Saturday 13 June 2015

DR ASRI - MENCARI DUA UMAR


------------------------------
*Tajuk kuliah ini ialah ‘Mencari Dua Umar’. ‘Dua umar’ yang dimaksudkan dalam kuliah ini ialah umar al-khattab dan umar bin abdul aziz.
**Pada minit ke 35:09, dr asri ingin memulakan penceritaan tentang umar bin abdul aziz, namun beliau menceritakan dahulu tentang sikap umar al-khattab yang suka berjalan malam memantau keadaan rakyat kerana perkara ini mempunyai kaitan dengan umar bin abdul aziz.
------------------------------
2:18 - Mencari Dua Umar: pemerintahan perlu diberikan kepada yang layak. {7:42} Kelayakan untuk menjadi pemimpin ialah kuat/mampu dan amanah - ‘ustaz’ tak semestinya layak (kisah abu dzar yg tidak diberi jawatan oleh nabi)
------------------------------
12:11 - Mencari Dua Umar: sekiranya tiada pilihan lain, bagaimana untuk memilih antara dua calon: (1) amanah tapi tak mampu, (2) mampu tapi tak amanah. [Selingan]: {12:45} Kisah umar al-khattab dan khalid al-walid yang dilantik sebagai ketua perang. {19:28} Kisah umar al-khattab dan muawiyah yang dilantik menjadi gabenor di syam.
------------------------------
26:08 - Mencari Dua Umar: pesan pertama abu bakr dan umar al-khattab semasa awal pelantikan “kalau aku taat allah dan rasul maka taat aku, kalau aku menyeleweng jangan taat aku” (bukti pemimpin boleh ditegur, bukan ketaatan total sepertimana dakwaan sesetengah pihak).
------------------------------
32:12 - Mencari Dua Umar: ujian ‘tahun debu’ - kisah kerendahan hati umar al-khattab sebagai pemimpin terhadap rakyat bawahan. [Selingan]: {33:57} Sejarah gelaran ‘amirul mukminin’.
------------------------------
35:09 - Mencari Dua Umar: umar bin abdul aziz mempunyai hubungan darah dengan umar al-khattab.
------------------------------
35:25 - Mencari Dua Umar: kisah umar al-khattab berjalan malam dan membantu seorang perempuan yang ingin bersalin (kata2 umar kepada ummu kalsum “adakah kau mahu kebaikan yang telah Allah bawakan kepadamu?”). [Selingan]: {38:37} Antara penyembuh penyakit ialah dengan sedekah.
------------------------------
42:11 - Mencari Dua Umar: kisah umar al-khattab berjalan malam dan terdengar dialog seorang gadis penjual susu yang amanah. (umar al-khattab mengahwinkan anak beliau dengan gadis ini, dan dari keturunan inilah lahirnya umar bin abd aziz).
------------------------------
46:23 - Mencari Dua Umar: kisah/sejarah pelantikan umar bin abd aziz, dan keadaan beliau semasa hari2 awal pelantikan.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
55:48 - Kuat dan amanah: adakah perkara ini perlu ada pada diri calon pemimpin atau pada jemaah yang diwakilinya?
------------------------------
59:32 – Mengapa ali menggugurkan pemerintah keturunan umawi termasuk muawiyah setelah beliau naik menjadi khalifah?
------------------------------
1:06:06 - Politik lucah: agama ini asasnya perlu jaga keaiban peribadi orang lain yang tidak berkaitan dengan kepentingan awam. [Selingan]: {1:10:31} Kritikan terhadap jabatan agama/operasi maksiat etc yang sibuk membuat operasi tangkap basah. {1:19:39} Jawapan balas kepada orang yang menyelongkar hal peribadi calon pemimpin dengan menggunakan hujah ‘kita kena tahu kelemahan/keburukan calon pemimpin supaya kita dapat membuat pilihan yang betul.’ {1:21:18} Pandangan dr asri dalam memilih/memangkah pemimpin dalam dunia politik kotor sekarang.
------------------------------

No comments:

Post a Comment