Sunday, 24 August 2014

DR ASRI - TUJUH PERKARA YANG MEMBINASAKAN


------------------------------
0:42 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: matan hadis abu hurairah. [Selingan]: {3:38} Adakah dosa besar hanya tertumpu kepada 7 perkara sahaja? {4:16} maksud 'lamam' dalam surah An-Najm:32 *tafsiran ayat ini jangan disalahguna untuk mengambil ringan perkara yang haram.
------------------------------
6:10 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (1) syirik kepada Allah. [Selingan]: {7:33} Isu penggunaan kalimah Allah di malaysia - terdapat banyak hujah dari al-quran yang membenarkan non-muslim menggunakan kalimah Allah. {10:37} Adakah orang kafir boleh diperangi hanya atas sebab 'kekufuran' mereka, bukan atas sebab mereka 'memerangi islam' sebagaimana sebahagian pendapat zohiri?
------------------------------
20:10 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (2) sihir - maksud sihir, serta perbezaannya dengan mukjizat dan karomah (juga rujuk 25:56). [Selingan]: {21:45} Isu tokong lebai berahim di langkawi. {23:33} Sambungan kritikan tentang isu penggunaan kalimah Allah. {28:25} Bagaimana sihir boleh berlaku, serta hukuman kepada pembuat sihir. {29:33} Penjelasan tentang 'namimah'(melagakan orang) dan kaitannya dengan sihir - peringatan untuk para wartawan
------------------------------
32:24 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (3) membunuh nyawa tanpa hak. [Selingan]: {33:07} Siapakah sebenarnya yang berhak mengampunkan pembunuh - adakah sultan berhak? {33:54} Penjelasan tentang 'qatlu ghilah' - bunuh seseorang mangsa yang mana mangsa itu menyangka keamanannya telah dijamin.
------------------------------
36:24 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (4) makan riba - kita menganggap keji peminum arak etc, tetapi tentang hal riba kita ambil mudah sedangkan ia dosa besar.
------------------------------
41:05 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (5) makan harta anak yatim. {Selingan]: {41:39} Teguran kepada pengendali restoran etc. {44:32} Teguran berkenaan kenduri arwah
------------------------------
45:53 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (6) berpaling dari medan peperangan - penjelasan tentang siapakah yang dimaksudkan dengan berpaling dari medan peperangan. [Selingan]: {51:20} Bolehkah lari dari medan peperangan jika kekuatan musuh sangat besar?
------------------------------
52:26 - Tujuh Perkara Yang Membinasakan: (7) menuduh perempuan baik berzina - "kau menyangka ia perkara ringan, sedang ia di sisi Allah adalah perkara yang besar." [Selingan]: {56:45} Seorang suami tuduh isteri berzina sehingga mendapat anak - proses li'an, serta hukum si suami menuntut membuat ujian DNA untuk menentukan status anak tersebut (juga rujuk 1:03:00). {58:43} Proses dan hukuman terhadap orang yang menuduh orang lain berzina tanpa 4 orang saksi. {1:08:36} Bagaimana pula hukum jika si isteri yang dituduh zina ingin melakukan ujian DNA?
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:10:16 - Hukum menulis doa sebagai status di facebook.
------------------------------
1:11:21 - Bolehkah berdoa meluahkan perasaan sekadar bertujuan mengadu nasib kepada Allah?
------------------------------
1:14:19 - Bagaimanakah yang dikatakan dengan takdir boleh berubah dengan doa? [Selingan]: {1:22:03} Rahmat Allah datang dengan doa hamba melalui pelbagai cara.
------------------------------
1:25:48 - Bagaimana roh nabi dikembalikan apabila kita berselawat ke atas baginda?
------------------------------
1:27:11 - Adakah dikira taksub jika seseorang sayang pada gurunya? - maksud taksub. [Selingan]: {1:33:26} Teguran keras terhadap 'geng taksub saudi'(madkhali) dalam menentukan hukum menyanyi, perempuan pakai baju berwarna, etc.
------------------------------

Tuesday, 5 August 2014

DR ASRI - BAB KERASNYA PENGHARAMAN SIHIR: NAMA ALLAH YANG AGUNG (SAMBUNGAN PERBINCANGAN LEPAS)



