Monday, 20 January 2014

DR ASRI - KISAH TAULADAN PARA SAHABAT DAN TABI'IN / BAB LARANGAN MENYAMBUNG RAMBUT


------------------------------
1:28 - Bab Larangan Menyambung Rambut: hadis asma' binti abu bakr r.a.
------------------------------
5:02 - Kisah Asma' r.a.: profil dan perkahwinannya
------------------------------
12:26 - Kisah Asma' r.a.: kisah berkaitan anaknya abdullah ibn zubair, serta kezaliman hajjaj ibn yusuf as-saqafi. [Selingan]: {20:16} Pertimbangan manusia tentang kehidupan dunia dan kematian berbeza-beza berdasarkan nilai rohaniah mereka - kata2 abdullah ibn zubair 'kematian adalah ubat kepada kesakitan'
------------------------------
27:45 - Kisah Asma' r.a.: dalil tentang isteri menolong suami, dan wanita dibenarkan bercakap di dalam majlis. [Selingan]: {33:31} Krisis politik dalam islam: pendapat muhibbuddin al-khatib tentang dosa besar pembunuh usman r.a.
------------------------------
35:18 - Sambungan Perbincangan Larangan Menyambung Rambut: dua pendapat fuqaha' - haram dan harus
------------------------------
41:36 - Kisah Abd Rahman Ibn Auf dan Mus'ab Ibn Umair r.a.: dua orang kaya yang mencintai akhirat
------------------------------
45:38 - Kisah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.: seseorang mesti berjuang dengan kudratnya demi islam untuk mendapatkan syurga, bukan sekadar duduk berzikir di masjid.
------------------------------
49:35 - Kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a.: pemegang amanah umat islam, dan orang yang benar2 amanah. [Selingan]: {53:53} Sesudah lebih 50 tahun merdeka, orang bukan islam di malaysia masih keliru tentang islam - salah siapa?
------------------------------
1:00:14 - Sambungan Perbincangan Larangan Menyambung Rambut: hadis muawiyah ibn abi sufyan r.a. [Selingan]: Kisah Tentang Muawiyah r.a.- {1:00:54} (1) Banyak riwayat palsu yang memburukkan muawiyah akibat pengaruh syi'ah, {1:02:38} (2) Kisah muawiyah yang dimarahi umar r.a. kerana mengupah pengawal peribadi, serta cara dan kelunakan berpolitik muawiyah r.a.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:08:46 - Hukum membuat rawatan yang mengembalikan kesuburan rambut dengan ubat atau herba
------------------------------
1:10:36 - Pemilihan pemimpin: antara pemimpin dari golongan orang kaya atau golongan ulama'. [Selingan]: {1:12:39} Jangan membandingkan prestasi berdasarkan orang yang lebih teruk, tetapi berdasarkan orang yang lebih baik
------------------------------
1:18:00 - Sham 'kamikaze' dijemput menceritakan pengalamannya - hidayah Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu dan dari jalan yang tidak kita duga
------------------------------

DR ASRI - TAFSIR AYAT 117-119 SURAH AN NISA'


