdinassirotolmustaqim’.
------------------------------
10:52 - Ketetapan Allah: terdapat tiga aliran yang akan dibincangkan iaitu (1) jabariyyah, (2) qadariyyah, (3) ahli sunnah.
------------------------------
12:22 - Ketetapan Allah: jabariyyah berpendapat semua perkara ditentukan Allah secara paksaan total, manusia tiada pilihan.
------------------------------
14:15 - Ketetapan Allah: qadariyyah berpendapat semua manusia bebas membuat amalan atas pilihan manusia itu sendiri, tiada kaitan dengan tuhan. 
------------------------------
14:38 - Ketetapan Allah: pendapat ahli sunnah dalam hal ini iaitu (1) tiada perkara yang boleh berlaku, samada yang halal atau haram, melainkan dengan izin Allah, (2) Allah izin tidak bermaksud Allah redha. Begitu juga apa yang Allah redha, tidak semestinya Allah izin, (3) apa sahaja yang berlaku tanpa pilihan kita, kita tidak berdosa. Jika berniat buat pahala tapi di luar upaya kita, kita mendapat pahala, (4) keizinan Allah terhadap sesuatu berlaku seiring dengan usaha manusia - kisah maryam.
------------------------------
38:19 - Ketetapan Allah: bagaimana untuk faham ‘hadis Allah penetap harga’? [Selingan]: {42:17} Dua keadaan yang mempengaruhi kenaikan harga barang iaitu (1) faktor semulajadi, (2) faktor monopoli oleh peniaga. {45:09} Pendapat ibn taimiyah dan ibn arabi dalam hal ini. {46:17} Pendapat dr asri dalam hal ini - menjawab hujah yang menyatakan harga barang naik bukan kerana harga dinaikkan, tapi subsidi dikurangkan.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
51:31 - Adakah seseorang yang tidak pernah mendapat hidayah (samada dia tidak pernah mendengar tentang islam, atau dia terkeliru), dia akan tetap diazab Allah? [Selingan]: Pendapat kontroversi ibn qayyim tentang neraka akan hancur juga pada akhirnya. {59:07} Kita jangan terlalu cepat menghukum amalan seseorang hanya berdasarkan apa yang kita lihat, bukan secara keseluruhan.
------------------------------
1:05:49 - Hukum perubatan islam menggunakan bahan seperti sireh dan lada. (Kesimpulannya, setiap bahan yang digunakan perlu ada sebab logik yang boleh diterima akal.)
------------------------------
1:11:52 - Adakah terdapat dalil tentang amalan azan untuk orang yang akan bertolak haji? [Selingan]: {1:13:14} Doa nabi sebelum musafir.
------------------------------
1:15:16 - Adakah bapa nabi muhammad masuk neraka sepertimana yang terdapat dalam hadis sahih? {1:19:37} Juga bagaimana untuk memahami hadis ‘ibu yang membunuh anak perempuan, dan anak perempuan yang dibunuh, kedua-duanya masuk neraka’.