------------------------------
0:54 - Kata2 aluan dr asri sempena awal tahun 2013 mengenai keberkatan masa. [Selingan] {2:05} Ringkas tentang tanda2 mudah untuk mengenalpasti hadis palsu.
------------------------------
3:02 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] ulasan ringkas tentang ayat ini sebagai ulangkaji kuliah lepas. [Selingan]: {5:13} Isu pengharaman kalimah Allah - cara fikir yang salah dalam mengharamkan penggunaan kalimah Allah.
------------------------------
9:01 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran. [Selingan]: {10:42} Isu amanat haji hadi - faktor mengapa munculnya pandangan islam ekstremis di malaysia sekitar 80an.
------------------------------
17:49 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran - kaedah ibn taimiyah dalam dalam menghukum iman/kufur seseorang: (1) seseorang yang berusaha mencari hidayah tapi dia tersilap, maka dia tak kafir (2) seseorang yang telah jelas kepadanya petunjuk tapi tetap menentang dan tidak mahu beriman, maka dia kafir (3) seseorang yang cenderung mengikut nafsunya seperti melakukan bid'ah dan maksiat sedang dia kurang mencari kebenaran, maka dia fasiq dan berdosa. [Selingan]: {22:36} Bagaimana seharusnya pandangan kita terhadap ahli bid'ah, ahli maksiat etc. {28:25} Jangan cepat menghukum seseorang semata2 berbeza ijtihad dengan kita. {29:31} Ulasan tentang golongan 'kafir-mengkafir' seperti ahbasy dan madkhali.
------------------------------
30:42 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] ulangan ringkas tentang kisah malaikat harut dan marut berdasar riwayat israiliyat (boleh rujuk kuliah lepas), serta kesimpulan umum tentang kisah ini (berkaitan dengan sihir 'tafriq') tanpa berdasarkan riwayat israiliyat.
------------------------------
36:21 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [Al-Baqarah:102] pelbagai 'nama Allah yang Maha Besar' yang dikaitkan dengan kisah malaikat harut dan marut ini - {37:00} hadis pertama, {39:17} hadis kedua, {41:43} hadis ketiga, {44:20} hadis keempat, {48:44} hadis kelima. [Selingan]: {43:10} Doa mesti diiringi dengan penghayatan. {46:16} Allah suka bila seseorang hamba memanggil-Nya, maka mohonlah pertolongan hanya dari-Nya.
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
53:51 - Apakah kelebihan meninggal di mekah atau madinah? [Selingan]: {55:19} Pelbagai permasalahan dan persoalan tentang roh serta hubungannya dengan alam barzakh.
------------------------------
1:07:19 - Hukuman untuk orang murtad - adakah wajib dibunuh? [Selingan]: Kritikan dr asri tentang berleluasanya kekeliruan terhadap islam yang ditimbulkan oleh orang islam sendiri (isu murtad, hudud, perkahwinan, dan syiah).
------------------------------
1:19:03 - Hukum berpuasa hari sabtu jika hari asyura jatuh pada hari sabtu.
------------------------------
1:20:30 - Isu syiah: ulasan tentang abdullah bin saba' (watak yang cuba dinafikan kewujudannya oleh syiah) yang berperanan menimbulkan huru-hara dalam islam.
------------------------------

Thursday, 26 June 2014

DR ASRI - UMMATAN WASATO (UMAT YANG ADIL)