------------------------------
1:44 - [An-Nisa':117-119]: penghujung ayat 119 ini dijadikan dalil dalam bab pengharaman menyambung rambut, membuat tatu, dan meratakan gigi
------------------------------
3:30 - [An-Nisa':117-119]: benda  yang diseru selain Allah itu lemah dan tidak mampu mencipta sesuatu yang hidup walaupun seringkas makhluk seperti lalat
------------------------------
10:35 - [An-Nisa':117-119]: manusia tanpa tauhid dan mengingati Allah itu jiwanya kosong dan kontang, dan baginya kehidupan yang sempit serta susah
------------------------------
16:31 - [An-Nisa':117-119]: manusia tiada tempat lain untuk diminta melainkan kepada Allah. [Selingan]: Dua kisah tentang doa - (1) {16:51} 'Anak panah malam' orang soleh yang ditampar secara zalim oleh seorang gabenor, (2) {20:49} Jawapan ali r.a. apabila ditanya tentang jarak antara bumi dan langit
------------------------------
22:20 - [An-Nisa':117-119]: qiamullail itu adalah amalan orang soleh terdahulu
------------------------------
23:42 - [An-Nisa':117-119]: syaitan laknatullah berjanji akan menyesatkan manusia keseluruhannya, yang selamat cumalah mereka yang ikhlas. [Selingan]: {23:51} Sedikit tentang li'an dan mubahalah
------------------------------
27:48 - [An-Nisa':117-119]: syaitan memanjangkan angan2 manusia pada kehidupan dunia menyebabkan manusia lupa pada kehidupan akhirat
------------------------------
29:09 - [An-Nisa':117-119]: maksud 'memotong telinga binatang ternakan' dalam ayat ini dari pandangan ulama' silam dan dari sudut sains
------------------------------
34:50 - [An-Nisa':117-119]: keajaiban al-quran dari sudut sains
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
40:37 - Isu golongan literalist dan zohiri dalam kancah politik malaysia - siapakah yang dimaksudkan dengan golongan salafi?
------------------------------
49:00 - Suruhan menyiasat berita yang disampaikan oleh orang fasiq: adakah media massa juga termasuk dalam saranan ini?
------------------------------
53:26 - Apakah hukum mengaku keturunan nabi?
------------------------------
54:30 - Allah itu bebas dihubungi oleh manusia, tidak perlu perantaraan tok syeikh atau tok guru - pilihlah waktu yang sesuai untuk berdoa
------------------------------
58:01 - Hukum makmum sujud terlalu lama pada sujud yang terakhir sehingga imam selesai tahiyat dan memberi salam
------------------------------
58:55 - Adakah susu yang terkeluar semula dari mulut bayi itu najis walaupun ia baru diminum oleh bayi tersebut?
------------------------------
59:54 - Hukum bersanding
------------------------------
1:04:57 - Hukum letak tangan atas dada semasa i'tidal. [Selingan]: {1:07:18} Kita cuba lari dari taqlid, tetapi terkadang dalam tak sedar kita telah lari kepada taqlid yang lain
------------------------------
1:08:04 - Adakah manusia tidak merasa panas terseksa dalam api neraka kerana al-quran mengatakan bahawa manusia itu adalah 'bahan bakar' api neraka?
------------------------------
1:10:04 - Persoalan bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah yang dikaitkan dengan imam syafie dan imam an-nawawi
------------------------------
1:14:04 - Isu fanatik mazhab - kisah imam syafie dan imam ahmad hanbal yang saling menghormati satu sama lain
------------------------------
1:18:00 - Isu ceramah perbandingan agama
------------------------------

DR ASRI - HADIS PEPERANGAN MU'TAH / KISAH KHALID AL-WALID DAN BILAL BIN RABAH R.A.


------------------------------
1:38 - Hadis Peperangan Mu'tah: perintah nabi saw dalam penggiliran ketua peperangan jika ketua yang dilantik terbunuh
------------------------------
8:02 - Hadis Peperangan Mu'tah: kisah kehebatan dan ketangkasan khalid al-walid r.a.
------------------------------
17:56 - Hadis Peperangan Mu'tah: nabi saw menziarahi keluarga jaafar bin abi talib yang terbunuh di dalam perang mu'tah. [Selingan]: {18:43} Sedikit berkenaan kenduri arwah, {20:37} Permasalahan kejujuran ilmu - kisah imam malik, muhammad bin dinar, dan guru mereka ibnu hurmus. {25:54} Seseorang manusia itu tidak diangkat kemuliannya oleh Allah kerana keturunan dan pangkat walaupun dia keluarga nabi sekalipun - kisah bilal bin rabah r.a.
------------------------------
44:57 - Hadis Peperangan Mu'tah: nabi saw tidak mengganggu keluarga ja'far yang baru meninggal selama tiga hari. [Selingan]: {46:29} Realiti kehidupan - "sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Dia jua-lah kita kembali"
------------------------------
50:17 - Hadis larangan untuk wanita mencukur kepala: hadis riwayat ali r.a. [Selingan]: Punca mengapa tidak banyak periwayatan hadis dari ali r.a., dan pengaruh syiah dalam masyarakat melayu
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
54:47 - Adakah hadis yang menyeru 'syabab' (orang muda) untuk berkahwin terangkum juga maknanya untuk golongan remaja?
------------------------------
56:40 - Penjelasan dr asri tentang pendapatnya yang mencadangkan anwar ibrahim bersumpah dalam isu video
------------------------------
1:07:25 - Pandangan dr asri tentang soalan bertanya tentang khabar yang mengaitkan mat sabu dengan syiah: pastikan segala usaha kita ikhlas kerana Allah, bukan untuk individu dan parti tertentu
------------------------------
1:10:33 - Hidayah Allah itu tidak diperoleh sekadar dengan usaha menuntut ilmu dan mengikut jemaah tertentu sahaja, bahkan kita perlu berdoa dan bergantung harap kepada Allah
------------------------------

