Tuesday 2 September 2014

DR ASRI - LARANGAN MEMBAWA AL-QURAN KE NEGERI KUFFAR / SIKAP ISLAM TERHADAP NON-MUSLIM


------------------------------
0:55 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: bagaimana nabi boleh melarang perkara ini sedangkan pengumpulan al-quran dalam satu mashaf hanya terjadi selepas kewafatan baginda?
------------------------------
3:08 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: matan hadis ibn umar. [Selingan]: {3:54} Dua perkara yang perlu difahami dalam hadis ini iaitu - {4:01} pengecualian jika kita pasti al-quran itu dapat dijaga, {6:41} bagaimana untuk mentakrif 'negeri musuh' - penjelasan tentang wilayah2 yang dibahagikan kepada darul islam, darul harb/kuffar, darul 'ahd, serta daulah islamiyah.
------------------------------
15:24 - Bab Larangan Membawa Al-Quran Ke Negeri Kuffar: kesimpulan umum tentang pelaksanaan maksud larangan hadis ini di zaman sekarang. [Selingan]: {16:05} Penjelasan tentang dua kumpulan non-muslim iaitu (1) ahlu zimmah, (2) mu'ahad; memahami siapakah yang dimaksudkan dengan golongan ini (zaman dahulu dan sekarang), serta penegasan untuk menjaga hak2 mereka. {22:07} Kehebatan islam dalam menjaga hak2 manusia sejagat sedangkan dunia pada zamannya tidak pernah menyentuh hal seumpama ini.
------------------------------
24:30 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu menjadi contoh kepada non-muslim, serta islam menyuruh menjaga hak2 mereka. [Selingan]: {25:10} Kisah umar mengingatkan gabenor mesir di zamannya iaitu amr ibn asr tentang amanah pemimpin terhadap ahlu zimmah dan mu’ahad, serta pesanan khusus mengenai kristian qibti (keturunan nabi ismail). {36:48} Kisah ibn abbas menegur so’soah berkenaan mengambil/merampas barangan non-muslim. {38:57} Kisah umar membantu memberikan zakat kepada seorang yahudi tua buta peminta sedekah.
------------------------------
40:28 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: larangan mencerca sembahan non-muslim.
------------------------------
42:28 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu menyediakan maklumat yang betul mengenai nilai sebenar yang terdapat dalam ajaran islam - kisah dr asri berbual dengan seorang anak muda melayu muslim yang terpengaruh dengan ajaran kristian (untuk benar2 menilai sesuatu agama perlulah dilihat berdasarkan sumber rujukannya, bukan perangai penganutnya).
------------------------------
47:54 - Sikap Islam Terhadap Non-Muslim: umat islam perlu memberikan gambaran yang baik tentang nabi muhammad kepada non-muslim. [Selingan]: {48:57} Kecintaan terhadap nabi - kisah abu bakr dibelasah apabila sedang berdakwah semasa islam masih minoriti, namun masih risaukan keadaan nabi sedangkan beliau sendiri sedang cedera. {58:51}  Cinta terhadap islam boleh dizahirkan dalam pelbagai cara selagi tidak membuat benda bidaah (contoh: beli al-quran mahal, tidak melunjur kaki ke arah kiblat, pakai baju mahal semasa solat, etc)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:02:16 - Adakah non-muslim boleh dilantik menjadi pemimpin umat islam sedangkan perkara ini tidak dibenarkan khalifah umar pada zamannya? *ijtihad boleh berubah mengikut keadaan dan peredaran zaman
------------------------------
1:06:34 - Bagaimana untuk menilai tahap permusuhan seseorang non-muslim apabila dia mengkritik/mempertikai nabi muhammad? [Selingan]: {1:07:18} Kisah seorang pendita yahudi yang ingin menguji kenabian nabi saw.
------------------------------
1:10:19 - Apakah maksud 'mulamasah'?
------------------------------
1:11:35 - Kenapa Allah guna 'kami’ apabila merujuk kepada diri-Nya dalam al-quran sedangkan Allah itu Esa?
------------------------------
1:13:16 - Apakah terdapat doa khusus dhuha dari nabi? [Selingan]: {1:13:47} hukum serta syarat menggunakan hadis dhaif untuk amalan peribadi. {1:14:30} Jumlah rakaat maksimum solat dhuha.
------------------------------
1:15:53 - Lafaz doa selepas makan makanan yang dijamu.
------------------------------

No comments:

Post a Comment