------------------------------

Saturday 9 April 2016

DR ASRI - HADIS DAJJAL [7/9]: MAKKAH MADINAH TIDAK DIMASUKI DAJJAL / NAMA ALLAH: AL-HAYY AL-QAYYUM

video rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=RRoq21cu1wI


------------------------------
1:45 - Al-Hayy Al-Qayyum: dua nama Allah ini sentiasa disebut secara bersama di dalam al-quran. Termasuk dalam nama Allah yang paling besar, mustajab doa jika seru dengan sepenuh pemahaman.
------------------------------
3:21 - Al-Hayy: bermaksud Maha Hidup. Segala sifat Allah tidak akan sama dengan sifat makhluk. Ia cuma sama pada perkataan, tetapi tidak sama pada hakikat.
------------------------------
5:21 – Al-Hayy: [Al-Baqarah:255] segala kehidupan makhluk bergantung kepada Allah yang Maha Hidup
------------------------------
6:28 -  Al-Hayy: [Al-Ghafir:65] serulah dengan menggunakan nama Allah ini.
------------------------------
7:37 - Al-Hayy: [Al-Baqarah:255] ayat ini untuk bangkang orang yahudi kata Allah rehat pada hari ketujuh penciptaan langit bumi kerana keletihan.
------------------------------
11:13 - Al-Hayy: juga bermaksud semua yang hidup bergantung kepada kehidupan Allah
------------------------------
11:54 - Al-Hayy: [Yasin:78] orang kafir mempersoalkan “siapa yang akan menghidupkan manusia setelah ia jadi tulang belulang yang hancur?” [Selingan]: {13:48} Dr asri membangkitkan ayat dari surah Al-Ankabut:63 dan surah Luqman:25 untuk tegur isu larangan non-muslim guna nama Allah (kalau nama Allah tak boleh guna, sepatutnya nama isa, nama ibrahim yang ada dalam bible pun tak boleh guna juga jika takut keliru). {18:23} Tidak ada ‘susah’ atau ‘senang’ bagi Allah.
------------------------------
20:06 - Al-Qayyum: berdiri dengan segala kebesarannya, dan segala yang berdiri bergantung kepada berdiriNya Allah.
------------------------------
21:15 - Al-Hayy Al-Qayyum: doa yang diajar nabi berkaitan dua nama Allah ini.
------------------------------
21:42 - Al-Hayy Al-Qayyum: doa yang dibaca oleh seorang lelaki mempunyai dua nama ini dan didengar oleh nabi.
------------------------------
24:24 - Al-Hayy Al-Qayyum: siapa membaca istighfar “Astaghfirullah allazi lailahailla hua AlHayyu AlQayyum wa atubu ilaih” sebanyak tiga kali, diampunkan dosanya sekalipun dosa lari dari medan perang. [Selingan]: {25:07} Allah suka bila kita guna nama Nya yang berbagai2 ini bila berdoa. Berdoa perlu disertai dengan perasaan, bukan pada mulut sahaja.
------------------------------
27:33 - Dajjal: matan hadis berkenaan dajjal tidak dapat masuk makkah dan madinah.
------------------------------
28:28 - Dajjal: pusingan masa menjadi dekat atau terasa pendek, dan berlaku haroj (pembunuhan berleluasa). [Selingan]: {30:37} ulasan isu rejim syria, mesir - kritikan terhadap golongan ‘salaf’ malaysia yang berfikiran sempit dalam isu ketaatan total kepada pemerintah walaupun pemerintah itu sangat zalim. {32:29} Dua jenis golongan yang membuat salah. {41:00} Penjelasan tentang bughoh - adakah mereka boleh diambil tindakan bunuh etc?
------------------------------
43:50 - Dajjal: dajjal tidak dapat masuk makkah dan madinah kerana malaikat jaga. [Selingan]: {45:03} Ulasan tentang kehidupan umat islam malaysia lebih bagus berbanding tempat lain. {48:06} Hadis tentang saranan untuk berdoa semasa ayam berkokok. {49:15} Teguran keras kepada orang yang suka loyar buruk tentang ajaran islam.
------------------------------
53:42 - Dajjal: dia akan pergi di sabakhoh dekat dengan madinah. Madinah bergoncang 3 kali, semua golongan munafiq dan kafir akan keluar dari madinah.
------------------------------
54:50 - Dajjal: dalam riwayat lain, ada seorang lelaki beriman yang terbaik pada zaman itu melawan dajjal. Lelaki itu akan dibunuh dan dihidupkan semula oleh dajjal, namun dia tetap istiqamah menentang dajjal. [Selingan]: {56:20} Takkan berlaku kiamat sehingga madinah akan halau keluar segala kejahatannya.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
58:33 - Kenapa umat islam semakin banyak berperang dan bergaduh sekarang?
------------------------------
1:06:44 - Kuliah habis, beberapa pengumuman.

