Saturday 6 September 2014

DR ASRI - MUHAMMAD INSAN TAULADAN (MAULIDUR RASUL 2013)


----------------
2:51 - Keindahan islam: islam tidak mengharamkan fitrah manusia (muzik, nafsu seks etc), tetapi ia datang memberikan panduan bagaimana untuk manusia menguruskan fitrah itu.
----------------
7:48 - Muhammad Insan Tauladan: sambutan maulidur rasul - saat kelahiran baginda adalah suatu kebesaran namun ia bukan mukjizat, mukjizat terbesar baginda adalah al-quran (perkara ini disentuh dr asri untuk membincangkan isu pengedaran bible di malaysia). [Selingan]: {1:10:07} Adakah riwayat2 popular mengenai kejadian pelik semasa kelahiran nabi benar? {11:41} Kritikan, cadangan, dan pandangan dr asri berkenaan isu pengedaran bible di malaysia - (1) mentaliti salah risaukan bible akan menyesatkan umat islam sedangkan realitinya isi bible itu lebih menambahkan kekeliruan apabila dibaca, (2) cadangan berikan terjemahan al-quran kepada non-muslim, (3) umat islam sering bersikap defensif dan negatif dalam banyak perkara terhadap non-muslim
----------------
22:24 - Muhammad Insan Tauladan: periwayatan kisah tentang baginda disifatkan begitu terperinci walhal tiada manusia lain yang sejarah hidupnya diriwayatkan sebegitu rupa - ini membuktikan baginda merupakan seorang manusia yang sempurna untuk dijadikan contoh kerana seseorang yang mempunyai banyak kekurangan tidak mungkin mahu kisah hidupnya diriwayatkan secara terperinci (kerana ini akan menampakkan segala kekurangan dirinya).
----------------
33:25 - Muhammad Insan Tauladan: semua contoh tauladan dalam mengharungi kehidupan ada pada baginda - seorang yang ditindas, seorang yang berkuasa dan dihormati, seorang bapa dan suami,peniaga, pendakwah, panglima di medan perang. [Selingan]: {38:48} Islam melarang rohbaniyah (bertapa untuk berzikir seorang diri di tempat terpencil dan tidak ingin bergaul dengan masyarakat). {41:49} Contoh dari hadis bagaimana nabi mengawal nafsu syahwat - hikmah hadis ini menunjukkan baginda juga merupakan manusia normal seperti kita yang boleh kita teladani.
----------------
46:18 - Muhammad Insan Tauladan: contoh seorang pemimpin besar yang memperlihatkan kerendahan diri kepada orang bawahan (hadis nabi penuhi jemputan makan mulaikah iaitu nenek anas bin malik dan kemudiannya solat di rumah itu). [Selingan]: {47:37} Kritikan ringkas dr asri tentang menyusahkan perkahwinan. {50:49} Hadis anas bin malik ini menunjukkan tiada saf asing antara kanak2 dan orang dewasa ketika solat berjemaah - kebanyakan sikap kita menjadikan kanak2 tak mesra masjid
----------------
53:55 - Muhammad Insan Tauladan: baginda menanggung segala keperitan dalam menunaikan tanggungjawab dakwah untuk memberikan kita contoh bahawa kemenangan islam hanya akan diperoleh melalui tangan umat islam itu sendiri dan bukan secara percuma. *Ada dua persoalan yang dibawa dr asri untuk mengajak kita berfikir tentang perkara ini iaitu - (1) {54:25} kenapa doa imam masjidilharam untuk memohon kemenangan islam masih belum termakbul sedangkan ia didoakan di tempat mustajab doa, dan diaminkan orang ramai pula? (2) {55:21} kenapa israk mikraj disediakan buraq, sedangkan hijrah ke madinah nabi jalan kaki sahaja?
----------------
1:02:42 - Muhammad Insan Tauladan: baginda meraikan dan berurusan dengan jiwa manusia *Dua contoh: (1) {1:03:07} baginda melarang mencerca orang yang sudah mati walaupun dia seorang kafir sehingga menyebabkan waris mereka yang masih hidup terguris hati, (2) {1:10:07} baginda meraikan perasaan manusia untuk berhibur - hukum menyanyi berdasarkan kisah nabi semasa hari raya, semasa majlis perkahwinan, dan kisah seorang sahabat bernama anjasyah. [Selingan]: {1:03:37} Memahami keperitan perjuangan dan pengorbanan para sahabat untuk islam. {1:17:08} Islam adalah sebuah agama yang memberikan keluasan kepada penganutnya - setiap manusia mempunyai kelebihan berbeza, maka sesiapa pun boleh menyumbang untuk islam mengikut kelebihan masing2.
----------------
1:17:24 - Muhammad Insan Tauladan: menjadikan baginda contoh bukan dengan slogan, tetapi dengan penghayatan - sikap orang islam seperti sangat pengotor, makan rasuah serta tidak menjaga alam sekitar menjadi punca non-muslim mempersoalkan tentang islam dan nabi muhammad. [Selingan]: {1:26:19} Hukum membiarkan tandas awam kotor selepas digunakan.