DR ASRI - KAROMAH KHUBAIB R.A. / MENDEDAHKAN KEAIBAN ORANG DAN POLITIK LUCAH


------------------------------
1:45 - Larangan mengintip, mendedah, dan menuduh maksiat peribadi orang lain (maksiat tidak membabitkan hak manusia lain). [Selingan]: {5:07} Kisah umar r.a. menguji ahli majlis syura tentang persaksian zina, {6:54} Kisah nabi saw dengan lelaki yang mengaku maksiatnya, {11:18} Kisah umar r.a. yang mengintip maksiat seorang lelaki di dalam rumah
------------------------------
14:24 - Politik lucah: pandangan dr asri - politik kesaksamaan dan politik idea
------------------------------
20:10 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: kisah karomahnya semasa peristiwa sekitar perperangan roji'.  [Selingan]: {23:30} Penjelasan tentang kekeliruan perawi hadis ini dalam penceritaan nasab keluarga umar r.a.
------------------------------
26:09 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: nabi menghantar satu pasukan perisik(antaranya khubaib r.a.) untuk memantau aktiviti musuh, dan pasukan ini telah dikepung oleh musuh
------------------------------
34:42 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: khubaib r.a. telah ditangkap setelah menyerah diri kepada pihak musuh. [Selingan]: {34:58} Hukum menyerah diri kepada pihak kafir atas perjanjian setelah diancam, {36:09} Ringkasan kisah said bin amir r.a. yang sering pengsan mengenangkan kisah pembunuhan khubaib r.a.
------------------------------
40:11 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: hubungan quraish dengan bulan haram dan tanah haram - punca khubaib r.a. tidak terus dibunuh setelah dijual kepada pihak yang berdendam dengannya
------------------------------
43:38 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: seorang kanak2 pihak musuh datang kepada khubaib r.a. sedang di tangan beliau ada sebilah pisau cukur. [Selingan]: {46:48} Prinsip islam tidak membenarkan umatnya melampaui batas dalam menghadapi perselisihan
------------------------------
47:54 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: karomah khubaib melibatkan setangkai anggur
------------------------------
49:14 - Hadis Karomah Khubaib Al-Ansari r.a.: kisah beliau sebelum mati dibunuh iaitu {49:38}  (1) solat sunat dua rakaat sebelum mati dibunuh, {51:14} (2) doa dan syair khubaib r.a. sebelum menghadapi kematian, {56:46} (3) jawapan khubaib r.a. apabila ditanya jika tempatnya diganti dengan nabi saw. [Selingan]: {53:49} hukum 'mengirim salam' kepada nabi saw, {59:29} Allah melindungi jasad mayat asim bin thabit r.a. dari kafir quraisy
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:04:00 - Talaq ke atas perempuan yang sedang mengandung: sah atau tidak? - penjelasan tentang iddah dan rujuk
------------------------------
1:08:30 - Persoalan akad nikah di masjid: adakah salah kerana menyerupai agama kristian? [Selingan]: {1:10:30} Hukum solat tahiyyatul-masjid, {1:12:23} Upacara sarung cincin tanda pernikahan, {1:13:19} dan perbuatan menambah-nambah dalam proses akad nikah seperti upacara membatalkan air sembahyang
------------------------------
1:14:59 - Isu ds najib yang dikatakan melabel yusof al-qardhawi sebagai pengganas
------------------------------
1:16:05 - Hukum membaca jampi
------------------------------
1:17:42 - Talaq isteri ketika waktu haid dan mengandung: persoalan sah dan dosa
------------------------------
1:18:39 - Isu libya: pandangan dr asri dalam isu negara demokrasi dan negara islam
------------------------------
1:26:18 - Isu bahrain: masalah syiah, serta kekangan demokrasi dan kebebasan media dalam negara orang islam termasuk malaysia
------------------------------

