Thursday 19 February 2015

DR ASRI - BAB LARANGAN BERDIAM DIRI SIANG SEHINGGA MALAM


------------------------------
*Kuliah ini secara asasnya adalah berkenaan bab larangan berdiam diri siang sehingga malam (atas niat ibadah), namun dr asri memulakan kuliah dengan membicarakan sepotong hadis berkenaan sifat zuhud untuk menegur sesetengah golongan yang menggunakan nama agama untuk mencari kekayaan dunia.

**Terdapat dua riwayat yang akan dijadikan sandaran pada bab larangan berdiam diri: (1) hadis riwayat ali bin abi talib, (2) riwayat qais bin abi hazim. Pada hadis riwayat ali, nabi saw akan menyatakan dahulu perkara berkaitan anak yatim sebelum menyatakan tentang larangan berdiam diri.
------------------------------
1:01 - Hadis Riwayat Amr ibn Al-Haris: nabi wafat tidak meninggalkan harta dunia (seperti dinar dan hamba) kecuali seekor baghal putih, satu senjata, dan tanah di fada'. [Selingan]: {4:57} Ringkas tentang konsep perhambaan dalam islam. {10:03} Adakah benar abu bakr merampas tanah fada' dari fatimah sebagaimana dakwaan syiah? {11:31} Fenomena 'jalan pintas' dalam mencari agama - teguran kepada golongan yang menjaja nama agama untuk kepentingan diri sendiri, serta punca fenomena ini berlaku. {18:32} Maksud zuhud dan warak menurut ibn taimiyah. {20:12} Tiga kategori zuhud menurut imam ahmad bin hanbal.
------------------------------
22:46 - Bab Larangan Berdiam Diri: ia merupakan salah satu cara ibadah/haji zaman jahiliyah. [Selingan]: {23:36} Sedikit tentang hassan saqaf.
------------------------------
25:00 - Bab Larangan Berdiam Diri: hadis riwayat ali bin abi talib. [Selingan]: {25:47} Pendirian ahli sunnah dan syiah berkenaan ali bin abi talib, serta penjelasan tentang keterlibatan beliau dalam krisis politik yang sangat gawat dalam sejarah islam.
------------------------------
32:26 - Bab Larangan Berdiam Diri: hadis riwayat ali bin abi talib - tidak lagi menjadi yatim setelah seseorang itu bermimpi (baligh). [Selingan]: {33:40} Adakah seseorang wanita wajib mandi apabila mendapati kesan air akibat mimpi? *Pengurusan anak yatim: {35:16} Adakah perlu lagi bantu anak yatim setelah dia baligh? {36:27} Adakah harta anak yatim perlu diserahkan kepadanya secara serta merta setelah dia baligh?
------------------------------
37:49 - Bab Larangan Berdiam Diri: hadis riwayat ali bin abi talib - tidak ada dalam ajaran islam berdiam diri siang sehingga malam atas tujuan ibadah.
------------------------------
41:10 - Bab Larangan Berdiam Diri: riwayat qais bin abi hazim. [Selingan]: {41:54} Profil ringkas qais bin abi hazim - beliau bukan termasuk dalam golongan sahabat sepertimana juga raja najasyi kerana tidak pernah bertemu muka dengan nabi walaupun mereka hidup sezaman.
------------------------------
46:05 - Bab Larangan Berdiam Diri: riwayat qais bin abi hazim - abu bakr mengarahkan seorang perempuan bani ahmas yang enggan bercakap (kerana niat ibadah) untuk bercakap. [Selingan]: {46:30} Tujuan asal abu tolhah masuk islam adalah untuk berkahwin dengan ummu sulaim - maka betulkah tindakan kita yang pertikai orang masuk islam tujuannya untuk berkahwin? {49:59} Niat mempunyai kesan hukum dalam setiap perbuatan - memahami bidaah, kurafat etc.
------------------------------
55:05 - Bab Larangan Berdiam Diri: adakah seseorang yang telah bernazar untuk berdiam diri sepanjang hari perlu membayar kifarah jika dia melanggar nazarnya? [Selingan]: {55:23} Pengertian nazar yang sebenar - mesti atas perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
------------------------------
56:13 - Bab Larangan Berdiam Diri: kenapa maryam dibenarkan berdiam diri kerana ibadah sepertimana yang dinyatakan dalam al-quran tetapi kita tak boleh?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
57:54 - Perlukah kita menjawab soalan seseorang yang diajukan ketika kita sedang membaca al-quran?
------------------------------
59:24 - Adakah terdapat senarai nama orang munafik? (kerana huzaifah ibn al-yaman tahu individu yang termasuk dalam golongan ini)
------------------------------
1:00:32 - Konsep mengintip dalam islam - perlu dibezakan antara hal peribadi dan hal yang melibatkan kepentingan awam
------------------------------
1:06:22 - Soalan tidak jelas, berkaitan dengan pemberian nama anak - jawapan dr asri mengkritik sesetengah penceramah yang lebih mementingkan hiburan berbanding asas agama dalam menyampaikan ajaran islam.
------------------------------