Monday 19 August 2019

DR ASRI - PESANAN UNTUK PEMUDA / EKSPLOITASI AGAMA



-----
1:16 - Nabi mengajar umatnya untuk bercita-cita tinggi dan tidak mudah berputus asa dalam perjuangan (hadis tanam pokok semasa kiamat datang).
-----
4:22 - Pesanan Untuk Pemuda: islam mengajar umatnya mengutamakan perkara yang bernilai tinggi dan meninggalkan perkara yang lekeh (teguran terhadap penganjuran k-pop).
-----
7:42 - Pesanan Untuk Pemuda: [Al-Furqan:74] islam mengajar satu doa supaya zuriat yang mewarisi kita menjadi penyejuk mata untuk kita. [Selingan]: {8:23} Penjelasan tentang air mata sejuk dan panas.
-----
12:56 - Pesanan Untuk Pemuda: golongan muda sangat diperlukan dalam dakwah kerana mereka lebih terbuka kerana kurang kepentingan peribadi berbanding orang yang lebih tua.
-----
13:42 - Pesanan Untuk Pemuda: beberapa kisah perjuangan golongan pemuda yang diceritakan dalam al-quran (nabi ibrahim berjuang semasa muda, golongan muda beriman kepada nabi musa).
-----
15:42 - Pesanan Untuk Pemuda: [Al-Kahf: 10] kisah ashabul-kahf mengajar kepentingan meminta petunjuk hidayah dari Allah dalam kehidupan dan dalam berjuang; perkara yang kita tak boleh berhenti minta sehingga akhir hayat; meskipun kita berasa kita sedang berada dalam kebenaran.
-----
23:11 - Eksploitasi Agama: teguran kepada golongan yang menjadikan agama sebagai modal untuk kempen diri sendiri, fesyen pakaian dan makanan, serta jampi2. [Selingan]: {24:26} Adakah pakaian dan makanan sunnah? {31:32} Isu masuk syurga bersalam tangan dengan orang yang pernah bersalam sehingga kepada nabi.
-----
34:50 - Eksploitasi Agama: perbandingan kehidupan kita dengan mus’ab bin umair dalam berjuang. Beliau merupakan sahabat yang asalnya kaya tapi mati dalam keadaan miskin selepas masuk islam, hatta kain kafan yang ingin menutupi jenazahnya tidak cukup. [Selingan]: {38:36} Benarkah bila kaya lagi senang beribadah? - nabi menangis mengenangkan bagaimana keadaan umatnya nanti apabila kesenangan dunia mudah didapati.
-----
43:55 - Eksploitasi Agama: ambil kesempatan menyusahkan ibadah untuk dijadikan modal berniaga agama. [Selingan]: Adakah tawaf tidak sah jika ambil wudhu sebelum masuk waktu?
-----
46:35 - Eksploitasi Agama: orang politik juga menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. [Selingan]: {47:36} Kisah seorang lelaki yang seakan mati syahid, tapi nabi nafikan kerana dia pernah mencuri selendang milik awam; teguran kepada pemimpin yang mencuri harta rakyat.
--------------------------
SESI SOAL JAWAB
--------------------------
52:25 - Adakah perkahwinan ahlul kitab masih wujud zaman sekarang; ciri2 ahlul kitab, dan syarat berkahwin dengan mereka. [Selingan]: {55:19} Kenapa islam benarkan perkahwinan dengan ahlul kitab?
-----
57:00 - Adakah sahih kisah saidina umar ditegur oleh salman al-farisi berkenaan kritik pemerintah? [Selingan]: {57:33} Hukum penceritaan para sahabat tidak perlu disiplin yang kuat seperti hadis. {58:12} Benarkah rakyat tak boleh kritik kerajaan atau pemerintah?
-----
1:01:46 - Program solat hajat setiap kali peperiksaan; penerangan tentang solat hajat - nabi tak pernah buat secara berjemaah.
-----
1:04:34 - Bagaimana jika kedai makan tak sembelih ayam; hukum jika kita baru tahu selepas dah makan. [Selingan]: {1:06:19} Adakah benar otak akan bebal jika makan yang haram secara tak sengaja?
-----
1:07:48 - Pendapat dr asri tentang penilaian hadis dan fatwa oleh al-albani.
-----
1:11:00 - Pendapat tentang puisi ‘ilahi lastu lil firdaus..’; tiada bukti sahih berasal dari as-syafie.
-----
1:15:42 - Hukum sujud terlalu lama sehingga tertinggal imam.
-----
1:16:37 - Hukum angkat menadah tangan ketika khatib berdoa dalam khutbah.
-----
1:18:11 - Larangan bercakap kasar kepada ibu bapa.
-----
1:20:54 - Adakah islam membenarkan berperang dengan orang kafir jika ekonomi islam tertindas?
-----
1:22:22 - Sikap islam terhadap sistem demokrasi.
-----
1:24:17 - Penerangan terhadap isu sanad: adakah ia masih penting di zaman sekarang? Serta adakah benar nabi mengajar zikir atau ajaran tertentu kepada golongan tertentu sahaja; sehingga kita perlukan sanad untuk belajar zikir tersebut?
-----
1:31:41 - Adakah perlu ikut waktu arafah dan raya haji di makkah, atau ikut waktu tempatan?
-----
1:35:02 - Pendapat dr asri tentang jemaah tabligh; islam mengajar umatnya supaya mengambil kebenaran dari sesiapa sahaja.
-----
1:42:38 - Hukum kutip derma sambil baca al-quran.
-----
1:43:01 - Hukum mengenakan bayaran pada perkara fardhu kifayah seperti penggali kubur etc.


No comments:

Post a Comment