----------------

Tuesday 2 September 2014

DR ASRI - LARANGAN MEMBAWA AL-QURAN KE NEGERI KUFFAR / SIKAP ISLAM TERHADAP NON-MUSLIM


------------------------------
0:55 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: bagaimana nabi boleh melarang perkara ini sedangkan pengumpulan al-quran dalam satu mashaf hanya terjadi selepas kewafatan baginda?
------------------------------
3:08 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: matan hadis ibn umar. [Selingan]: {3:54} Dua perkara yang perlu difahami dalam hadis ini iaitu - {4:01} pengecualian jika kita pasti al-quran itu dapat dijaga, {6:41} bagaimana untuk mentakrif 'negeri musuh' - penjelasan tentang wilayah2 yang dibahagikan kepada darul islam, darul harb/kuffar, darul 'ahd, serta daulah islamiyah.
------------------------------
15:24 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: kesimpulan umum tentang pelaksanaan maksud larangan hadis ini di zaman sekarang. [Selingan]: {16:05} Penjelasan tentang dua kumpulan non-muslim iaitu (1) ahlu zimmah, (2) mu'ahad; memahami siapakah yang dimaksudkan dengan golongan ini (zaman dahulu dan sekarang), serta penegasan untuk menjaga hak2 mereka. {22:07} Kehebatan islam dalam menjaga hak2 manusia sejagat sedangkan dunia pada zamannya tidak pernah menyentuh hal seumpama ini.
------------------------------
24:30 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu menjadi contoh kepada non-muslim, serta islam menyuruh menjaga hak2 mereka. [Selingan]: {25:10} Kisah umar mengingatkan gabenor mesir di zamannya iaitu amr ibn asr tentang amanah pemimpin terhadap ahlu zimmah dan mu’ahad, serta pesanan khusus mengenai kristian qibti (keturunan nabi ismail). {36:48} Kisah ibn abbas menegur so’soah berkenaan mengambil/merampas barangan non-muslim. {38:57} Kisah umar membantu memberikan zakat kepada seorang yahudi tua buta peminta sedekah.
------------------------------
40:28 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: larangan mencerca sembahan non-muslim.
------------------------------
42:28 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu menyediakan maklumat yang betul mengenai nilai sebenar yang terdapat dalam ajaran islam - kisah dr asri berbual dengan seorang anak muda melayu muslim yang terpengaruh dengan ajaran kristian (untuk benar2 menilai sesuatu agama perlulah dilihat berdasarkan sumber rujukannya, bukan perangai penganutnya).
------------------------------
47:54 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu memberikan gambaran yang baik tentang nabi muhammad kepada non-muslim. [Selingan]: {48:57} Kecintaan terhadap nabi - kisah abu bakr dibelasah apabila sedang berdakwah semasa islam masih minoriti, namun masih risaukan keadaan nabi sedangkan beliau sendiri sedang cedera. {58:51}  Cinta terhadap islam boleh dizahirkan dalam pelbagai cara selagi tidak membuat benda bidaah (contoh: beli al-quran mahal, tidak melunjur kaki ke arah kiblat, pakai baju mahal semasa solat, etc)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:02:16 - Adakah non-muslim boleh dilantik menjadi pemimpin umat islam sedangkan perkara ini tidak dibenarkan khalifah umar pada zamannya? *ijtihad boleh berubah mengikut keadaan dan peredaran zaman
------------------------------
1:06:34 - Bagaimana untuk menilai tahap permusuhan seseorang non-muslim apabila dia mengkritik/mempertikai nabi muhammad? [Selingan]: {1:07:18} Kisah seorang pendita yahudi yang ingin menguji kenabian nabi saw.
------------------------------
1:10:19 - Apakah maksud 'mulamasah'?
------------------------------
1:11:35 - Kenapa Allah guna 'kami’ apabila merujuk kepada diri-Nya dalam al-quran sedangkan Allah itu Esa?
------------------------------
1:13:16 - Apakah terdapat doa khusus dhuha dari nabi? [Selingan]: {1:13:47} hukum serta syarat menggunakan hadis dhaif untuk amalan peribadi. {1:14:30} Jumlah rakaat maksimum solat dhuha.
------------------------------
1:15:53 - Lafaz doa selepas makan makanan yang dijamu.
------------------------------