Tuesday 28 July 2015

DR ASRI - HADIS DAJJAL [4/9]: YAKJUJ MAKJUJ / NAMA ALLAH: AL-MUSTA'AN


------------------
3:20 - Al-Musta’an: bermaksud tuhan yang dipohon pertolongan daripada-Nya. 
------------------
3:59 - Al-Musta’an: [Yusuf:18] Maksud ‘sobrun jamil’ (sabar yang cantik) dalam ayat ini - kisah syuraih al-qadhi yang buta sebelah matanya namun beliau ‘sabar yang cantik’. {7:33} Aisyah menyebut nama Allah ‘Al-Mustaan’ ini apabila difitnah berzina.
------------------
8:34 - Al-Musta’an: [Al-Anbiya’:112]
------------------
9:10 - Al-Musta’an: [Al-Fatihah:5] Keindahan surah Al-Fatihah berkaitan Al-Musta’an ini.
------------------
10:27 - Al-Musta’an: sunnah untuk menyebut nama Allah ini apabila mendengar berita yang menyusahkan - kisah usman menyebut perkataan ini apabila mendengar khabar buruk yang akan menimpanya. [Selingan]: {12:38} Doa yang diajar nabi selepas solat berkaitan nama Allah ini. {13:39} Adakah terdapat bilangan khusus untuk menyebut nama Allah atau zikir etc bagi mendapat fadhilat tertentu? 
------------------
15:37 - Yakjuj Makjuj: ringkasan perbincangan lepas berkenaan hadis dajjal ini seperti tempoh nabi isa berada di bumi, serta tentang keadaan baginda semasa turun. [Selingan]: {18:12} Mengapa hadis ini seakan menunjukkan peralatan lama akan digunakan semula sedangkan dunia sudah moden? {19:23} Al-mahdi akan datang dahulu sebelum nabi isa.
------------------
19:59 - Yakjuj Makjuj: mereka termasuk dalam 10 tanda qiyamat iaitu (1) asap, (2) dajjal, (3) dabbah yakni binatang merayap yang bercakap dengan manusia, (4) terbit matahari dari barat, (5) turunnya nabi isa, (6) yakjuj dan makjuj, (7) gerhana di sebelah timur, (8) gerhana di sebelah barat, (9) gerhana di sebelah jazirah arab, (10) api keluar dari yaman menghalau manusia ke mahsyar.
------------------
27:20 - Yakjuj Makjuj: Allah mengeluarkan yakjuj dan makjuj, tiada seorang pun yang boleh melawan mereka. [Selingan]: {28:11} Beza penggunaan perkataan ibad (hamba) oleh Allah untuk hamba yang Dia suka, dan untuk hamba yang Dia yang murka. {29:56} Apabila berdoa, serulah Allah bersandarkan kepada perkara yang Dia suka. {31:37} Kisah yakjuj dan makjuj berdasarkan surah Al-Kahf:93-98
------------------
35:14 - Yakjuj Makjuj: Allah mengarahkan nabi isa menyelamatkan orang beriman ke bukit tur, sebelum Allah mengizinkan yakjuj dan makjuj keluar. [Selingan]: {36:15} Allah izin bukan bermaksud Allah redha.
------------------
37:22 - Yakjuj Makjuj: mereka akan turun ke bawah dari tempat tinggi, dan akan minum air di tasik tobari sehingga kering.
------------------
39:12 - Yakjuj Makjuj: nabi isa dan orang beriman terkepung di atas bukit sehingga kebuluran.
------------------
40:07 - Yakjuj Makjuj: Allah menghantar ‘an-naghfa’ di tengkuk yakjuj dan makjuj mematikan mereka semua.
------------------
41:29 - Yakjuj Makjuj: Apabila nabi isa dan orang beriman turun ke bawah,  mereka dapati muka bumi dipenuhi dengan mayat yakjuj dan makjuj. Sekali lagi mereka bermunajat, lalu Allah hantar sepasukan burung membersihkan bangkai2 tersebut.
-----------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
47:17 - Adakah orang beriman akan kenal nabi isa apabila baginda keluar nanti, dan bagaimana sekiranya kita tak kenal baginda sehingga kita menentang baginda? [Selingan]: Tuhan tak zalim kepada orang yang bersungguh2 mencari-Nya.
------------------
50:14 - Bagaimana ketaatan anak2 kepada ibu bapa yang sudah meninggal?
------------------
52:40 - Hukum sebut ‘madad ya rasulullah’ (seru minta tolong daripada rasulullah), juga seruan minta tolong daripada selain nabi seperti ‘ya ghaus’ kepada abdul qadir jailani.
------------------
58:02 - Hukum vaksin tak ada halal jakim - tiada cop halal jakim tak semestinya haram. [Selingan]: Perbincangan pelbagai perkara tentang halal haram - orang yang terlampau sensitif menyiasat halal haram sehingga menyusahkan, hukum sembelihan muslim yang tidak dibaca basmalah, hukum arak etc yang telah berubah sifatnya setelah melalui satu proses. {1:06:38} Pengalaman dr asri ikut rombongan ke new zealand untuk urusan sijil halal.
------------------
1:11:23 - Apabila tidak mampu solat berdiri, adakah tetap wajib berdiri ketika takbir sehingga perlu upah orang papah?
------------------
1:13:10 - Hukum doa selepas iqamat.
------------------
1:13:41 - Mengapa kisah nabi dan rasul berkisar di asia barat, tidak adakah nabi dan rasul di kawasan lain?
------------------

No comments:

Post a Comment