Wednesday, 15 January 2014

DR ASRI - AKHLAK DAN KEPERIBADIAN NABI SAW / KAROMAH USAID DAN ABBAD R.A.


------------------------------
* Kuliah ini berkenaan akhlak dan keperibadian nabi saw berdasarkan hadis2 yang terdapat dalam karangan as-syeikh abi khalid aiman bin abd aziz. Oleh kerana point berkenaan akhlak nabi yang disampaikan ini agak banyak dan bercampur, maka hanya point utama akan dicatat untuk meringkaskan nota ini. Harap maaf atas segala kekurangan.
------------------------------
1:14 - Karomah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyr r.a. [Selingan]: {3:06} Pengertian istilah 'sahabat' nabi saw
------------------------------
12:58 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: berwajah bagus dan berakhlak mulia, tidak suka bercakap kotor, suka memaafkan, tidak membalas sesuatu tindakan buruk kepada baginda melainkan apabila hukum Allah dicemari, memilih perkara yang senang antara dua perkara.
------------------------------
16:52 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: tidak pernah menengking, hanya mengucapkan kata2 yang baik (menurut anas bin malik)
------------------------------
20:07 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: murah senyuman, percakapan jelas, istighfar (menurut jarir bin abdillah, abdullah bin haris, dan aisyah bt abi bakr). [Selingan]: {25:00} Istighfar itu merupakan ubat kepada segala masalah manusia - kisah hassan al-basri
------------------------------
28:58 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: doa yang sering dibaca nabi saw - doa minta kebaikan dunia dan akhirat. [Selingan]: {29:31} Permasalahan doa beramai2 selepas solat fardhu berjemaah - impak negatif yang terhasil darinya. {32:11} Benarkah seorang yang bermusafir tidak perlu qasar solat jika terdapat banyak kemudahan? {36:38} Hukum kenduri tahlil dan arwah - adakah ini perkara kecil dan remeh?
------------------------------
40:10 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: doa baginda memohon ditetapkan hati dalam agama islam, dan juga doa baginda selepas setiap majlis. baginda juga pemalu dan pemurah. [Selingan]: {42:59} Kuasa dan pengaruh - kaitannya dengan agama dan politik.
------------------------------
55:33 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: mengahwinkan orang bujang. [Selingan] {55:54} Teguran kepada orang yang suka membuat alasan untuk tidak solat seperti alasan seluar kotor dan tak bawa telekung. {57:54} Kisah perempuan meminang lelaki pada zaman nabi saw - satu amalan baik yang perlu digalakkan zaman sekarang. {1:00:54} Kisah umar r.a. dan seorang perempuan tua bernama khaulah yang menasihatinya
------------------------------
1:03:45 - Akhlak Dan Keperibadian Nabi: baginda suka menolong dan menunaikan hajat golongan yang lemah, memuliakan jemputan dan hadiah yang diberikan, serta lunak kepada kanak2 dan keluarga baginda. [Selingan]: {1:05:06} Akhlak nabi saw menjadi hujah bahawa agama islam bukan agama yang direka oleh baginda untuk mengaut keuntungan peribadi
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:10:26 - Hukum solat jumaat - wajib atau sunat?
------------------------------
1:11:19 - Bolehkah guna kekerasan fizikal untuk cegah kemungkaran?
------------------------------
1:12:58 - Ada tak had dan batasan bagi orang awam dalam mencegah kemungkaran?
------------------------------
1:13:48 - Cegah munkar - pasti akan berhadapan dengan halangan maka bersabarlah dalam dakwah. [Selingan]: {1:15:56} Kempen pilihanraya - perlu bersih dari segi penyampaian hujah mahupun dana
------------------------------
1:22:54 - Adakah wajib membacakan doa untuk pemimpin dalam khutbah?
------------------------------
1:24:54 - Hukum menadah tangan ketika doa semasa khutbah (untuk khatib dan juga makmum) - bukan semua doa perlu tadah tangan
------------------------------