------------------------------

Thursday 7 April 2016

DR ASRI - HADIS DAJJAL [6/9]: TIPU DAYA DAJJAL / NAMA ALLAH: AS-SALAM



------------------------------
1:01 - As-Salam: (Al-Hasyr:23) Bermaksud yang Maha Sejahtera. [Selingan]: {2:04} Nama Allah hendaklah diambil dari al-quran dan as-sunnah. Ada nama yang disandarkan kepada Allah tiada sumber dari nas yang sahih seperti as-sattar (yang sahih as-sittir).
------------------------------
3:21 - As-Salam: bacaan dalam riwayat muslim “Allahumma anta assalam waminka assalam tabarokta ya zal jalali wal ikram.”  [Selingan]: {4:08} Perkataan dasar islam itu ialah ‘salam’, yakni bermaksud kita berdamai dengan tuhan, dan juga berdamai dengan fitrah diri kita sendiri. {5:18} Adakah anak yahudi dan kristian yang mati semasa kecil akan masuk neraka? {7:02} Asal hubungan seseorang muslim dengan non-muslim mestilah dengan perdamaian. Maka, kita mestilah membawa islam yang sejahtera untuk semua orang.
------------------------------
8:57 - As-Salam: bermaksud Allah sejahtera dari sebarang sifat kekurangan, dusta, atau zalim. [Selingan]: {12:10} Dengan sifat as-salam Allah, Dia mengharamkan kezaliman sesama hamba-Nya. {13:31} Kisah seorang ahli falsafah yang mempertikai keadilan tuhan “Jika tuhan itu mampu, kenapa dia tidak menghapuskan kejahatan?” {17:11} Maha Besar rahmat Allah, setiap hamba boleh bertemu menghadap-Nya tanpa halangan. {19:18} Perbincangan tafsiran ulama’ berkenaan dua keadaan zikir yang terdapat dalam Ali-Imran:191 dan An-Nisa’:103
------------------------------
23:22 - As-Salam: beberapa lagi ayat dalam al-quran tentang perkataan as-salam - perkataan ini merupakan perlambangan islam {Al-Ahzab:44}, {An-Nur:61}, {An-Nur:27}, {As-Saaffat:79}, {Toha:47}
------------------------------
25:41 - Setiap manusia berbeza maqam keimanannya, begitu juga maqam syurga. [Selingan]: {25:56} Bukan syarat masuk syurga mesti meninggalkan perkara harus, tetapi tak dapat mencampai maqam yang tinggi di sisi tuhan bagi orang yang tidak meninggalkan sebahagian perkara harus - kisah ibn taimiyah dan baju lusuh. {28:10} Saad bin abi waqas yang redha dengan matanya yang buta, sedang doa dia mustajab jika dia ingin sembuh. {29:41} Berdasarkan kisah saad bin abi waqas ini, adakah ia bermaksud kita tak perlu doa bila ditimpa bala sebab kita redha dengan Allah? {29:57} Empat keadaan manusia bila ditimpa bala.
------------------------------
33:29 - Tipu Daya Dajjal: dia keluar bersamanya air dan api. Air hakikatnya api, adapun api hakikatnya air. Kalau jumpa, terjunlah ke dalam api kerana ia hakikatnya air yang enak lagi baik. [Selingan]: {39:29} Adakah kemungkinan tabi’in lebih faqih dari para sahabat dalam sebahagian perkara? {41:08} Kesungguhan nabi dalam menyampaikan dakwah.
------------------------------
43:44 - Tipu Daya Dajjal: adakah perkara ‘air dan api’ ini terjadi kerana dajjal sihir mata orang sehingga menampakkan perkara yang sebaliknya, ataukah ia memang ujian berdasarkan amalan seseorang?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
45:41 - Hukum khitan kanak2 perempuan
------------------------------
47:59 - Adakah orang yang ikut dajjal kekal dalam neraka?
------------------------------
51:00 - Komen dr asri tentang orang hina nabi dan islam. [Selingan]: {53:46} Hukum solat jumaat semasa jerebu. {55:56} Hukum musafir buka puasa. {57:17} Adakah jika semakin susah agama diamalkan, ia lebih bagus?
------------------------------
59:40 - Hukum solat jumaat bagi musafir apabila memulakan perjalanan selepas terbit fajar, serta adakah boleh jamak solat jumaat dan asar?
------------------------------
1:03:00 - Hukum ambil ‘untung atas angin’ dalam berniaga
------------------------------
1:04:11 - Setakat mana untung yang boleh diambil dalam perniagaan?
------------------------------