Sunday 24 August 2014

DR ASRI - TUJUH PERKARA YANG MEMBINASAKAN


------------------------------
0:42 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: matan hadis abu hurairah. [Selingan]: {3:38} Adakah dosa besar hanya tertumpu kepada 7 perkara sahaja? {4:16} maksud 'lamam' dalam surah An-Najm:32 *tafsiran ayat ini jangan disalahguna untuk mengambil ringan perkara yang haram.
------------------------------
6:10 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (1) syirik kepada Allah. [Selingan]: {7:33} Isu penggunaan kalimah Allah di malaysia - terdapat banyak hujah dari al-quran yang membenarkan non-muslim menggunakan kalimah Allah. {10:37} Adakah orang kafir boleh diperangi hanya atas sebab 'kekufuran' mereka, bukan atas sebab mereka 'memerangi islam' sebagaimana sebahagian pendapat zohiri?
------------------------------
20:10 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (2) sihir - maksud sihir, serta perbezaannya dengan mukjizat dan karomah (juga rujuk 25:56). [Selingan]: {21:45} Isu tokong lebai berahim di langkawi. {23:33} Sambungan kritikan tentang isu penggunaan kalimah Allah. {28:25} Bagaimana sihir boleh berlaku, serta hukuman kepada pembuat sihir. {29:33} Penjelasan tentang 'namimah'(melagakan orang) dan kaitannya dengan sihir - peringatan untuk para wartawan
------------------------------
32:24 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (3) membunuh nyawa tanpa hak. [Selingan]: {33:07} Siapakah sebenarnya yang berhak mengampunkan pembunuh - adakah sultan berhak? {33:54} Penjelasan tentang 'qatlu ghilah' - bunuh seseorang mangsa yang mana mangsa itu menyangka keamanannya telah dijamin.
------------------------------
36:24 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (4) makan riba - kita menganggap keji peminum arak etc, tetapi tentang hal riba kita ambil mudah sedangkan ia dosa besar.
------------------------------
41:05 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (5) makan harta anak yatim. {Selingan]: {41:39} Teguran kepada pengendali restoran etc. {44:32} Teguran berkenaan kenduri arwah
------------------------------
45:53 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (6) berpaling dari medan peperangan - penjelasan tentang siapakah yang dimaksudkan dengan berpaling dari medan peperangan. [Selingan]: {51:20} Bolehkah lari dari medan peperangan jika kekuatan musuh sangat besar?
------------------------------
52:26 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (7) menuduh perempuan baik berzina - "kau menyangka ia perkara ringan, sedang ia di sisi Allah adalah perkara yang besar." [Selingan]: {56:45} Seorang suami tuduh isteri berzina sehingga mendapat anak - proses li'an, serta hukum si suami menuntut membuat ujian DNA untuk menentukan status anak tersebut (juga rujuk 1:03:00). {58:43} Proses dan hukuman terhadap orang yang menuduh orang lain berzina tanpa 4 orang saksi. {1:08:36} Bagaimana pula hukum jika si isteri yang dituduh zina ingin melakukan ujian DNA?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:10:16 - Hukum menulis doa sebagai status di facebook.
------------------------------
1:11:21 - Bolehkah berdoa meluahkan perasaan sekadar bertujuan mengadu nasib kepada Allah?
------------------------------
1:14:19 - Bagaimanakah yang dikatakan dengan takdir boleh berubah dengan doa? [Selingan]: {1:22:03} Rahmat Allah datang dengan doa hamba melalui pelbagai cara.
------------------------------
1:25:48 - Bagaimana roh nabi dikembalikan apabila kita berselawat ke atas baginda?
------------------------------
1:27:11 - Adakah dikira taksub jika seseorang sayang pada gurunya? - maksud taksub. [Selingan]: {1:33:26} Teguran keras terhadap 'geng taksub saudi'(madkhali) dalam menentukan hukum menyanyi, perempuan pakai baju berwarna, etc.
------------------------------

No comments:

Post a Comment