DR ASRI - ILMU DAN DAKWAH DALAM LAPANGAN SUNNAH / ADAB MEMAKAI KASUT DAN SELIPAR


------------------------------
2:16 - Ilmu Dan Dakwah: islam itu agama ilmu dan menggalakkan umatnya menuntut ilmu, agama islam dibina di atas dasar ilmu dan hujah, serta islam memuliakan orang berilmu. [Selingan]: {7:56} Perbezaan antara 'alim' (ahli ilmu) dan 'abid' (ahli ibadah) - kisah ringkas seorang lelaki yang ingin bertaubat setelah membunuh 99 orang. {10:33} Ulama' pewaris nabi - golongan ulama' bagaimanakah yang perlu kita ikuti?
------------------------------
13:26 - Ilmu Dan Dakwah: ilmu itu perhiasan yang menjadi benteng dari tipu daya syaitan. Antara golongan yang terpedaya dengan permainan syaitan - was-was, riya', dan pemikiran yang sesat (contoh: syi'ah)
------------------------------
18:40 - Ilmu Dan Dakwah: akan sentiasa ada dalam kalangan umat nabi saw yang bangkit menegakkan kebenaran
------------------------------
20:48 - Ilmu Dan Dakwah: langkah setelah memiliki ilmu ialah menjalankan dakwah. [Selingan]: {21:51} Pemilihan perkataan yang sesuai untuk terjemahan al-quran
------------------------------
28:45 - Ilmu Dan Dakwah: dakwah perlu secara hikmah - jangan melangkah/melompat proses dalam berdakwah. [Selingan]: {31:05} Isu ambiga sokong murtad
------------------------------
39:55 - Ilmu Dan Dakwah: menuntut ilmu agama dan menjalankan dakwah perlu mengikut sunnah serta tetap/sabar dalam ajaran agama yang benar. [Selingan]: {40:39} Hadis tentang golongan ghuraba' (golongan yang dipandang pelik/asing amalannya)
------------------------------
44:43 - Adab Memakai Selipar/Kasut: nabi saw menegah memakai sebelah sahaja selipar dan sebelah selipar yang terputus talinya
------------------------------
53:28 - Adab Memakai Selipar/Kasut: larangan memakai dengan kesombongan (juga termasuk dalam pemakaian selain selipar/kasut)
------------------------------
55:38 - Adab Memakai Selipar/Kasut: nabi saw menegah memakai kasut secara berdiri, menyuruh memakai dimulai dengan kaki kanan dan membuka dimulai kaki kiri. [Selingan]: {56:01} Sedikit ulasan tentang kritikan aisyah r.a. dan pemahaman sebahagian hadis perlu dinilai mengikut konteks, {58:51} Hikmah islam mengajar umatnya walaupun pada perkara yang tampak kecil pada pandangan manusia
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:01:27 - Solat hajat dan solat hifzi: adakah wujud kaifiyat (cara khusus mendirikannya)? [selingan]: {1:04:49} Allah itu maha mengabulkan doa hamba-Nya
------------------------------
1:07:20 - Isu akhbar utusan malaysia: adakah hukum membaca akhbar jahat yang penuh dengan fitnah sepertinya haram? [Selingan]: {1:11:16} Patutkah media seperti utusan malaysia dan tv3 tidak memberikan ruang kepada pihak lain untuk bersuara?
------------------------------
1:17:38 - Hukuman murtad: adakah hukuman bunuh secara total?
------------------------------

