Thursday 9 July 2015

DR ASRI - HADIS DAJJAL [2/9]: FITNAH DAJJAL / NAMA ALLAH: AL-WALI

video rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=ia_BWQdFjT0


------
2:29 - Al-Wali: pelbagai maksud dan pengertian, serta contoh penggunaan perkataan ini dalam al-quran.
------
8:07 - Al-Wali: bermaksud dekat/pelindung. [Selingan]: {8:59} Konsep wali dalam pernikahan, serta konsep wali mujbir dalam mazhab syafie. {12:46} Hukum pernikahan apabila bapa setuju tetapi anak perempuan tak setuju. {13:15} Hukum pernikahan apabila anak perempuan setuju, bapa tak setuju.
------
14:55 - Al-Wali: wilayatul ammah - perlindungan Allah yang meliputi banyak perkara, hatta untuk orang kafir. [Selingan]: {17:41} Isu bantah non-muslim guna nama Allah.
------
19:13 - Al-Wali: wilayatul khossoh - perlindungan hanya untuk orang beriman. [Selingan]: {20:12} Apa itu hadis qudsi, dan adakah terdapat hadis qudsi palsu?
------
21:00 - Al-Wali: [Hadis qudsi] Allah isytiharkan perang kepada sesiapa yang memusuhi wali-Nya. [Selingan]: {21:52} Siapa yang dimaksudkan dengan wali Allah?
------
25:55 - Al-Wali: [Hadis qudsi] Allah lebih suka ibadah fardhu berbanding ibadah sunat. [Selingan]: {27:17} Kisah seorang lelaki memberitahu nabi bahawa dia ingin melakukan amalan wajib sahaja, serta pendapat al-qardhawi mengenai perkara ini dalam konteks zaman sekarang.
------
28:50 - Al-Wali: [Hadis qudsi] Utamakan ibadah wajib, selepas itu tambahlah ibadah sunat untuk lebih mendekati Allah - setiap orang ada kecenderungan amalan soleh yang berbeza. [Selingan]: {29:59} Teguran tentang adab sopan dalam bermasyarakat sekarang.
------
33:35 - Al-Wali: [Hadis qudsi] Apabila Allah sayangkan seseorang, Allah menjadi ‘telinga’, ‘mata’, ‘tangan’, dan ‘kaki’ wali-Nya. [Selingan]: {36:44} Perlindungan Allah terhadap wali-Nya sangat ajaib - ‘sesiapa yang tidak merasa tidak akan faham’. {38:19} Jawapan para sahabat terhadap abu sufyan semasa perang uhud tentang ‘pelindung’.
------
41:13 - Dajjal: ringkasan kuliah lepas tentang tempoh dajjal berada di bumi, dan bagaimana untuk solat dalam tempoh yang luarbiasa begitu.
------
46:00 - Dajjal: sepantas mana pergerakan dajjal? [Selingan]: {48:39} Ulasan kejadian pembunuhan di london yang dilakukan atas nama Allah.
------
50:52 - Dajjal: dia akan menyeru orang terhadap ajarannya, dan ada orang yang akan beriman dengannya.
------
52:23 - Dajjal: dia boleh perintah langit untuk turun hujan. [Selingan]: {52:51} Penerangan ringkas tentang perkara ‘khoriqul adat’ – mukjizat/ayat, karomah, sihir, irhas. {54:06} Adakah silat jurus bagi terpelanting orang itu sihir?
------
55:16 - Dajjal: dia boleh menyuburkan bumi, dan menyuburkan kesihatan binatang ternakan. [Selingan]: {57:59} Bagaimana untuk tahu dajjal itu bukan tuhan sedangkan kehebatannya seakan kehebatan tuhan?  {58:41} Keajaiban vs hujah - dajjal menjadi bukti bahawa kehebatan seseorang tidak membuktikan kebenarannya, selagi dia tidak ikut al-quran dan sunnah.
------
1:00:57 - Dajjal: dia menjadikan kaum yang tidak beriman dengannya papa kedana.
------
1:01:39 - Dajjal: dia boleh keluarkan khazanah harta dari tempat yang musnah. [Selingan]: {1:02:14} Kisah kena cucuk hidung dengan orang politik atas tujuan dunia.
------
1:05:23 - Dajjal: dia pancung seorang pemuda, kemudian dia mencantumkan semula tubuh yang terpisah itu, dan pemuda itu kembali hidup.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:08:30 - Apakah amalan syiah yang telah meresap masuk kepada amalan ahli sunnah sehingga kita amalkan? (Teguran tentang amalan memuja keturunan nabi.)
------
1:11:59 - Boleh tak sokong semua kesatuan islam tanpa mengira mazhab seperti sokong khomeini (syiah)?
------
1:14:48 - Pendapat tentang berzikir dengan asmaul husna.
------
1:16:18 - Adakah pasangan boleh dipisahkan selepas pernikahan apabila terdapat bantahan dari wali nikah?
------
1:17:49 - Nur muhammad (nabi berasal dari cahaya) - adakah dalil mengenainya?
------
1:20:07 - Berkenaan imam ahmad menarik balik fatwa membid’ahkan baca al-quran di qubur - apakah hukum baca al-quran di atas kubur?
------
1:22:27 - Maksud ‘ilmu ladunni’ yang digunakan golongan sufi dan tareqat yang sesat - persoalan tentang ilmu syariat dan ilmu hakikat.
------
1:25:21 - Adakah imam muslim termasuk dalam tadlis (sembunyi periwayatan) apabila tidak memasukkan muhammad bin yahya dalam periwayatan beliau? [Selingan]: Kisah pertelingkahan antara imam al-bukhari dan gurunya berkenaan al-quran kalam Allah atau makhluk.
------

No comments:

Post a Comment