-------------------
* Ciri utama yang ditekankan dalam perbincangan ini adalah: 'ummatan wasato' iaitu umat yang dijadikan sebagai 'saksi' oleh Allah untuk sekalian manusia perlulah bersikap adil kepada: (1) non-muslim, (2) dan sesama muslim itu sendiri
---------------
1:17 - Persoalan Kiamat: penyebaran hadis palsu tentang hari kiamat mahupun selainnya - menempah tempat duduk di dalam neraka. [Selingan]: {6:27} Ciri2 mudah untuk mengenal hadis palsu bagi kita sebagai orang awam yang mungkin kurang pengetahuan tentang ilmu hadis
---------------
10:01 - Persoalan Kiamat: Allah sahaja yang Maha Mengetahui tentang waktu berlakunya, hatta nabi saw sendiri pun tidak tahu - kisah seorang badwi bertanyakan nabi saw tentang bila berlakunya kiamat. [Selingan]: {16:51} Seseorang akan dibangkitkan kelak bersama orang yang dicintainya
---------------
21:02 - Ummatan Wasato: [Umat yang Dijadikan Allah Sebagai Saksi Untuk Sekalian Manusia] sejarah hebat umat islam - ke mana menghilangnya kehebatan umat islam sepertimana yang terlihat dahulu?
---------------
27:36 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] perhubungan antara muslim dengan kristian menurut perspektif al-quran dan realiti bertentangan yang sedang berlaku di malaysia. [Selingan]: {32:52} Adakah islam memusuhi secara total seseorang yang berdarah yahudi? {38:46} Benarkah anak zina masuk neraka, dan orang bernama muhammad/ahmad etc masuk syurga?
---------------
40:13 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] krisis antara muslim dengan non-muslim di malaysia. [Selingan]: {41:50} Adakah dapat pahala jika sedekah kepada non-muslim, serta layakkah non-muslim menerima zakat? {43:26} Kita bimbang sangat dengan bantuan yang dihulurkan pihak kristian, sedangkan apa sumbangan kita sebagai muslim?
---------------
45:47 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] interaksi yang baik sesama manusia sekalipun berlainan agama merupakan sebahagian dari tabiat alam - maka ajaran islam tak mungkin bertentangan dengan tabiat alam ini. {47:16} Nabi saw bangun berdiri sebagai tanda hormat ketika jenazah seorang yahudi lalu di hadapan baginda. [Selingan]: {47:40} Naluri dan karakter individu/kumpulan tertentu juga merupakan sebahagian dari tabiat alam, maka islam meraikan perkara ini selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam (contoh: pakailah cheongsam sekalipun, asalkan rekaannya menutup aurat)
---------------
51:39 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] sejarah membuktikan islam telah memberi ruang kepada yahudi untuk berkembang sedangkan seluruh dunia pada zamannya memusuhi keras mereka, begitu juga sikap muslim terhadap kristian apabila kota andalus dikuasai kerajaan islam. [Selingan]: {56:17} Benarkah non-muslim tak boleh masuk masjid? {58:11} Adakah holy water benar2 wujud?
---------------
59:56 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] jangan menghukum karakter seseorang secara melampau hanya kerana kekurangannya dalam mengamalkan ajaran islam yang tertentu (contoh: tak pakai tudung itu salah, tapi mungkin dia lebih pemurah dari kita dalam bersedekah).
---------------
1:02:49 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] agama datang dalam keadaan seimbang - ia membaiki akhlak manusia secara sederhana supaya manusia tak terasa terbeban untuk mengamalkan agama (contoh: jangan paksa qiamullail tiga jam terus sedangkan solat lima waktu pun belum terjaga).
---------------
1:05:45 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Sesama Muslim] islam merupakan agama yang praktikal - setiap amalan samada baik ataupun jahat ada waktu kemuncak dan waktu turunnya, maka amalan terbaik adalah amalan soleh yang sedikit tetapi berterusan. [Selingan]: {1:07:32} Kisah nabi saw menasihati handzalah yang merasakan dirinya munafik. {1:09:45} Benarkah musafir zaman sekarang tak perlu qasar kerana terdapat banyak kemudahan seperti kereta? - teguran keras kepada orang yang sengaja berfatwa sehingga menimbulkan kesulitan di dalam mengamalkan agama tanpa berpandukan nas secara menyeluruh.
---------------
1:14:00 - Ummatan Wasato: [Keadilan Sikap Terhadap Non-Muslim] isu kalimah Allah - benarkah islam tidak membenarkan non-muslim menggunakan dan menyebut nama Allah?
---------------
1:22:40 - Ummatan Wasato: kesimpulan dr asri - umat yang kembali merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
---------------

Wednesday, 11 June 2014

DR ASRI - KISAH ROJA' BIN HAIWAH / BAB KERASNYA PENGHARAMAN SIHIR


------------------------------
1:05 - Sedikit kata2 aluan dari dr asri sempena konvensyen sunnah 2012
------------------------------
2:27 - Kisah Roja' bin Haiwah: profil ringkas (beliau merupakan tokoh yang menjadi faktor menaikkan umar bin abdul aziz sebagai khalifah)
------------------------------
5:55 - Kisah Roja' bin Haiwah: seorang lelaki menasihati roja' supaya menjaga amanahnya sebagai penasihat khalifah
------------------------------
10:11 - Kisah Roja' bin Haiwah: kisah beliau dan said bin musayyib semasa zaman khalifah al-walid bin abdul malik yang bercadang untuk membesarkan masjid nabawi. [Selingan]: {15:21} Punca mengapa sejarah banyak memburukkan kerajaan bani umayyah
------------------------------
16:17 - Kisah Roja' bin Haiwah: roja' menasihati khalifah sulaiman bin abdul malik dalam hal pelantikan umar bin abdul aziz sebagai khalifah
------------------------------
33:04 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kaitan sihir dengan kekufuran. [Selingan]: {37:55} Asal-usul riwayat israiliyat dan sejarah hitam bangsa yahudi
------------------------------
46:26 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kisah tentang malaikat harut dan marut dalam ayat ini berdasarkan riwayat israiliyat. [Selingan]: {53:22} Pendapat syeikh ahmad syakir dan ibn kasir tentang kisah israiliyat ini
------------------------------
54:45 - Bab Kerasnya Pengharaman Sihir: [al-baqarah:102] kesimpulan tentang ayat ini tanpa berdasarkan kisah israiliyat - penjelasan tentang sihir dengan orang di 'babil' dalam ayat ini, serta sedikit tentang 'al-ain'
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:02:12 - Kenapa nabi saw sebut "jikalau ada perkara yang boleh mengatasi qadha'......" - adakah ini bermakna di sana ada perkara yang boleh mengatasi qadha'?
------------------------------
1:03:09 - Penyoal minta dr asri ulas tentang 'amanat hadi awang'. [Selingan]: teguran umum kepada semua pihak yang terlibat dengan politik bermula dari akar umbi sehingga pucuk pimpinan
------------------------------

