Monday 19 January 2015

DR ASRI - BAB PENGHARAMAN PAKAIAN CELUPAN ZAAFARAN



------------------------------

0:56 - Bab Pengharaman Pakaian Celupan Zaafaran: ulama khilaf adakah pengharaman atas faktor bau atau warna. [Selingan]: {5:18} Islam mengharamkan perkara kena pada tempatnya, namun pada akhirnya semua perkara yang diharamkan itu akan dapat dinikmati di syurga nanti - perihal keadaan nikmat di syurga. {15:20} Perbincangan ringkas nama Allah Al-Ghafur, As-Syakur dan Al-Waris.
------------------------------
27:04 - Bab Pengharaman Pakaian Celupan Zaafaran: ulama’ juga khilaf tentang faktor pengharaman (samada bau atau warna), adakah kerana perkara itu disebabkan ia menyerupai perempuan atau menyerupai orang kafir. [Selingan]: {28:26} Sekitar isu pelantikan pope baru. {31:53} Islam menjaga hak manusia dalam setiap perkara, namun sesetengah fatwa yang dikeluarkan sekarang menampakkan seakan-akan ajaran islam menindas sesetengah golongan seperti kaum wanita etc - isu isteri 'minta halal' makan minum dari suami etc. {35:13} Perbandingan pemimpin zaman sekarang dengan pemimpin di zaman khulafa' ar-rasyidin (kisah2 zuhud abu ubaidah al-jarrah).
------------------------------
43:18 - Bab Pengharaman Pakaian Celupan Zaafaran: matan hadis larangan (riwayat abdullah ibn amr ibn 'as - nabi menyuruh beliau membakar baju tersebut, dan dalam riwayat yang lain nabi menyamakan pakaian seumpama itu dengan pakaian kuffar). [Selingan]: {46:10} Mengapa nabi suruh bakar baju itu, bukankah itu pembaziran? {48:05} Cerita dr asri tentang lawatan ketua sami yang datang menziarahi beliau - penerangan ringkas tentang budha. {50:58} Ketenangan menurut islam.
------------------------------
56:46 - Bab Pengharaman Pakaian Celupan Zaafaran: penjelasan tentang menyerupai pakaian kuffar (hadis "man tasyabbaha biqowmin....."). [Selingan]: {59:15} Permasalahan pemakaian di negeri kuffar anti islam yang boleh menimbulkan ancaman kepada nyawa, isu larangan pemakaian serban di sekolah, serta isu pemakaian serban ganti helmet.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:04:19 - Hukum seorang perempuan tanggal tudung kerana nyawa terancam. *Harap tidak salah faham maksud dan tujuan dr asri yang mengatakan dosa membuka tudung itu 'dosa kecil' sehingga mengambil ringan perkara ini.
------------------------------
1:06:38 - Adakah seseorang memang tidak perlu minta halal dari ibu bapa, kerajaan, guru etc kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka?
------------------------------
1:09:51 - Hukum pemakaian baju kuning diraja. [Selingan]: Asal usul kuning diraja dan kisah perangai buruk sesetengah sultan melayu samada dahulu atau sekarang.
------------------------------
1:15:00 - Penjelasan tentang sedekah bacaan yasin kepada si mati. *Jawapan dr asri tertuju untuk orang nazak yang hampir mati, bukan yang sudah mati.
------------------------------