DR ASRI - TAUFIQ DAN HIDAYAH: KURNIAAN ALLAH KEPADA INSAN


----------­--------------------
2:03 - Taufiq Dan Hidayah: jenis2 hidayah yang Allah kurniakan kepada manusia. [Selingan]: {5:24} Benarkah nabi saw dan orang islam belum mendapat hidayah kerana setiap kali solat minta hidayah dalam al-fatihah
----------­--------------------
7:04 - Taufiq Dan Hidayah: pembersihan jiwa yang dikurniakan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan kepada sesiapa yang berusaha mencarinya
----------­--------------------
11:49 - Taufiq Dan Hidayah: kesan2 daripada pembersihan jiwa insan
----------­--------------------
18:53 - Taufiq Dan Hidayah: taufiq itu adalah apabila Allah menguruskan urusan seseorang itu - sehebat mana pun manusia, segala urusannya tetap bergantung kepada Allah
----------­--------------------
23:35 - Taufiq Dan Hidayah: manusia itu selalu gopoh menilai - harta, pangkat, dan kesihatan bukanlah lambang keredhaan Allah kepada makhluk-Nya
----------­--------------------
29:32 - Taufiq Dan Hidayah: ia adalah kurniaan Allah - maka bersyukurlah apabila Allah mengurniakan hidayah-Nya untuk kita berada dalam petunjuk-Nya. [Selingan]: Agama itu perlu mengikut rasul, bukan tokoh agama dan tok guru
----------­--------------------
40:21 - Taufiq Dan Hidayah: kita tidak akan mampu memberi manusia hidayah, tetapi kita boleh menjadi faktor untuk manusia mengikut hidayah. [Selingan]: {45:24} Kita jangan cepat menafsir akhir kehidupan manusia, Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati seseorang
----------­--------------------
48:22 - Bab Makruh Beristinjak Dengan Tangan Kanan. [Selingan]: Antara keindahan islam itu ia mengajar manusia dalam keseluruhan urusan penting manusia - sebahagian dijelaskan secara detail (contoh:ibadah), sebahagian secara umum (contoh: pemakanan)
----------­--------------------
1:03:34 - Bab Makruh Beristinjak Dengan Tangan Kanan: mudahnya mendapat pahala di dalam islam. [Selingan]: {1:11:56} Dua doa yang diajar nabi saw untuk dibaca setiap pagi dan petang
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:13:44 - Hukum membaca al-quran kepada si mati di kuburan
----------­--------------------
1:19:32 - Adakah "radhiAllahu'anhu" khusus untuk para sahabat sahaja?
----------­--------------------
1:20:03 - Pandangan dr asri tentang khabar angin yang mengaitkan perhimpunan bersih dengan agenda syiah: bahaya syiah dan hukum demonstrasi
----------­--------------------
1:28:49 - Persoalan minum dengan tangan kiri kerana tangan kanan kotor
----------­--------------------