Monday, 2 June 2014

DR ASRI - BAB LARANGAN KELUAR/MASUK NEGERI BERWABAK


------------------------------
* Kuliah ini pada asasnya bertajuk 'larangan keluar/masuk ke negeri berwabak'. Namun, secara umumnya kuliah tidak membincangkan tentang larangan ini secara terperinci - ia lebih menjurus kepada ulasan nas2 al-quran yang dijadikan dalil oleh imam an-nawawi pada peringkat pengenalan bab ini.
------------------------------
2:40 - Bab Larangan Keluar/Masuk Ke Negeri Berwabak: hukum secara umum
------------------------------
5:24 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap manusia. [Selingan]: {7:49} Penyebab kematian seseorang mempengaruhi hukum kematiannya, walaupun keadaan kematiannya sama (contoh: antara terjatuh dari pokok dan sengaja terjun dari pokok, antara berperang kerana kemasyhuran dan berperang kerana Allah)
------------------------------
12:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [An-Nisa':78] sebab imam an-nawawi meletakkan ayat ini di permulaan bab - supaya asas akidah kita jelas. [Selingan]: {13:36} Perbincangan tentang akidah imam an-nawawi (aliran asya'irah) - bagaimana seharusnya pendirian kita dalam hal seumpama ini, serta ringkas tentang punca kemunculan pemikiran asya'irah yang ideologinya cenderung kepada falsafah
------------------------------
18:59 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan - bagaimana untuk membuat pilihan antara dua mudharat. [Selingan]: Tafsiran ayat ini berdasarkan pendapat para sahabat iaitu - {21:30} Pendapat abu ayyub al-ansari, {25:25} Pendapat umar al-khattab.
------------------------------
26:05 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] kisah2 kehebatan khalid al-walid dalam medan peperangan, yang sangat mengimpikan mati syahid namun akhirnya cuma meninggal di atas katil - mengimpikan untuk mati syahid tidak termasuk dalam konteks 'mencampakkan diri ke dalam kebinasaan'. [Selingan]: {28:58} Bagaimana untuk membuat pilihan samada yang 'kuat atau amanah' untuk memegang sesuatu jawatan
------------------------------
35:14 - Bab Larangan.....Negeri Berwabak: [Al-Baqarah:195] isu tiada jihad di palestin - benarkah pendapat al-albani dan seumpamanya dalam hal ini? [Selingan]: {43:51} Persoalan tentang 'jihad hujum' dan 'jihad difa'' - bagaimanakah keadaan yang menyebabkan seseorang wajib berperang? {50:25} Bilakah seseorang dibenarkan berundur dari medan peperangan?
-------------------------------
SESI SOAL JAWAB
-------------------------------
55:30 - Hukum bunuh diri - adakah murtad? [Selingan]: Islam mengajar umatnya supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah
------------------------------
58:18 - Hukum membuat protes sehingga diri terbunuh. [Selingan]: Ringkas tentang hukum pejuang bom berani mati
------------------------------
59:28 - Hukum sengaja mencederakan diri sendiri sebagai tanda protes
------------------------------
1:00:41 - Hukum memutuskan bekalan ubatan bertujuan mematikan orang yang mengalami 'brain death'
------------------------------
1:03:25 - Hukum negara jiran islam berdekatan yang tidak membantu palestin
------------------------------
1:06:25 - Penyoal meminta dr asri mengulas keadaan terkini di mesir (6 Disember 2012) - seseorang perlu taat kepada pemerintah hanya pada perkara yang bukan maksiat
------------------------------
1:08:32 - Dr asri mengulas tentang keputusan mahkamah membebaskan seorang polis yang menembak mati aminul rasyid
------------------------------
1:10:20 - Adakah seseorang perlu berjihad mempertahankan tanah airnya sedangkan tanah airnya itu merupakan negara 'non-muslim'. [Selingan]: Penjelasan tentang istilah 'negara islam', serta adakah malaysia merupakan 'negara islam'?
------------------------------

