Monday 2 June 2014

DR ASRI - BAB LARANGAN KELUAR/MASUK NEGERI BERWABAK


------------------------------
* Kuliah ini pada asasnya bertajuk 'larangan keluar/masuk ke negeri berwabak'. Namun, secara umumnya kuliah tidak membincangkan tentang larangan ini secara terperinci - ia lebih menjurus kepada ulasan nas2 al-quran yang dijadikan dalil oleh imam an-nawawi pada peringkat pengenalan bab ini.
------------------------------
2:40 - Bab Larangan Keluar/Masuk Ke Negeri Berwabak: hukum secara umum
------------------------------
5:24 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap manusia. [Selingan]: {7:49} Penyebab kematian seseorang mempengaruhi hukum kematiannya, walaupun keadaan kematiannya sama (contoh: antara terjatuh dari pokok dan sengaja terjun dari pokok, antara berperang kerana kemasyhuran dan berperang kerana Allah)
------------------------------
12:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] sebab imam an-nawawi meletakkan ayat ini di permulaan bab - supaya asas akidah kita jelas. [Selingan]: {13:36} Perbincangan tentang akidah imam an-nawawi (aliran asya'irah) - bagaimana seharusnya pendirian kita dalam hal seumpama ini, serta ringkas tentang punca kemunculan pemikiran asya'irah yang ideologinya cenderung kepada falsafah
------------------------------
18:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan - bagaimana untuk membuat pilihan antara dua mudharat. [Selingan]: Tafsiran ayat ini berdasarkan pendapat para sahabat iaitu - {21:30} Pendapat abu ayyub al-ansari, {25:25} Pendapat umar al-khattab.
------------------------------
26:05 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] kisah2 kehebatan khalid al-walid dalam medan peperangan, yang sangat mengimpikan mati syahid namun akhirnya cuma meninggal di atas katil - mengimpikan untuk mati syahid tidak termasuk dalam konteks 'mencampakkan diri ke dalam kebinasaan'. [Selingan]: {28:58} Bagaimana untuk membuat pilihan samada yang 'kuat atau amanah' untuk memegang sesuatu jawatan
------------------------------
35:14 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] isu tiada jihad di palestin - benarkah pendapat al-albani dan seumpamanya dalam hal ini? [Selingan]: {43:51} Persoalan tentang 'jihad hujum' dan 'jihad difa'' - bagaimanakah keadaan yang menyebabkan seseorang wajib berperang? {50:25} Bilakah seseorang dibenarkan berundur dari medan peperangan?
-------------------------------
SESI SOAL JAWAB
-------------------------------
55:30 - Hukum bunuh diri - adakah murtad? [Selingan]: Islam mengajar umatnya supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah
------------------------------
58:18 - Hukum membuat protes sehingga diri terbunuh. [Selingan]: Ringkas tentang hukum pejuang bom berani mati
------------------------------
59:28 - Hukum sengaja mencederakan diri sendiri sebagai tanda protes
------------------------------
1:00:41 - Hukum memutuskan bekalan ubatan bertujuan mematikan orang yang mengalami 'brain death'
------------------------------
1:03:25 - Hukum negara jiran islam berdekatan yang tidak membantu palestin
------------------------------
1:06:25 - Penyoal meminta dr asri mengulas keadaan terkini di mesir (6 Disember 2012) - seseorang perlu taat kepada pemerintah hanya pada perkara yang bukan maksiat
------------------------------
1:08:32 - Dr asri mengulas tentang keputusan mahkamah membebaskan seorang polis yang menembak mati aminul rasyid
------------------------------
1:10:20 - Adakah seseorang perlu berjihad mempertahankan tanah airnya sedangkan tanah airnya itu merupakan negara 'non-muslim'. [Selingan]: Penjelasan tentang istilah 'negara islam', serta adakah malaysia merupakan 'negara islam'?
------------------------------

No comments:

Post a Comment