Tuesday 27 December 2016

DR ASRI - HADIS DAJJAL [8/9]: MELARIKAN DIRI KE BUKIT / NAMA ALLAH: AR-ROZZAQ

video rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=NH4q1dIpyKs


------
0:46 - Ar-Rozzaq: [Az-zariyat:58]&[Saba’:39] maksudnya Maha Memberi Rezeki. Boleh juga disebut Ar-Roziq.
------
2:22 - Ar-Rozzaq: sifat ini dijelmakan dalam dua keadaan: (1) ’rezeki am’ yakni rezeki yang diberikan kepada merangkumi semua makhluk termasuk orang kafir. (2) ‘rezeki khusus’ yakni rezeki yang diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Antara contoh rezeki khusus ini ialah rezeki iman. [Selingan]: {6:47} Kata2 zainal abidin bin ali dan ibnu aljauzi mengenai nikmat iman.
------
9:03 - Ar-Rozzaq: nama lain yang serupa ialah Al-Wahab dan Al-Mannan yang membawa maksud Maha Memberi Kurnia. {9:15} Manusia sering membataskan maksud kurnia dalam sudut material sahaja, sedangkan kurnia itu lebih luas maknanya seperti rasa bahagia dan rasa cinta.
------
11:03 - Ar-Rozzaq: [Al-Mulk:21] Tiada siapa yang dapat memberi rezeki jika Allah menghalang.
------
11:36 - Ar-Rozzaq: Hadis ‘siapa yang berpagi2 aman di tempat duduknya (rumah etc), dan cukup makannya untuk hari tu, maka seakan2 telah diberikan dunia kepadanya’.
------
17:59 - Ar-Rozzaq: tiada siapa yang dapat menghalang jika Allah hendak memberi, dan tiada siapa yang dapat memberi jika Allah menghalang. [Selingan]: {18:30} Islam tidak melarang mencari dunia namun manusia perlu ada sifat qanaah. Orang paling miskin dalam dunia ialah orang yang banyak kehendaknya dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang telah dimiliki.
------
20:31 - Dajjal: pengikut dajjal dari yahudi asfahan adalah seramai 70,000 orang, pada mereka ada ‘toyalisoh’. [Selingan]: {23:01} Asfahan ialah satu bandar di iran yang dianggap kota suci yahudi. {23:49} Makam nabi selain nabi muhammad tak ada satu pun yang pasti kesahihan, cuma dakwaan sahaja.
------
28:31 - Dajjal: hadis dajjal riwayat ummu syariq. [Selingan]: {28:58} Biodata ringkas perawi hadis ummu syariq. {30:23} Hukum pihak perempuan meminang pihak lelaki. {31:40} Kewujudan hafsah bt umar menafikan umar membunuh anak perempuan beliau semasa zaman jahiliyyah.
------
33:54 - Dajjal: manusia akan lari ke bukit melarikan diri dari fitnah dajjal. [Selingan]: {34:49} Al-quran dan hadis memberi isyarat manusia bila ditimpa fitnah yang menggugat agama disaran mengasingkan diri. Namun, benarkah untuk menjadi wali perlu pergi gua etc?
--------------------------
SESI SOAL JAWAB
--------------------------
38:01 - Dakwaan mengenai nabi adam bukan manusia pertama. Beberapa dalil dalam al-quran juga seakan mengisyaratkan tentang perkara ini, namun ia tidak termasuk dalam rukun iman.
------
41:32 - Hukum belajar tajwid menggunakan al-quran digital, sedangkan kita disuruh diam apabila mendengar al-quran. [Selingan]: {42:12} Perkara paling penting dalam ilmu tajwid ialah makhraj huruf iaitu menyebut huruf dengan betul. Selain daripada itu (dengung, harakat) merupakan khilaf para ulama.
------
44:09 - Maksud ‘kecemburuan orang ansar’ (berkaitan kisah ummu syariq di atas).
------
44:57 - Adakah hukuman mati dikenakan kepada seorang muslim jika dia membunuh non-muslim?
------
53:49 - Hukum menerima hadiah dari seseorang, sedangkan tugas dan tanggungjawab kita mempunyai kepentingan ke atas orang tersebut. Adakah dikira rasuah?
------

