Sunday 28 June 2015

DR ASRI - HADIS DAJJAL [1/9]: KEMUNCULAN DAJJAL


Al-Hadis:

Dari An-Nawwas bin Sam'an Al-Kilabi, beliau berkata; "Suatu pagi, Rasulullah saw menyebutkan tentang Dajjal, kemudian baginda ‘merendahkan dan mengangkat’, sehingga kami menyangka bahawa Dajjal telah berada di kebun kurma (berdekatan).

Kami kemudiannya beredar dari sisi baginda. Kemudian tatkala kami kembali kepada baginda, baginda mengetahui tentang (maksud tujuan) kami. Baginda bertanya: "Ada apa dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau menyebutkan tentang Dajjal pada pagi tadi, engkau ‘merendahkan dan mengangkat’ sehingga kami mengira bahwa Dajjal telah berada di kebun kurma."

Baginda bersabda: "Bukan Dajjal yang aku bimbangkan terhadap kamu, (kerana) jika ia keluar sedang aku masih berada ditengah-tengah kamu, maka aku akan menjadi pembenteng bagi kamu. Namun jika ia keluar sedang aku tidak berada dalam kalangan kamu, maka setiap orang harus membentengi dirinya sendiri, dan Allah akan menjadi penggantiku atas setiap orang muslim sesudah ketiadaanku. Dajjal adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya tertonjol keluar, seakan-akan kalau aku serupakan dia seperti Abdul 'Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu melihatnya, maka bacalah permulaan surat Al-Kahf. Ia akan keluar dari antara Syam dan Irak, mencetuskan kemusnahan di bahagian kanan dan kiri. Wahai hamba Allah, teguhkanlah diri kamu!"


Kami bertanya; "Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia akan tinggal di bumi?" Baginda menjawab: "Empat puluh hari - (ada) sehari seperti setahun, (ada) sehari seperti sebulan, (ada) sehari seperti seminggu, dan hari-hari yang selebihnya sama seperti sehari kamu." Kami bertanya; "Wahai Rasulullah, adakah semasa sehari yang sama dengan setahun itu, solat yang kadarnya seperti sehari biasa sudah mencukupi?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi hitunglah (mengikut kadar waktu kebiasaannya)."

-------------------
1:21 - Pengenalan tentang kitab/bab terakhir dalam riyadhus-salihin
-------------------
2:27 - Dajjal: suatu pagi, nabi menceritakan tentang dajjal. [Selingan]: {4:03} Maksud dajjal dalam hadis ini, serta maksud dajjal di sisi ahli hadis.
-------------------
5:25Dajjal: semasa nabi bercerita, baginda ‘merendahkan dan mengangkat’ sehingga sahabat yang mendengarnya menyangka seakan dajjal ini sudah ada dekat dengan mereka. {5:44} Perbincangan tentang maksud ‘merendahkan dan mengangkat’ ini. [Selingan]: {8:47} Adakah nabi tahu semua benda, samada yang terang atau ghaib?
-------------------
11:51 - Dajjal: nabi bertanyakan tentang keadaan para sahabat apabila baginda melihat keadaan para sahabat yang sibuk tentang dajjal. *Hal ini berlaku beberapa ketika sesudah para sahabat bersurai dari majlis nabi. [Selingan]: {14:14} Benarkah semua tongkat jadi mikrofon untuk wali Allah?
-------------------
16:41 - Dajjal: sahabat menjawab bahawa mereka menyangka dajjal sedang berada di kebun kurma berdekatan. [Selingan]: {16:56} Adakah arak yang dibuat selain daripada kurma dan anggur tidak dianggap arak, walaupun ia memabukkan?
-------------------
21:13 - Dajjal: nabi memberikan amaran supaya membentengkan diri dari fitnah dajjal dengan meminta pertolongan Allah sesudah ketiadaan baginda. [Selingan]: {23:32} Doa musafir. {25:13} Ulasan ringkas beberapa isu pasca pilihanraya 2013.
-------------------
28:35 - Dajjal: nabi mensifatkan tentang diri dajjal - rambut kerinting, dan keadaan matanya yang buta sebelah.
-------------------
32:51 - Dajjal:  nabi menyuruh membaca permulaan surah al-kafh sekiranya berjumpa dajjal. [Selingan]: {34:21} Benarkah tafsiran bahawa dajjal ini sebagai metafora untuk amerika etc, dan bukannya seorang lelaki? {34:56} Kehebatan seseorang menjampi etc bukanlah menandakan kebenaran seseorang itu, kerana dajjal juga boleh membuat perkara yang lebih hebat.
-------------------
36:20 - Dajjal: tempoh dajjal berada di muka bumi - empat puluh hari, namun ada sehari yang tempohnya seperti setahun, ada sehari yang seperti sebulan, ada sehari yang seperti seminggu, dan hari2 selebihnya tempohnya sama seperti hari2 biasa.
-------------------
37:48 - Dajjal: sahabat bertanya nabi bagaimana cara solat pada hari yang tempohnya seperti setahun itu. [Selingan]: {39:32} Permasalahan waktu solat bagi tempat yang keadaan waktunya tidak normal seperti bagi angkasawan, kutub utara dan selatan, dalam kapal terbang, sesat dalam hutan, etc. {45:23} 'Zihar' bukan sepertimana yang ramai di malaysia faham.
-------------------
47:40 - Dajjal: tentang membaca permulaan surah al-kahf apabila berjumpa dajjal - ia perlu dihayati bukan sekadar bacaan di mulut.
-------------------
48:38 - Dajjal: tafsir permulaan surah al-kahf. [Selingan]: {49:26} Yahudi bertanyakan nabi tentang kisah pemuda ashabul-kahf, kisah zulqarnain, dan persoalan roh. {53:06} Kepentingan mengucapkan ‘insya-Allah’ pada perkara yang belum lagi berlaku. {55:00} Persoalan tentang roh - bolehkah berjumpa dengan roh orang yang sudah mati?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
59:18 - Penerangan tentang bani tamim - berkaitan dengan kemunculan seorang pemuda di zaman imam mahdi. [Selingan]: {1:01:05} Persamaan antara ajaran al-arqam dan syiah mengenai imam mahdi.
-------------------
1:07:56 - Hukum seorang perempuan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
-------------------
1:10:28 - Hukum terima sogokan pilihanraya. [Selingan]: {1:12:28} Lafaz ta’liq tidak wajib dibaca semasa akad nikah, serta membuat gurauan dalam menyatakan ‘sah’ oleh saksi nikah.
-------------------
1:13:50 - Adakah tajaan seperti tiket bas untuk balik mengundi dikira sogokan?
-------------------
1:14:15 - Adakah terdapat puasa khusus rejab? {1:14:31} Hukum solat raghaib.
-------------------
1:15:46 - Adakah niat puasa ganti boleh dibuat selepas subuh, sepertimana puasa sunat?
-------------------
1:17:04 - Peristiwa gempa bumi dan api keluar daripada muka bumi di madinah.
-------------------
1:18:09 - Adakah terdapat hadis untuk menyebarkan kelebihan bulan rejab?
-------------------
1:18:47 - Ulasan tentang buku abdul latip talib.
-------------------

No comments:

Post a Comment