Tuesday 5 August 2014

DR ASRI - BAB KERASNYA PENGHARAMAN SIHIR: NAMA ALLAH YANG AGUNG (SAMBUNGAN PERBINCANGAN LEPAS)



------------------------------
0:54 - Kata2 aluan dr asri sempena awal tahun 2013 mengenai keberkatan masa. [Selingan] {2:05} Ringkas tentang tanda2 mudah untuk mengenalpasti hadis palsu.
------------------------------
3:02 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] ulasan ringkas tentang ayat ini sebagai ulangkaji kuliah lepas. [Selingan]: {5:13} Isu pengharaman kalimah Allah - cara fikir yang salah dalam mengharamkan penggunaan kalimah Allah.
------------------------------
9:01 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran. [Selingan]: {10:42} Isu amanat haji hadi - faktor mengapa munculnya pandangan islam ekstremis di malaysia sekitar 80an.
------------------------------
17:49 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran - kaedah ibn taimiyah dalam dalam menghukum iman/kufur seseorang: (1) seseorang yang berusaha mencari hidayah tapi dia tersilap, maka dia tak kafir (2) seseorang yang telah jelas kepadanya petunjuk tapi tetap menentang dan tidak mahu beriman, maka dia kafir (3) seseorang yang cenderung mengikut nafsunya seperti melakukan bid'ah dan maksiat sedang dia kurang mencari kebenaran, maka dia fasiq dan berdosa. [Selingan]: {22:36} Bagaimana seharusnya pandangan kita terhadap ahli bid'ah, ahli maksiat etc. {28:25} Jangan cepat menghukum seseorang semata2 berbeza ijtihad dengan kita. {29:31} Ulasan tentang golongan 'kafir-mengkafir' seperti ahbasy dan madkhali.
------------------------------
30:42 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] ulangan ringkas tentang kisah malaikat harut dan marut berdasar riwayat israiliyat (boleh rujuk kuliah lepas), serta kesimpulan umum tentang kisah ini (berkaitan dengan sihir 'tafriq') tanpa berdasarkan riwayat israiliyat.
------------------------------
36:21 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] pelbagai 'nama Allah yang Maha Besar' yang dikaitkan dengan kisah malaikat harut dan marut ini - {37:00} hadis pertama, {39:17} hadis kedua, {41:43} hadis ketiga, {44:20} hadis keempat, {48:44} hadis kelima. [Selingan]: {43:10} Doa mesti diiringi dengan penghayatan. {46:16} Allah suka bila seseorang hamba memanggil-Nya, maka mohonlah pertolongan hanya dari-Nya.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
53:51 - Apakah kelebihan meninggal di mekah atau madinah? [Selingan]: {55:19} Pelbagai permasalahan dan persoalan tentang roh serta hubungannya dengan alam barzakh.
------------------------------
1:07:19 - Hukuman untuk orang murtad - adakah wajib dibunuh? [Selingan]: Kritikan dr asri tentang berleluasanya kekeliruan terhadap islam yang ditimbulkan oleh orang islam sendiri (isu murtad, hudud, perkahwinan, dan syiah).
------------------------------
1:19:03 - Hukum berpuasa hari sabtu jika hari asyura jatuh pada hari sabtu.
------------------------------
1:20:30 - Isu syiah: ulasan tentang abdullah bin saba' (watak yang cuba dinafikan kewujudannya oleh syiah) yang berperanan menimbulkan huru-hara dalam islam.
------------------------------

No comments:

Post a Comment