DR ASRI - MANUSIA ITU GOPOH


----------­--------------------
1:47 - Sifat manusia itu gopoh
----------­--------------------
4:28 - Manusia Itu Gopoh: gopoh dalam perjuangan - perjuangan memerlukan kesabaran kerana Allah ingin menguji manusia yang benar2 ikhlas dan berkorban di jalan-Nya. [Selingan]: {13:03} Dakwah nabi saw di tha'if: keperitan sebuah perjuangan seorang insan agung
----------­--------------------
17:36 - Manusia Itu Gopoh: gopoh dalam berdoa - doa untuk bala dan kejahatan
----------­--------------------
19:50 - Manusia Itu Gopoh: gopoh dalam solat - hadis nabi mengenai tatatertib dalam mengerjakan solat
----------­--------------------
22:12 - Manusia Itu Gopoh: gopoh dalam mencari rezeki - seseorang tidak akan sampai ajalnya sehingga cukup rezeki yang telah ditetapkan Allah kepadanya
----------­--------------------
27:20 - Manusia Itu Gopoh: gopoh dalam bercakap perkara yang tidak diketahuinya. [Selingan]: {28:19} Isu penukaran perkataan 'negara islam' kepada 'negara berkebajikan' oleh PAS, serta krisis politik dalam sejarah umat islam. {42:30} Isu penubuhan 'kelab isteri taat suami' - melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'
----------­--------------------
45:46 - Hukum Mencabut Uban: haram dan makruh. [Selingan]: {48:25} Teguran serius kepada jabatan2 agama di malaysia berkaitan isu murtad, zakat, dan gejala seks bebas
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
58:27 - Hukum isteri memberi syarat kepada suami supaya tidak kahwin lain: persoalan ta'liq dan janji
----------­--------------------
1:03:35 - Adakah peristiwa nabi saw membelah bulan merupakan satu mukjizat? [Selingan]: {1:04:05} Hikmah al-quran dijadikan sebagai mukjizat teragung nabi saw
----------­--------------------
1:07:38 - Benarkah hudud dapat mengurangkan jenayah sedangkan statistik menunjukkan sebaliknya? - kelemahan pengurusan sistem
----------­--------------------

DR ASRI - MATI YANG BAIK DAN PERKARA2 BERKAITAN KEMATIAN


----------­--------------------
1:37 - "Wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu muslim(menyerahkan diri kepada Allah)". [Selingan]: {6:52} Keperibadian baik dr lo'lo'
----------­--------------------
9:18 - Mati Yang Baik: mati syahid. [Selingan]: {10:00} Adab2 memuji manusia yang sudah meninggal dunia, dan larangan menghukum ketentuan masuk neraka kepada seseorang, {11:12} Membaca al-quran untuk orang mati: sampai atau tidak jika berserta upah dan sebaliknya. {16:36} Isu mengkritik pemerintah secara terbuka: mengiktiraf sesuatu bukan bererti bersetuju
----------­--------------------
21:36 - Mati Yang Baik: orang yang bersungguh-sungguh berdoa mengharap mati syahid
----------­--------------------
25:59 - Mati Yang Baik: orang yang akhir ungkapannya 'la ilaha illallah'
----------­--------------------
27:25 - Mati Yang Baik: orang mu'min yang mati dalam keadaan berpeluh dahinya
----------­--------------------
30:08 - Mati Yang Baik: mati yang mendapat sebahagian pahala syahid - mati akibat ta'un, mati akibat sakit perut, mati lemas, mati dalam runtuhan, wanita yang mati semasa melahirkan anak, mati mempertahankan nyawa dan harta
----------­--------------------
37:44 - Larangan Meratapi Kematian. [Selingan]: {38:54} Kenduri arwah termasuk dalam amalan jahiliyah yang amalannya dianggap sebagai meratapi kematian oleh para sahabat
----------­--------------------
42:08 - Larangan Meratapi Kematian: ulasan berkenaan hadis 'mayat diazab kerana ratapan keluarganya' dan kritikan aisyah r.a. terhadap sebahagian periwayatan para sahabat. [Selingan]: {50:28} Koyak baju dan tampar muka termasuk amalan meratapi mayat
----------­--------------------
51:25 - Kematian adalah sebuah perpisahan yang mana setiap daripada kita pasti akan melaluinya
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
54:40 - Sedekah bacaan al-quran kepada orang mati: amalan yang tidak mempunyai nas serta tiada contoh dari nabi - ia sekadar andaian para ulama', akan tetapi mengikut amalan nabi itulah yang paling utama
----------­--------------------
57:15 - Jika tak baca al-quran, apa yang patut kita buat untuk si mati?
----------­--------------------
58:16 - Hukum isteri tolak ajakan suami untuk bersama kerana isteri tiada nafsu akibat sudah tua dan sebagainya
----------­--------------------
1:02:53 - Terlebih terima gaji: apa yang patut dibuat dengan duit tersebut?
----------­--------------------
1:08:33 - Surah an-nisa' ayat 17: buat dosa kerana 'jahil'
----------­--------------------
1:11:02 - Ibn ishak: martabat beliau di sisi ahli hadis dan bolehkah menerima periwayatan beliau
----------­--------------------
1:16:22 - Bolehkah upah untuk mengerjakan haji? [Selingan]: {1:17:46} Perlunya untuk kita menyelidik serba-sedikit kepada siapa diberikan upah haji tersebut, {1:18:24} Orang yang diupah mestilah telah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu
----------­--------------------