Wednesday, 28 May 2014

DR ASRI - BAB MAKRUH MEMUJI ORANG SECARA BERLEBIHAN


------------------------------
0:45 - Memudahkan perkahwinan: kisah said bin musayyib menolak pinangan khalifah dan mengahwinkan anak perempuannya yang cantik dengan muridnya abu wadaah yang miskin
------------------------------
10:25 - Bab Makruh Memuji Orang Berlebih-lebihan: hukum memuji orang (hadis abu musa al-asy'ari). [Selingan]: {12:05} Bagaimana untuk memahami dua buah hadis yang seakan bertentangan? {13:41} Sekitar isu syiah - dr asri tegur sikap sebahagian kita yang marah apabila pemimpin politik atau ustaz kita dihina, tetapi apabila sahabat nabi dihina kita merasakan ia perkara kecil sahaja
------------------------------
16:33 - Bab Makruh Memuji Orang Berlebih-lebihan: hikmah larangan. [Selingan]: {18:15} Kisah towus bin kaisan menolak hadiah seorang gabenor, {21:23} Kisah sikap towus yang bersahaja dan berterus terang terhadap seorang khalifah semasa musim haji, {28:50} Kisah towus mengagumi keberanian seorang lelaki yang berhadapan dengan hajjaj bin yusuf as-saqafi
------------------------------
34:15 - Bab Makruh Memuji Orang Berlebih-lebihan: bagaimana cara untuk memuji orang (hadis abi bakroh), serta pengecualian larangan kepada sebahagian orang kerana nabi juga pernah memuji sahabat baginda. [Selingan]: {38:20} Hukum memakai baju/seluar labuh - sesetengah orang pakai seluar senteng sebab fikir perkara ini dilarang islam. {40:49} Antara punca syiah sangat bencikan umar-kisah umar memberikan tiga orang puteri raja parsi sebagai hamba kepada anak pembesar islam (alhusain ibn ali, abdullah ibn umar, muhammad ibn abi bakr) serta zuriat2 mereka yang soleh.
------------------------------
53:02 - Bab Makruh Memuji Orang Berlebih-lebihan: ulama' salaf terkenal dengan sikap tidak memuji pemerintah
------------------------------
54:05 - Bab Makruh Memuji Orang Berlebih-lebihan: kesimpulan ringkas tentang hukum memuji orang 
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
55:35 - Bolehkah memuji orang yang sudah mati, dan bagaimana cara memuji mereka? (soalan ini berkaitan dengan amalan sesetengah masyarakat di malaysia yang melaungkan 'apa pandangan kamu tentang mayat ini?' selepas solat jenazah)
------------------------------
1:03:07 - Tempoh yang dibenarkan bagi seorang musafir untuk solat jamak qasar
------------------------------
1:06:42 - Konsep perhambaan manusia dalam islam - punca islam membenarkan perhambaan, luasnya pintu pembebasan hamba dalam islam, serta bagaimana berhubungan dengan mereka. [Selingan]: {1:11:42} Kisah abu lu'lu'ah (hamba) mengadu kepada umar tentang bebanan kerja yang diberi tuannya sebelum bertindak menikam beliau
------------------------------
1:20:40 - Sambungan ringkas tentang tempoh yang dibenarkan bagi seorang musafir untuk solat jamak qasar
------------------------------
1:21:33 - Bolehkah konsep perhambaan dilaksanakan zaman sekarang?
------------------------------

Sunday, 20 April 2014

DR ASRI - HIJRAH DAN PENGORBANAN


------------------------------
2:33 - Hijrah: penjelasan tentang salah faham masyarakat mengenai tarikh peristiwa hijrah dan sejarah kalendar hijrah
------------------------------
18:02 - Hijrah: mengapa kita mengingati peristiwa hijrah? [Selingan]: {19:20} Adakah sama hijrah kita dengan hijrah nabi, sepertimana anggapan sesetengah pihak yang mengatakan jika kita keluar rumah untuk bekerja etc kita sedang 'berhijrah'?
------------------------------
23:56 - Hijrah: mengapa nabi berhijrah tidak disediakan buraq sepertimana dalam peristiwa israk, bukankah itu lebih senang? [Selingan]: {28:37} Hikmah nabi itu bersifat basyariah (bersifat manusia) dan dakwah itu tak dijamin kemenangannya pada setiap kali - supaya manusia tiada alasan untuk tidak mengikut nabi dan supaya Allah membalas harga pengorbanan setiap orang yang berjuang
------------------------------
32:39 - Hijrah: kisah2 pengorbanan abu bakr demi islam - salah satu sebab utama mengapa kita berbeza dengan syiah dan menolak keras pegangan mereka. [Selingan]: {36:37} Mengapa abu bakr dibenarkan untuk infaq seluruh hartanya sedangkan kita tak boleh?
------------------------------
39:25 - Hijrah: dakwah itu berjalan mengikut tabiat alam serta menuntut usaha dan pengorbanan, bukan setakat duduk berdoa sahaja. [Selingan]: {41:11} Allah memberikan pengajaran melalui kisah maryam supaya kita berusaha dalam mendapatkan sesuatu. {43:45} Manusia tak masuk syurga kerana pahala amalannya tetapi masuk kerana rahmat Allah - persoalannya siapakah yang diberi rahmat oleh Allah? {45:18} Tak mustahil non-muslim tak masuk neraka, kita yang muslim masuk neraka
------------------------------
48:10 - Hijrah: kisah2 pengorbanan dan perit jerih para sahabat berkorban demi islam terutamanya semasa hijrah (sanggup perang keluarga dan kabilah sendiri) - begitu sukar untuk kita benar2 memahami makna 'pengorbanan' mereka ini. [Selingan]: {58:43} Ulasan ringkas tentang hadis 'niat dan hijrah'
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:01:29 - Kenapa penghayatan hijrah itu sekejap sahaja dan tidak berterusan? [Selingan]: {1:02:46} Kisah suraqah bin malik yang dijanjikan gelang maharaja rom oleh nabi saw, dan kisah amanahnya tentera islam dalam menjaga harta rampasan perang. {1:07:06} Pilihanraya amerika 2012 - islam mengajar umatnya untuk mempunyai pendirian politik.
------------------------------
1:14:23 - Benarkah hijrah berlaku pada 1 muharam?
------------------------------
1:15:33 - Persoalan berkaitan hudud tidak diulas dr asri kerana perbincangannya agak panjang. namun saudara/i boleh merujuk perbincangan kuliah yang lepas.
------------------------------
1:15:52 - Adakah nabi saw pernah mewasiatkan siapa yang akan menjadi pengganti sesudah kewafatan baginda. jika tiada wasiat, bukankah ini bercanggah dengan ajaran islam yang mewajibkan wasiat? - pengaruh syiah dalam politik, serta adakah menyanggahi pemerintah itu menjejaskan akidah seseorang? [Selingan]: {1:19:57} Kritikan ringkas tentang beberapa perkara bid'ah (laungan 'al-khalifah' semasa solat tarawih, dan doa awal/akhir tahun)
------------------------------
1:21:20 - Hukum dan perbezaan antara: (1) nikah mut'ah, (2) nikah dengan niat untuk bercerai, (3) dan nikah mis'yar (kahwin kontrak lelaki tiada tanggungjawab nafkah berdasarkan persetujuan)
------------------------------

