Saturday 11 July 2015

DR ASRI - HADIS DAJJAL [3/9]: TURUNNYA NABI ISA / KEBERKATAN MAKKAH / PERKARA2 BERKAITAN DOA


------
1:33 - Makkah: adakah pergi madinah merupakan syarat sah umrah?
------
2:22 - Makkah: tujuan ke makkah adalah untuk mencari keberkatan yang dijanjikan Allah, bukan berjumpa dengan Allah (kerana manusia boleh berjumpa Allah di mana sahaja dia berada). [Selingan]: {3:47} Doa nabi minta perlindungan apabila pergi ke satu2 tempat. {4:49} Adakah sesiapa yang pergi makkah pasti dapat berkat/kurnia Allah?
------
6:32 - Makkah: Islam berurusan dengan roh dan jasad manusia. {12:39} Oleh kerana sifat jasad manusia ‘memerlukan sesuatu yang dapat dia sentuh’, maka Allah limpahkan kurnianya pada beberapa tempat termasuk makkah untuk rai sifat jasad ini (oleh kerana sifat jasad inilah, manusia sesat mencipta berhala etc). [Selingan]: Pada minit 8:03 sehingga 12:39 dr asri terlebih dahulu menghuraikan beberapa dalil tentang hidupnya roh walaupun jasad sudah mati.
------
14:50 - Makkah: aqidah perlulah jelas, kehebatan sesuatu adalah disebabkan Allah yang melimpahkan berkat, bukan kerana zat benda itu sendiri (kaabah, air zamzam, ramadhan etc). [Selingan]: {18:46} Teguran tentang buat umrah lebih sekali dalam satu perjalanan.
------
19:53 - Doa: adakah ada doa khusus pada setiap pusingan tawaf? {21:01} Hukum kirim doa, dan hukum kirim salam kepada nabi kepada orang yang pergi makkah.
------
22:23 - Doa: antara doa mustajab ialah mendoakan orang lain dengan ikhlas.
------
25:55 - Doa: untuk ibu bapa [Al-Isra’:24] - pendidikan dan teguran kepada ibu bapa dalam bentuk doa. 
------
29:57 -  Doa: untuk anak2 [Al-Furqan:74] & [Al-Ahqaf:15] - minta jadikan anak sebagai penyejuk mata, serta minta Allah perbaiki zuriat kita. [Selingan]: {32:52} Teguran untuk orang yang suka doa pelik2 yang tiada asal sedangkan al-quran dan sunnah banyak mengajarkan doa. {36:55} Pendapat ibn katsir tentang perbaharui taubat pada umur 40 tahun.
------
39:18 - Isa a.s: ringkasan perbincangan lepas tentang kehebatan dajjal.
------
42:49 - Isa a.s: kemunculan isa bin maryam dalam tempoh 40 hari dajjal. [Selingan]: {43:40} Perbandingan antara hubungan islam dengan kristian, dan hubungannya dengan agama2 lain.
------
48:56 - Isa a.s: nabi isa turun di menara putih di timur damsyiq. [Selingan]: Beberapa kisah berkaitan damsyiq iaitu: {50:33} Kehebatan politik muawiyah di damsyiq. {54:14} Sejarah masjid damsyiq - kehebatan khalid al-walid. {59:37} Kelebihan solat di masjid damsyiq menurut ibn batutah adalah tidak sahih.
------
1:00:19 - Isa a.s: keadaan nabi isa semasa turun - pakai jubah putih, turun bersama malaikat, air bercucuran turun apabila tunduk, air beselerak seperti mutiara apabila kepala diangkat, orang kafir yang cium nafas baginda akan mati, dan nafasnya sampai kepada sejauh matanya memandang,
------
1:03:29 - Isa a.s: nabi isa cari dajjal sampai di pintu lud dan akan bunuh dajjal. {1:04:44} Baginda pergi kepada kaum yang diselamatkan Allah dan sapu wajah mereka, dan beritahu kedudukan mereka dalam syurga. [Selingan]: {1:05:11} Berkaitan keberkatan orang soleh. {1:07:08} Ulasan tentang pertandingan mencari pendakwah pilihan etc. {1:09:30} Kisah dr asri dengan seorang ‘tok guru’ yang mengaku berkat vs kisah kerendahan hati imam ahmad.
------
1:14:07 - Amaran tentang syiah: berkenaan peperangan di syria (2013).
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:16:42 - Ada tak hadis sahih tentang bacaan surah as-sajdah dan al-insan semasa solat subuh jumaat? Kalau tak baca surah as-sajdah, perlukah diganti dengan surah lain yang mempunyai ayat sajdah?
------
1:17:51 - Tinggal puasa wajib, perlu ganti dengan puasa atau sekadar bayar fidyah?
------
1:19:18 - Hukum guna air selusuh (air jampi) untuk memudahkan orang bersalin?
------
1:20:18 - Ada tak amalan/surah khusus untuk ibu yang sedang mengandung?
------
1:21:33 - Ada tak kadar tertentu bagi suami beri nafkah samada zahir atau batin? [Selingan]: {1:23:22} Hukum mengeluarkan mani luar dari rahim isteri. {1:27:07} Siapa yang perlu tanggung biaya ubat isteri?
------
 1:31:47 - Pendapat tentang perjuangan ‘nation of islam’.
------
1:32:28 - Hukum wanita solat jumaat.
------
1:33:10 - Bolehkah solat jumaat bersendirian tanpa khutbah? [Selingan]:  Hukum solat jumaat dibuat di kilang etc, dan hukum sah 40 orang jumaat.
------
1:36:15 - Hukum percaya anggaran waktu kematian oleh doktor. [Selingan]: {1:37:21} Teguran terhadap golongan sufi yang tak nak berubat.
------

No comments:

Post a Comment