Saturday 17 December 2016

DR ASRI - KUPASAN RINGKAS BUKU FIQH JIHAD

------
2:12 - Fiqh Jihad: pengenalan tentang buku fiqh jihad tulisan dr yusuf qardhawi, ketokohan beliau dari segi gerakan perjuangan dan fiqah dalam dunia islam kontemporari, serta cabaran dan mehnah yang dihadapi beliau. [Selingan]: {7:22} Bagaimana seharusnya sikap kita dalam menilai pandangan dan ijtihad ulama’
------
9:10 - Fiqh Jihad: buku fiqh jihad dikarang oleh qardhawi untuk menerangkan salah faham tentang jihad.
------
12:28 - Fiqh Jihad: qardhawi mengkritik idea jihad oleh pelopor pemikiran jihad seperti syed qutb dan abu a’la almaududi. Syed qutb menganggap bahawa semua kuasa dunia yang tidak tunduk kepada islam mesti diperangi, qardhawi menolak pemikiran ini.
------
16:44 - Fiqh Jihad: tujuan islam berperang. [Selingan]: {19:57} Asal hubungan muslim dan non-muslim perang atau damai?
------
22:12 - Fiqh Jihad: kenapa orang kafir diperangi? [Selingan]: {22:44} Memahami kaitan antara illah(punca) dan hukum (contoh: illah pengharaman arak, kerana ia memabukkan). {24:56} Hukum perempuan musafir tanpa mahram.
------
26:49 - Fiqh Jihad: kenapa orang kafir diperangi? Majoriti ulama’ selain as-syafie berpendapat bahawa orang kafir diperangi sekiranya mereka memerangi islam, bukan semata2 kerana kekufuran mereka.
------
28:48 - Fiqh Jihad: perbincangan tentang perkataan negara islam seperti ‘darul islam’ dan ‘daulah islamiyah’, serta gelaran ‘darul ahd’ dan ‘darul harb’ kepada negara non-muslim. [Selingan]: {35:40} Adakah non-muslim dalam negara islam seperti malaysia boleh dipanggil kafir harb?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
39:09 - Hukum keluar dengan senjata untuk memerangi pemerintah yang fasiq dan zalim. Secara asasnya tidak boleh, kecuali ‘kufrun bawwah’ seperti basyar assad. [Selingan]: {44:29} Perbandingan kerja umat islam sekarang berbanding yahudi dalam menguasai dunia. {48:07} Teguran dr asri terhadap umat islam malaysia dalam isu nama Allah, serta kritikan terhadap pengurusan zakat.
------
52:58 - Kedudukan saf wanita solat berjemaah. [Selingan]: {54:42} Isu Allah tetap harga barang.
------
59:55 - Politik malaysia: patutkah pas bergabung dengan umno atas faktor persaudaraan islam? Adakah kebencian seseorang terhadap blok yang ala islam merupakan kebencian terhadap islam? Adakah landskap politik malaysia lebih bagus tanpa pembangkang?
------
1:06:07 - Adakah penggulingan mursi oleh tentera mesir dianggap sah di sisi islam?
------
1:09:28 - Adakah orang murtad wajib dihukum bunuh? [Selingan]:{1:12:58} Pandangan qardhawi tentang lelaki boleh berjabat tangan dengan perempuan sekiranya ada keperluan.
------
1:15:37 - Menjawab persoalan tentang perlunya sistem demokrasi sekarang digantikan dengan sistem syura(mesyuarat).
------
1:19:34 - Hukum menukar sesuatu bangunan ibadat agama lain kepada masjid. [Selingan]: {1:22:21} Hukum pasangan suami isteri masuk islam: adakah mereka perlu akad nikah yang baru mengikut prosedur islam, dan adakah hubungan mereka dengan anak-anak terbatal? {1:24:28} Islam tegas dalam hal akidah, tapi lembut dalam masalah fiqah: teguran kepada orang yang bersusah payah menyiasat punca halal makanan yang sudah kelihatan halal. {1:27:26} Isu pegang anjing: kita suka menghukum berdasarkan persepsi, bukan nas.
------
1:30:34 - Minta pandangan dr asri tentang isu mayat chin peng tak dibenarkan dibawa balik ke malaysia.
------