Thursday, 13 March 2014

DR ASRI - BAB MAKRUH KELUAR MASJID SELEPAS AZAN / MENOLAK PELAWAAN MINYAK WANGI


------------------------------
1:48 - Bab Makruh Keluar Masjid Selepas Azan: hadis abu sya'sak - penjelasan dan profil ringkas dua orang yang bernama abu sya'sak. [Selingan]: (7:38) Penjelasan tentang kun'yah (gelaran) dan bab al asma' wal kuna (nama dan gelaran) dalam ilmu hadis. (12:07) Penjelasan tentang perkataan 'kunna' (adalah kami dahulunya..) yang bersandar kepada sahabat dan tabi'in. (14:25) Bagaimana untuk membezakan dua orang yang nama sama dalam periwayatan hadis
------------------------------
18:03 - Bab Makruh Keluar Masjid Selepas Azan: sambungan cerita hadis - kata2 abu hurairah setelah melihat seorang lelaki keluar masjid selepas azan. [Selingan]: (19:33) Hukum keluar masjid selepas azan, serta adakah pendapat para sahabat boleh dijadikan hujah? (24:26) Beberapa penjelasan tentang kritikan terhadap kekeliruan periwayatan hadis oleh abu hurairah
------------------------------
32:39 - Bab Makruh Menolak Pelawaan Minyak Wangi: hadis abu hurairah dan anas bin malik -- islam menggalakkan memakai wangian. [Selingan] (37:22) Nabi saw melarang orang yang berbau mulutnya untuk datang ke masjid. (38:54) Hukum pakai minyak wangi beralkohol
------------------------------
41:10 - Bab Makruh Menolak Pelawaan Minyak Wangi: teguran dr asri tentang sifat 'berbau busuk' umat islam berbanding non-muslim di zaman sekarang. [Selingan]: (43:01) Ulasan dr asri tentang pilihanraya amerika 2012 - umat islam perlu menggunakan akal dalam menilai dan menyokong/membantah sesuatu pendirian non-muslim, serta nilai2 murni yang boleh diambil dari segi politik mereka etc
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
55:39 - Benarkah pendapat hizbut-tahrir yang mengatakan demokrasi bertentangan dengan islam? (soalan tidak berjawab - mungkin dr asri terlupa selepas membuat teguran kepada satu peristiwa berkaitan PAS. bagaimanapun, saudara/i boleh merujuk kuliah2 yang lepas untuk mendapatkan jawapan)
------------------------------
59:14 - Penjelasan berkaitan ayat al-quran 'arasy Allah di atas air'
------------------------------
1:01:10 - Hukum menjawab azan seorang muazzin yang tersalah lafaz azannya. [Selingan]: (1:02:10) Hukum bagi seorang yang lidahnya 'telo' (tak boleh sebut betul) untuk menyebut bahasa arab dan membaca al-quran - adakah sah ibadahnya?
------------------------------
1:05:08 - Sekitar isu murtad: (1) (1:05:08) hukum seorang anak yang telah diberi kepada keluarga angkat non-muslim sehingga anak itu tidak menjadi muslim - bolehkah anak itu dipaksa untuk menerima islam? (2) (1:07:57) hukuman kepada orang murtad - adakah hukuman mati mandatori? (3) (1:15:50) impak positif/negatif hasil daripada hukuman murtad yang ingin dijalankan (4) (1:18:00) ulasan tentang laazimul qoul laisa bil qoul - menokok tambah perkataan orang lain sehingga ia disalah tafsir
------------------------------

