Saturday 20 June 2015

DR ASRI - BAB APA YANG PERLU DIUCAP/DILAKUKAN APABILA MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG


------------------------------
0:42 - Basa-basi menjelang pilihanraya 2013.
------------------------------
7:02 - Bab Apa Yang Perlu Diucap/Dilakukan Apabila Melakukan Perkara Yang Dilarang: [Al-A’raf:200] membaca isti’azah minta perlindungan dari diganggu dan diwas-waskan oleh syaitan. [Selingan]: {8:35} Ulasan ringkas tentang penyakit was-was. {12:20} Sifat marah merupakan sifat semulajadi manusia, hatta nabi sendiri pun tidak terlepas dari mempunyai rasa marah - maka mintalah perlindungan dengan isti’azah. (ini kerana syaitan mudah menguasai seseorang apabila dia terlampau marah atau terlampau sedih.)
------------------------------
18:17 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: [Al-A’raf:201] orang bertakwa apabila diganggu syaitan, mereka segera mengingati Allah. [Selingan]: {20:17} Isu hudud - tiada kebijaksanaan politik membincangkan hudud dekat pilihanraya.
------------------------------
24:16 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: [Ali-imran:135] penerangan tentang ‘fahishah’ dan ‘menzalimi diri’ dalam ayat ini. {27:08} Orang bertakwa apabila buat dosa minta ampun, dan harap tuhan tutup aibnya di dunia dan akhirat, serta berhenti dari melakukan perbuatan maksiat itu (selain makna Maha Pengampun, Al-Ghafur juga bermaksud tuhan itu menutup keaiban manusia). [Selingan]: {29:07} Bagaimana jika seseorang benar2 bertaubat, namun kembali melakukan dosa berulang kali selepas itu?
------------------------------
33:16 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: [Ali-imran:136] ganjaran bagi orang yang membuat dosa namun bertaubat ialah keampunan Allah dan syurga. {33:43} ayat ini menceritakan mengenai rahmat Allah - orang buat dosa pun boleh masuk syurga, kerana taubat itu sendiri merupakan satu pahala besar. [Selingan]: {34:54} Keindahan ajaran islam bila seseorang ingin bertaubat jumpa tuhan terus, tak perlu jumpa orang agama (sejarah kristian jual surat keampunan, dan punca kelahiran mazhab protestant.)
------------------------------
39:37 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: [Ali-imran:136] ulasan tentang syurga ‘mengalir di bawahnya sungai’ - mengapa Allah menggunakan perumpamaan ini? [Selingan]: {45:56} Keindahan dan keajaiban bahasa al-quran.
------------------------------
48:48 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: [An-Nur:31] Saranan bertaubat untuk orang2 beriman, dan disunatkan bertaubat apabila seseorang itu sampai umur 40 tahun menurut ibn kasir berdasarkan ayat 15 surah Al-Ahqaf.
------------------------------
50:13 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: sesiapa yang bersumpah dengan nama selain Allah perlulah mengucapkan ‘la ilaha illAllah’, (contoh lain yang dilarang: minta tumpang tok nenek, anak cucu nak lalu.)
------------------------------
52:58 - Bab Apa Yang Perlu Diucap…..Dilarang: siapa yang ajak orang berjudi, hendaklah dia bersedekah. (apabila buat dosa selain judi, maka seseorang itu juga digalakkan bersedekah.)
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
55:42 - Penerangan tentang khawarij dan syiah - apa beza khawarij dan syiah? [Selingan]: Rujuk 56:09 dan 1:02:19 tentang adakah ahli hadis terima periwayatan khawarij dan syiah - secara ringkas sahaja. {58:44} Hukum memerangi pemerintah yang fasiq dan zalim atas perkara ijtihadiyah sehingga meyebabkan pertumpahan darah.
------------------------------
1:05:45 - Hukum bangun tengah malam tengok bola, kerana ada hadis Allah turun pada satu pertiga malam. Serta bilakah satu pertiga malam itu?
------------------------------
1:07:53 - Apa kitab ulum hadis yang sesuai untuk peringkat permulaan?
------------------------------
1:08:22 - Apa perbezaan manhaj mutaqaddimin dan mutaakkhirin dalam mentashih dan mentadh’ifkan hadis? [Selingan]: {1:11:09} Penerangan tentang kelompok ulama aj-jarhu wa-ta’dil (ulama yang menghukum taraf rawi.)

------------------------------

No comments:

Post a Comment