Sunday 17 April 2016

DR ASRI - KETETAPAN ALLAH: PANDANGAN JABARIYYAH, QADARIYYAH, DAN AHLI SUNNAH / NAMA ALLAH: AS-SYAFI



------------------------------
1:30 - As-Syafi: bermaksud Maha Menyembuh. [Selingan]: {2:18} Kita perlu tahu nama Allah yang pelbagai supaya nama itu bersesuaian dengan seruan doa kita.
------------------------------
4:19 - As-Syafi: bacaan nabi meminta kesembuhan yang mempunyai nama Allah ini. Sunnah menghafal bacaan ini untuk dibaca ketika melawat orang sakit etc.
------------------------------
6:50 - As-Syafi: [As-Syu’ara’:80] [Al-Isra’:82] Dia menyembuhkan kesihatan fizikal dan rohani. [Selingan]: {7:47} Maksud bahagia yang sebenar adalah apabila roh disembuhkan oleh Allah - kata2 ibn taimiyah. {8:55} Kaitan kesembuhan rohani dan bacaan ‘ihdinassirotolmustaqim’.
------------------------------
10:52 - Ketetapan Allah: terdapat tiga aliran yang akan dibincangkan iaitu (1) jabariyyah, (2) qadariyyah, (3) ahli sunnah.
------------------------------
12:22 - Ketetapan Allah: jabariyyah berpendapat semua perkara ditentukan Allah secara paksaan total, manusia tiada pilihan.
------------------------------
14:15 - Ketetapan Allah: qadariyyah berpendapat semua manusia bebas membuat amalan atas pilihan manusia itu sendiri, tiada kaitan dengan tuhan. 
------------------------------
14:38 - Ketetapan Allah: pendapat ahli sunnah dalam hal ini iaitu (1) tiada perkara yang boleh berlaku, samada yang halal atau haram, melainkan dengan izin Allah, (2) Allah izin tidak bermaksud Allah redha. Begitu juga apa yang Allah redha, tidak semestinya Allah izin, (3) apa sahaja yang berlaku tanpa pilihan kita, kita tidak berdosa. Jika berniat buat pahala tapi di luar upaya kita, kita mendapat pahala, (4) keizinan Allah terhadap sesuatu berlaku seiring dengan usaha manusia - kisah maryam.
------------------------------
38:19 - Ketetapan Allah: bagaimana untuk faham ‘hadis Allah penetap harga’? [Selingan]: {42:17} Dua keadaan yang mempengaruhi kenaikan harga barang iaitu (1) faktor semulajadi, (2) faktor monopoli oleh peniaga. {45:09} Pendapat ibn taimiyah dan ibn arabi dalam hal ini. {46:17} Pendapat dr asri dalam hal ini - menjawab hujah yang menyatakan harga barang naik bukan kerana harga dinaikkan, tapi subsidi dikurangkan.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
51:31 - Adakah seseorang yang tidak pernah mendapat hidayah (samada dia tidak pernah mendengar tentang islam, atau dia terkeliru), dia akan tetap diazab Allah? [Selingan]: Pendapat kontroversi ibn qayyim tentang neraka akan hancur juga pada akhirnya. {59:07} Kita jangan terlalu cepat menghukum amalan seseorang hanya berdasarkan apa yang kita lihat, bukan secara keseluruhan.
------------------------------
1:05:49 - Hukum perubatan islam menggunakan bahan seperti sireh dan lada. (Kesimpulannya, setiap bahan yang digunakan perlu ada sebab logik yang boleh diterima akal.)
------------------------------
1:11:52 - Adakah terdapat dalil tentang amalan azan untuk orang yang akan bertolak haji? [Selingan]: {1:13:14} Doa nabi sebelum musafir.
------------------------------
1:15:16 - Adakah bapa nabi muhammad masuk neraka sepertimana yang terdapat dalam hadis sahih? {1:19:37} Juga bagaimana untuk memahami hadis ‘ibu yang membunuh anak perempuan, dan anak perempuan yang dibunuh, kedua-duanya masuk neraka’.

------------------------------

2 comments:

  1. selamat pagi,, saya lihat chanel islam itu indah sudah lama tidak update. boleh kah saya melanjutkan kepengurusannya. saya sangat tertarik dengan chanel islam itu indah

    ReplyDelete
  2. slm..terima kasih atas perhatian saudara/i..namun atas beberapa faktor, buat masa ini admin belum berniat untuk outsource pengurusan channel ini. minta maaf atas segala kekurangan, dan terima kasih atas sokongan.

    ReplyDelete