DR ASRI - DEMONSTRASI DAN KETAATAN KEPADA PEMIMPIN / LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN


----------­--------------------
1:35 - Taat Pemimpin: nilai rakyat di zaman sekarang - pada kaca mata pemerintah orang islam vs pemerintah orang bukan islam
----------­--------------------
4:50 - Taat Pemimpin: bagaimana untuk menilai/memahami hadis tentang ketaatan kepada pemimpin dan hadis seumpamanya?
----------­--------------------
16:18 - Taat Pemimpin: bolehkah orang islam turut serta dalam menyokong perjanjian/perbuatan orang bukan islam?
----------­--------------------
27:12 - Taat Pemimpin: tujuan pemerintahan ditegakkan - keadilan untuk semua samada lemah atau kuat/miskin atau kaya
----------­--------------------
32:26 - Taat Pemimpin: kisah sahabat menegur nabi (seorang pemimpin) semasa perbarisan tentera
----------­--------------------
36:41 - Larangan Berlebih-lebihan: peringatan buat para da'i supaya tidak berlebih-lebihan pada perbuatan dan perkataan sehingga menyusahkan orang ramai. [Selingan]: {37:52} Sekitar permasalahan syarat 40 orang jumaat
----------­--------------------
40:00 - Larangan Berlebih-lebihan: niat sebelum solat
----------­--------------------
41:47 - Larangan Berlebih-lebihan: dakwah perlu ikhlas dan mencontohi nabi, bukan bertujuan menyusahkan orang ramai untuk sebarang kepentingan. [Selingan]: {47:44} Bolehkah guru/orang agama menerima upah?
----------­--------------------
48:29 - Larangan Berlebih-lebihan: para sahabat tidak gemar menyusahkan perkara yang tidak membawa kepada kebaikan
----------­--------------------
50:17 - Larangan Berlebih-lebihan: antara tanda orang yang berilmu dia berkata "wallahua'lam" pada perkara yang tidak diketahuinya dengan jelas (supaya dia tidak berlebih-lebihan berfatwa sehingga menyusahkan orang ramai). [Selingan]: Penjelasan nama seorang tabi'in yang bernama masruq (orang yang dicuri)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
57:25 - Hadis "siapa yang melihat kemungkaran ubah sekadar yang mampu" - ubah atau cegah?
----------­--------------------
1:01:31 - Demonstrasi: hadis 'jiran' sebagai hujah membenarkan demonstrasi
----------­--------------------
1:05:34 - Demonstrasi: syahidkah orang yang mati ketika demonstrasi? [Selingan]: {1:06:21} Bolehkah kerajaan membunuh/menggunakan kekerasan kepada puak2 yang menentang? {1:12:44} Persoalan sistem demokrasi tidak islamik
----------­--------------------
1:15:55 - Demonstrasi: haram jika bertujuan mencetuskan huru-hara dan kerosakan. [Selingan]: {1:17:16} Kecelaruan/ketidak-adilan hujah golongan yang menyuruh mentaati pemerintah secara total
----------­--------------------
1:21:52 - Bandingan alim-ulama' yang menjual ayat2 Allah demi kepentingan dunia adalah seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya
----------­--------------------