Tuesday, 11 February 2014

DR ASRI - BACAAN NABI SAW SELEPAS SOLAT (HADIS WARRAD AS-SAQAFI)

------------------------------
* Hadis yang akan dibincangkan ini berkaitan dengan: (1) satu wirid yang dibaca nabi saw selepas solat, (2) kemudiannya hadis ini disertakan beberapa larangan dalam islam (sedikit tambahan/sambungan perbincangan lepas).
------------------------------
1:10 - Dr asri membuat sedikit teguran tentang fanatik parti
------------------------------
2:31 - Hadis Bacaan Nabi saw Selepas Solat: profil ringkas perawi hadis ini warrad as-saqafi (penulis kepada mughirah bin syu'bah). [Selingan]: {4:18} Peranan penulis di zaman dahulu, {5:23} bab tashif dalam ilmu hadis - punca berlaku kesilapan pada sesetengah hadis akibat penulisan
------------------------------
8:16 - Hadis.....Solat: profil ringkas mughirah bin syu'bah (terlibat dalam perang ali-muawiyah). [Selingan]: {9:56} Benarkah siapa yang berbeza dengan pemerintah terkeluar dari aqidah islam? {10:58} Kontroversi tuduhan zina kepada mughirah bin syu'bah oleh abi bakrah (kedua2nya merupakan sahabat nabi saw) - penjelasan tentang 'keadilan' para sahabat di sisi ahli sunnah, {14:33} Adakah kisah para sahabat merupakan hadis? - serta hukum meriwayatkan kisah2 tentang mereka
------------------------------
17:27 - Hadis.....Solat: mughirah meminta warrad menulis surat kepada muawiyah. [Selingan]: {18:13} Adakah taraf muawiyah sama dengan ali? - kisah muawiyah menangis semasa kematian ali
------------------------------
19:50 - Hadis.....Solat: "la ilaha illAllah wahdahu la syarika lah, lahu al-mulk" - aqidah islam bermula dengan menegakkan tauhid dan menafikan syirik. [Selingan]: {21:49} Teguran kepada pemimpin yang diberi kurniaan kuasa oleh Allah atas muka bumi - ulangan kisah towus dengan seorang khalifah
------------------------------
25:42 - Hadis.....Solat: "walahu al-hamd, wahuwa ala kulli syaiin qadir" - pujian kepada Allah tidak memberi sebarang manfaat atau mudharat kepada Allah
------------------------------
26:28 - Hadis.....Solat: "Allahumma la mani' lima a'toita, wala mu'tiya lima mana'ta" - percayalah bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
------------------------------
30:56 - Hadis.....Solat: "wala yanfa'u zal jaddi minka al-jadd" - kekayaan manusia tidak dapat menghalang kehendak Allah
------------------------------
34:48 - Hadis.....Solat: pendekatan nabi saw pada peringkat awal dakwah ialah cuba mengubah cara fikir manusia - aqidah dahulu sebelum fiqah. [Selingan]: {39:25} Tiada tolak ansur dalam bab aqidah, namun nabi memilih yang mudah dalam bab fiqah, {40:25} Kritikan terhadap pendekatan taliban yang keras seperti memusnahkan tokong budha dan sebagainya
------------------------------
45:15 - Hadis.....Solat: larangan (1) banyak bercakap/bercakap benda tak pasti, (2) membazir harta, (3) banyak meminta/banyak bertanya benda tidak berfaedah. [Selingan]: {49:30} Waktu dan cara solat bagi angkasawan, dan bagaimana untuk solat jika tak pasti waktu (jika dalam kapal terbang dan sebagainya)
------------------------------
51:56 - Hadis.....Solat: larangan (4) derhaka ibu bapa pada perkara yang bukan maksiat - makna di sebalik doa seorang anak sepertimana yang dianjurkan islam. [Selingan]: {54:34} Kisah seorang anak mengadu kepada dr asri tentang permintaan bapanya yang tak munasabah - adakah dia perlu taat? {56:22} Ego orang tua yang merasakan apa yang biasa dibuat semuanya betul termasuk dalam hal ibadah, {57:10} Adakah berdosa seseorang yang berbuat sesuatu bid'ah yang disangkanya sunnah?
------------------------------
59:16 - Hadis.....Solat: larangan (5) bunuh anak perempuan - termasuk juga menganggap anak perempuan membawa sial. [Selingan]: {59:59} Benarkah kisah umar membunuh anak perempuan? {1:00:58} Hukum menyandarkan sesuatu kepada nabi, sedangkan ia bukan dari nabi, walaupun bertujuan baik, {1:03:00} Darjat golongan wanita dalam islam
------------------------------
1:05:27 - Hadis.....Solat: larangan (6) halang hak orang, dan meminta perkara yang bukan hak
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:07:02 - Sekitar isu kewujudan dan ketulenan kitab al-ibanah yang dikatkan dengan abu hasan al-asyari (berkaitan falsafah) - ulasan dr asri tentang ilmu falsafah dalam dunia islam
------------------------------

