Tuesday 14 February 2017

DR ASRI - HADIS DAJJAL [9/9]: ISTIQAMAH SEORANG LELAKI MENENTANG DAJJAL / NAMA ALLAH: AL-HALIM

video rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=czVAG9XhQNU


-----
0:40 - Al-Halim: bermaksud Maha Penyantun yakni tidak tergesa mengambil tindakan terhadap hamba-Nya. [Fatir:45]
-----
5:38 - Al-Halim: ‘santun’ bukan bermaksud tindakan tidak diambil kerana Allah lemah, tetapi Dia berkuasa namun menangguhkan tindakannya.
-----
6:54 - Al-Halim: kita disuruh meniru sifat santun Allah ini. [Selingan]: {7:01} Tujuan Allah berselawat kepada nabi dalam ayat 56 surah Al-Ahzab.
-----
9:11 - Al-Halim: apabila kita membuat dosa, hakikatnya kita sedang menggunakan segala kurniaan-Nya untuk menentang-Nya, namun Allah itu sangat bersifat santun terhadap kita. [Selingan]: {11:00} Dua perkara yang menghalang azab Allah.
-----
14:54 - Al-Halim: nabi bersifat dengan sifat santun terhadap umat yang menentang baginda. [Selingan]: {20:33} Kisah lucu tok syeikh mengaku keturunan nabi.
-----
21:51 - Al-Halim: nabi santun terhadap seorang badwi yang biadab terhadap baginda. [Selingan]: {23:20} Baginda hidup miskin membuktikan kebenaran kenabian baginda. {24:13} Adakah patut seorang sultan dipuji melambung hanya kerana isterinya bertudung, walhal dalam masa sama dia memboroskan harta rakyat?
-----
26:55 - Al-Halim: Nabi puji al-munzir bin a’in kerana ada dua ciri iaitu tidak gopoh membuat tindakan dan berhati2. [Selingan]: {28:18} Ilmu diperoleh dengan mengaji, dan ‘hilm’ diperoleh dengan belajar jadi santun. {28:47} Menjawab hujah tentang ilmu ladunni, ‘ilmu kulit dan ilmu isi’, dan mengapa nabi musa tak terkena syariat nabi khidir. {30:40} Sifat melampau sesetengah ahli sufi sampai membela firaun.
-----
31:38 - Al-Halim: Untuk mendapat hilm ini perlukan kesabaran dan istiqomah. Kisah muhammad bin munqadir berjihad melawan nafsu selama 40 tahun. [Selingan]: {33:42} Secara hakikatnya, Allah tak marah orang buat dosa, tetapi Dia marah kepada orang yang sombong setelah membuat dosa yakni tidak memohon ampun. {37:00} Allah jadikan sesetengah peristiwa dalam hidup kita untuk mengangkat darjat kita.
-----
38:15 - Dajjal: hadis riwayat imran bin hussain. [Selingan]: {39:02} Benarkah kepercayaan melayu seperti tak boleh biarkan al-quran terbuka jika tak dibaca bimbangkan ia akan dibaca syaitan etc?
-----
40:18 - Dajjal: tiada fitnah antara penciptaan adam dan kiamat yang lebih besar melainkan dajjal. [Selingan]: {40:35} Isu syiah syria yang membunuh tanpa rasa ihsan. {43:11} Maksud sebenar ‘fitnah’ yang disebut al-quran dan hadis.
-----
44:05 -  Dajjal: seorang lelaki beriman mencari dajjal dan dia ditangkap tentera dajjal. Dia menentang ketuhanan dajjal, dan berdakwah kepada orang ramai menyatakan inilah dajjal yang disebut dalam hadis. [Selingan]: {48:42} Setiap zaman pasti akan ada mujaddid yang bangkit membawa kebenaran, hatta pada zaman dajjal.
-----
51:23 - Dajjal: dajjal perintah untuk memukul belakang dan perut lelaki tersebut sambil menguji keimanannya, namun lelaki tersebut tegas menjawab ‘kau lah dajjal yang pembohong’. [Selingan]: {54:48} Pejuang perlu istiqamah dengan kebenaran.
-----
55:54 - Dajjal: dajjal gergaji lelaki tersebut dari pundak kepala hingga ke bahagian antara kaki sehingga terbelah dua. [Selingan]: {56:44} Pengalaman dr asri melihat cara penyeksaan zaman pertengahan di eropah.
-----
58:48 - Dajjal: dajjal menghidupkan kembali lelaki tersebut mengharapkan lelaki itu akan kafir. Namun lelaki tersebut tetap istiqamah beriman.
-----
1:01:08 - Dajjal: dajjal cuba sembelih tapi Allah menjadikan di tengkuk lelaki tersebut tembaga. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api dan dia dimasukkan ke dalam syurga. [Selingan]: {1:04:16} Dajjal  diberi keupayaan menghidupkan orang sebagai ujian dari Allah.
--------------------------
SESI SOAL JAWAB
--------------------------
1:06:38 - Maksud ‘al-masih’
-----
1:07:43 - Keindahan doa istikharah, bacaan doa istikharah selepas atau sebelum salam, istikharah hanya pada perkara yang halal, istikharah tak semesti tunggu mimpi. {1:13:09} Bagaimana jika susah nak hafal doa istikharah dalam bahasa arab?
-----
1:13:35 - Terganggu solat sebelah orang was-was. {1:14:46} Teguran belajar tajwid secara melampau sehingga menyebabkan was-was. {1:17:11} Dua pendapat mengenai bacaan al-fatihah bagi makmum semasa rakaat imam baca jahar: samada baca al-fatihah, atau diam dan dengar sahaja imam baca surah. {1:17:54} Hukum makmum turut serta membaca surah mengikut bacaan imam adalah dilarang. {1:18:25} Orang was-was tak boleh sertai solat jemaah jika mengganggu jemaah.
-----
1:19:14 - Ilmu ladunni: mimpi tidak menjadi syariat walau siapa pun dia.
-----
1:21:00 - Adakah duit KWSP perlu di berikan kepada baitulmal? {1:21:36} Pemerintah boleh buat sesuatu untuk kemaslahatan rakyat seperti subsidi walaupun tidak diajar dalam islam.