Monday, 20 January 2014

DR ASRI - PERKARA2 YANG DIREDHAI ALLAH, DAN PERKARA2 YANG DIBENCI-NYA

video rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=0LcLFo5G0QM

------------------------------
* Kuliah ini secara asasnya adalah berkenaan bab larangan membazir harta. namun, secara umumnya perbincangan lebih menjurus kepada beberapa perkara yang diredhai dan dibenci Allah
------------------------------
1:05 - Dr asri memulakan dengan membaca tajuk bab iaitu larangan membazir harta, kemudian menerangkan secara ringkas beberapa perkara berkaitan ilmu hadis iaitu - (1) {2:39} punca sesetengah hadis di dalam sahih bukhari diulang2 pada banyak tempat, (2) {3:38} memahami fiqh bukhari melalui penyusunan hadis dalam sahihnya serta perbezaannya dengan kaedah penyusunan sahih muslim, (3) {5:58} maksud 'sunan' dan 'musnad', (4) {6:38} hukum menggunakan nabi 'berkata' bukan 'bersabda'
------------------------------
8:10 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah redha engkau menyembah-Nya, dan melarang mensyirikkan-Nya - ibadah tiada memberi sebarang manfaat atau mudharat kepada Allah, tetapi ia semata2 untuk kebaikan hamba itu sendiri. [Selingan]: {10:58} Perbezaan antara Allah 'redha' dan Allah 'izin'
------------------------------
17:45 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah redha engkau berpegang kepada tali Allah keseluruhannya, dan melarang berpecah belah. [Selingan]: {19:09} Penjelasan tentang 'berpecah belah' dan 'berbeza pendapat', {20:10} Memahami bagaimana kita boleh berbeza pendapat dengan para sahabat dalam beberapa perkara (contoh: hadis ibn abbas tentang nabi berkahwin semasa ihram), {29:22} Cerita 'monggoliat' gengis khan tentang persahabatan
------------------------------
36:09 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: hendaklah engkau menasihati pemimpin. [Selingan]: {37:39} Pengajaran dari kisah nabi musa untuk berlemah lembut dalam menyampaikan dakwah, {41:31} Kritikan dr asri tentang perlunya budaya berdebat dalam politik malaysia
------------------------------
43:23 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci engkau bercakap perkara yang tidak pasti (terutamanya perkara berhubung Allah dan Rasul). [Selingan]: {46:04} Hukum meriwayatkan kisah2 para sahabat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, {48:06} Kaedah syara' menghukum manusia berdasarkan amalannya yang zahir
------------------------------
51:11 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci 'kasrotu as-sual' (banyak meminta/banyak bertanya). [Selingan]: {52:26} Hadis2 palsu berbaur perkauman, {59:27} Islam itu mudah, maka pilihlah fiqh yang mudah
------------------------------
1:01:35 - Perkara Yang Diredhai Dan Dibenci Allah: Allah benci engkau membazir harta - sebab mengapa orang membazir dipanggil 'saudara syaitan'
------------------------------
SESI SOAL JAWAB
------------------------------
1:06:53 - Persoalan tentang akidah syeikh ahmad deedat - jangan cepat menghukum seseorang hanya kerana berbeza pendapat dengan kita. [Selingan]: {1:08:20} Kisah seorang yang membakar dirinya kerana takutkan siksa tuhan diampunkan oleh Allah
------------------------------
1:10:18 - Sekitar isu 'diet rasulullah' - akibat agama dikomersial dan didagangkan
------------------------------
1:13:08 - Hukum terlepas waktu solat semasa musafir, atau akibat pitam dan sebagainya - adakah perlu 'solat hormat waktu'?
------------------------------
1:15:34 - Benarkah nabi saw melarang sahabat membaca bible? - sesetengah larangan nabi saw perlu dilihat konteksnya. [Selingan]: {1:18:30} Bahaya pemikiran yang suka menghukum sesat orang lain
------------------------------
1:21:58 - Sekitar isu tafsiran perkataan 'sesat' dalam ayat 7 surah ad-dhuha
------------------------------
1:25:40 - Hukum menyertai pertandingan yang hadiahnya dibeli menggunakan yuran penyertaan para peserta
------------------------------